Friday, July 31, 2009

Puasa..

Dah ganti puasa ke? Sy baru terhegeh2 nk ganti puasa last minute. Utk habiskan lagi 7 hari tu, sy perlu puasa sepanjang minggu depan. Nanti tak sempat pulak. Sape2 yg 'macam' saya ni, jom ganti puasa sama2. Buka pose masing2... Hehehe..

maji desu...

Maji (betul?sungguh?) sy tak reti kutip hutang. Hahaha.. Nak gelak kat diri sendiri! Cemana nk cakap ek?
  1. Hantar email. <-Boleh buat laa yg ni.
  2. Cakap depan2? <-Muri desu (Imposibble). Sbb sy takut org tu malu.
  3. Ckp telefon? <-Muri jugak.
So, jangan jual hutang kalo camtu? Kehkehkeh. Kalo JANGAN JUAL, habis laaa market jual2 kat 'tempat cari makan' saya. Boleh lagi nak jual2 tapi sy kene hantar email laa kot utk mintak hutang.
Sy takde talent nk jadi ahlong atau 'org yg bawak payung hitam' laaaa. Kena berguru dengan bonda saya cemana nk mintak hutang ni. Makbonda sy setakat ni dah boleh jual motor ansuran. Tiap2 bulan pi kutip hutang. Kalau pegi jalan2 rumah anak2, hujung bulan mesti nk balik kampung sbb NAK KUTIP HUTANG!! Hehehe...
Ok, esok sy kena call makbonda saya nk berguru AYAT2 UTK KUTIP HUTANG.

Thursday, July 30, 2009

Puding Roti

Resepi ni diambil dari sini. Thank you che tam!! Senang dan cepat utk disediakan. Hari tu nk pergi majlis hari jadi anak kawan tapi taktau nak bawak apa. So belek2 internet terjumpalah resepi yg ni. Zup-zap-zup-zap.. siap!!! Hasilnya? Memuaskan hati wpun first time try. Gambar tak sempat ambik sbb dh giri2 (last minute) siap. Nak bertolak baru ambik dalam oven. Huhuhu..

Puding Roti

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
**Saya tak buat sos kastad ni sbb susu cair takdak. Saya ganti dengan aiskrim.
Pun sedap jugak.

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang


Aktiviti hujung minggu..

Ni aktiviti hujung minggu yg lepas ye. Bukan hujung minggu yg bakal menjelma. Angin mencuba resepi baru. Jeng.. jeng.. jeng....
Sy tak sempat ambik gambar hasil sendiri. Gambar ni adalah ihsan tuan empunya resepi iaitu Kak Jeni (Owner resepidotnet). Terima kasih kak jeni!!! Rasanya memang sedapppp tp yg sy buat hari tu tak cukup paste dia dan tak berapa garing. Mak rasa dh tak mampu nk tunggu perut keroncong sbb dh pukul 930 mlm dah.
Gambar ihsan dr hpage kak jeni.
Ayam Golek Risya

Sumber : Shidah AR

Untuk 2 ekor ayam(1.2 - 1.4 kg seekor)

15 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia muda
2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering, direndam dalam air panas untuk melembutkannya
2 batang serai
2 sdb jus asam jawa
1 sdb belacan
2 sdb garam
8 sdb gula
2 helai daun kunyit dihiris halus

Cara

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan belacan di dalam blender.
  2. Panaskan oven ke suhu 200C.
  3. Panaskan minyak di atas kuali dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.
  4. Masukkan garam, gula, daun kunyit dan jus asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan 4 sdb paste tadi ke dalam rongga ayam.
  6. Lumurkan separuh dari baki paste pada ayam tadi.
  7. Bakarkan ayam selama 1 jam atau sehingga masak.
  8. Sapukan paste selang 10 minit ketika ia sedang masak.


Wednesday, July 29, 2009

anak2, mari ustajah ajar alif ba ta yee....

mari anak-anakkk, ustajah nk ajar alif ba ta ni... sy pandai nyanyi alif ba ta sambil nari2 tau...






........ wahai tuan2 dan puan2,
ni bukan mama saya yg paksa atau dera saya suruh pakai tudung tau... ni sy sendiri yg teringin dan mengidam nk pakai tudung. mana aci mama je yg pakai kan...:)
saya pun nk try tudung berawning jugakk...:))


pssttt... nape ade toncet lam tudung tu?
haaa... sebenarnya dh siap2 toncetkan rambut dia comey2, bila tengok mama pakai tudung dia mintak pakaikan tudung jugak. selagi tak bagi, selagi tu laa dok 'NIII.. NIII.. NIIIIIII', so bagi jelah pakai lepaskan gian. hehehe

Saturday, July 25, 2009

Selamat Ulang Tahun utk encik suami

Abang,
Selamat Hari Lahir....
Semoga hari2 yg mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan dan diredhai ALLAH.
Itsu mademo aishiteru yo..



Wednesday, July 22, 2009

Selamat Hari Tua...

Menginjak ke usia 31, syukur dgn segala nikmat pemberian Tuhan. Semoga perjalanan hidup sy diberkati ALLAH dan direstui suami, INSYAALLAH....
***sy br dapat anak saudara yg ke-3X(lupa laa yg ke brp..hehe), sama tarikh lahir dgn sy...:)

Sunday, July 19, 2009

Siapakah pendengki itu??

Rentetan drp kisah ini, sebelum pergi mengepam di klinik keesokan harinya sy dgn berat hati dan kurang puas hati mengisi CLINIC VISIT FORM yg sepatutnya diisi oleh pekerja2 sekiranya tidak sihat dan perlu berehat di klinik utk beberapa jam. Ikut jelah kan sebab arahan dah keluar. So, sy pun pergilah jumpa boss utk mendapatkan chopnya. Setelah potpetpotpet explain dan menjawab pertanyaannya dalam bhs jepun yg dh berkarat dan broken abis, boss sy terus bingkas bangun utk pergi jumpa dgn org2 HR. Katanya buat apa nak isi form ni? MENDOKUSAI!! (Melecehkan). Yelah kan, sangatlah melecehkan kerana tiap2 hari kami nk kena isi dan mintak chop dengan dia. Dia pun tak de mase nk chop form yg takder faedahnya itu. Hehehe... Masa ni sy rasa dia SGT BAIK DAN MACHO! wpun sy tak berapa gemar dgn CARA BEKERJA boss ni. Selepas boss pergi jumpa BOSS HR tu, dia bagitau org2 pendengki iaitu HR yg kononnya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi itu nak monitor kami geng2 mengepam ni kot2 'mengular' semasa sesi mengepam. Boss sy bgtau diorg, as long as dia tahu dan approve yg kami ni keluar time keje utk pergi mengepam, apa masalah nya? Boss sy kata kalau nak monitor pun, pandai2lah diorg fikir cara lain tapi jgn suruh kami isi form tu tiap2 hari. Akhirnya utk hari tersebut, diorg keep form kami tu dan sehingga hari Jumaat tiada apa2 perkembangan pun diterima. BRAVO encik T! Doumo arigatou gozaimasu (TQVM).
Dan petang itu juga barulah saya tahu siapakah dalang/pendengki disebalik kejadian ni. Rupanya PUAN MANAGER HR, oppsss CIK MANAGER HR sbb BELIAU masih single...! (Adakah ini melanggar tatatertib menulis blog ek??)Daripada perbualan sy dengan nurse di klinik, katanya CIK MANAGER itu menyuruh kami mengepam time rehat sahaja. Tak boleh mengepam time kerja. Nurse tu jawab, kalau setiap sesi nk pam time rehat, bila geng2 mengepam tu nk makan? Kalau tak makan, susu pun takder nanti. Tau tak ape CIK MANAGER tu cakap????











Kalau susu takde, tunggulah NEXT TRIP!! (Tunggu anak yg akan datang!)............
Sungguh sy tak sangka inilah jawapannya... Menyirap rasa darah sy bila mendengarnya, tp apa boleh buatkan? Beliau ni memang tidak faham konsep breastfeeding-mengepam-anak2 kandung yg ingin disusukan dengan susu ibu (sbb dia ada anak angkat so sy kena spesifik sikit bab anak ni) dll. Maafkanlah dia....
Sekarang ni sy cuma nk tunggu apakah tindakan beliau seterusnya utk monitor kami yg masih setia pergi mengepam ni....

*****Note : perbualan/cerita di atas mengenai CIK MANAGER adalah hasil penceritaan semula oleh nurse di klinik, sekira beliau AUTA, maka AUTA lah sy. Atau sy perlu berjumpa sendiri dengan CIK MANAGER itu utk mengetahui perkara sebenar???





Bahana kafein... (**Updated**)

Sekarang ni jam menunjukkan pukul 1:13 pagi tp saya dan anak dara saya masih lagi berjaga dek kerana kafein. Dush!! dush!! dush!! padan muka diri sendiri. Dan kesian kat damia jugak. Kecik2 cinonet dh terpaksa berjaga kerana minum SUSU BERKAFEIN. Berkesan sungguh ENCIK KAFEIN terhadap kami berdua. Semua penghuni rumah ini (bukan papa damia aje tau, makbonda sy dan adek serta adek ipar datang jalan2) sudah lama dibuai mimpi. Sy cuba susukan damia supaya dia tidur dulu sbb sy memang SENGAJA minum kopi utk berjaga tapi rupa2nya.... damia pun terkena BAHANA KAFEIN... huhuhu... sgt aktif dan tak menunjukkan ciri2 mengantuk langsung. Aduhaiii.. bilalah puteriku ini akan mengantuk...

Apa damia tengah buat sekrang ni?
.
.
.
.
.
.
.
Tgh main kunci kereta adek sy. Dok hayun2 dan berarak sana sini.... Lagaknye seperti pukul 8 malam je. Sebelum tu dia cuba nk tekan2 keyboard utk menaip seperti sy juga. Tetapi sy berjaya mengalih perhatiannya dgn main lukis2 serta memberikannya pensel dan kertas....

***Akhirnya terlelap jugak puteri saya pkl 1:40 tadi. Bolehlah sy menjenguk sana sini dgn senang hati.. Yeay!!


Thursday, July 16, 2009

Sungguh Menyampah...

Bermula hari ni sy kena isi form visit ke klinik utk mengepam. Boring nyaaaaa!!
Setiap hari nk kena isi form dan kena ambik sign/chop boss! Sedangkan boss saya dh sedia maklum pun yg sy pi mengepam setiap hari. Sy tak tau laaa manusia mana yg pendengki itu. Semalam sy hampir2 nak tanya org2 yg melepak kat klinik tu... DAH ISI FORM KE DATANG LEPAK2 n BORAK2 KAT KLINIK NI???
Tapi sabarrrrrrrrrrrrr......... kang ada org hangin ngan saya dan sy langsung tiada tempat utk mengepam pulak...
Sebenarnya ada satu stor sbg alternatif utk sy mengepam, tp sudah dicabut pulak aircond kat dalam tu... Kalau mengepam setgh jam gitu, boleh berpeluh ketiak... :P

Sunday, July 12, 2009

Nak Tambahkan Susu Ibu?

Dari kiri ialah
Milkmaid tea, air longan+kurma, pil fenugreek.

Entry khas utk kawan2, adek2 atau kakak2 yg bertanya melalui email (senang sikit utk sy copy-paste entri ni sbb kalau simpan dalam mailbox, masa kawan2 mintak selalu je tak jumpa carik). Dan juga utk dikongsikan dengan pembaca2 blog sy. Semoga memberi manfaat utk semua ye.
Apa2 pun ini adalah pengalaman saya sendiri, kesesuaian adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Jadi, sekiranya ingin mencuba makanan/minuman atau ubat2an, lebih baik dicuba satu persatu utk melihat yg mana lebih sesuai utk anda.

Senarai makanan/ubatan yg pernah sy ambil dan apa yg sy pernah lakukan utk tambahkan BM.
  • UBATAN, PIL, JAMU.
  1. RTC - ubat homopati utk banyakkan susu. RM22 satu botol. Ubat ni kurang berkesan utk saya.
  2. Pil ASI-boleh beli kat online atau di mana2 toko jamu. Utk online, kat MLO dan Lunatots ada jual. Dulu sy beli RM15, sekarang dah naik harga RM20. Utk saya, tak tambahkan susu tp boleh maintainkan production susu.
  3. Fenugreek (pil halba)-Kalau tak lalu nk makan air halba or tak suka letak halba dalam masakan, bolehlah ambil pil ni. Utk saya, boleh dikatakan berkesan jugak dan boleh maintain production BM. Boleh didapati di kedai online atau di GNC Pharmacy.

  • MAKANAN/MINUMAN
  1. Lobak putih-Buat sup atau goreng bersama ikan bilis. Lobak ni ada sedikit bau yg sy kurang suka tapi sy telan jugak demi BM! Sgt membantu utk prod BM sy. Dulu waktu pantang, sy selalu jugak makan sup ni.
  2. Mee suah. Ni adalah sejenis mee yg chinese suka makan kalau tak silap. Ada dijual di kedai2 runcit atau di mana2 pasaraya. Sedap jugak mee ni. Kalau buat sup mee suah, jgn letak garam banyak2 sbb mee tu sendiri dh ada perasa+garam. Nanti masin pegghak (sangat masin) kata org kelantan. :)
  3. Segala macam jenis sayur2an. Especially yg kaler hijau2 tu. Pun ok utk sy.
  4. Milkmaid tea-Macam teh herba gitu. Rupanya macamana? sila rujuk entri sy ini. Boleh dibeli online. Byk online shop yg jual milkmaid tea ni. Bagaimana rasanya? Masa mula2 minum sy tak suka sbb bau jintan-halba dll terlalu kuat, tp sekrg sy dh suka dengan baunya. Harga, mahal jugak laaa sbb imported punya. Sekrg ni dah ada yg uncang, senang laa sikit nk membuatnya. Harga pun mahal laaa sbb senang nk buat kan. Kalau dulu kena tapis bagai.
  5. Air longan-Sedap!! dan senang utk membuatnya. Beli longan kering dan rendam je dalam air panas. Sy tak letak gula dah sbb dah ada rasa manis2 buah. Satu mug biasa saya letak 5-6 biji longan kering. Cuma kalau mula2 try, jgn terus minum banyak sbb dikhuatiri baby kembung sekiranya baby anda masih kecil. Sy pernah amalkan setiap hari minum 2X. Menjadik jugak utk saya air longan ni. Haaa, kalau malas nak buat sendiri, boleh beli yg dalam tin longan +kurma brand SEASON. Lagiiii sedap.:D
  6. Halba-Kalau tekak boleh telan air halba, rendam dengan air panas dan minum airnya. Sy tak pernah buat. Cuma yg sy praktikkan masukkan halba semasa menggoreng sayur. Hasilnya? Tak dapat dipastikan sbb sy tak amalkan sangat. Selalu je terlupa nk masukkan time goreng sayur.
  7. Susu-Apa2 susu pun ok. Awal2 bersalin sy minum Enfamama. Wpun rasanya kurang ngam dengan tekak saya tp sy minum je. Dgn harganya yg amat mahal dan tak berapa ngam ngan tekak saya, saya habiskan satu tin aje. Sehingga sekarang sy amalkan minum fresh milk Dutch Lady tu. Apa yg saya perhatikan, susu lebih pekat berbanding hari sy tak minum susu.
  8. Milo-Setiap hari sy mesti minum satu gelas milo. Kadang2 campur terus dengan fresh milk. Lemak berkrim!!
  9. Horlicks-Sungguh sedap dan pengeluaran susu amat memberansangkan. Tapi lama2 sy jadik jemu gak minum horlicks ni. Plus, harganya mahal! Hehehe...
  10. Madu-Sy amalkan minum madu khaula dibancuh dgn setgh gelas air setiap hari. Tapi kadang2 terlupa jugak.
  11. Oat-Sy amalkan setiap hari jugak dan mesti dibancuh dgn milo. Kalau tak saya takboleh nk telan. Bagus utk maintainkan pengeluaran BM sy.
  12. Air barli-Rebus barli sehingga kembang dan bancuh dgn sedikit gula batu (gula biasa pun ok). Awal2 selepas bersalin, sy ada amalkan. Sekrg ni dah jarang2 jugak.
  13. Kurma-Membantu jugak.

  • APA YG SY LAKUKAN?/AMALAN HARIAN
  1. Pam, mengepam dan mengepam. Direct feeding tu of courselah kan? Tapi sekiranya anda berjauhan dengan baby atau baby tidur lama, pamlah 2 jam sekali. Inilah senjata paling hebat kalau anda ingin tambahkan susu. Sy bagitau ni berdasarkan pengalaman sy sendiri di mana sebulan selepas bersalin, sy mengalami kemerunduman BM yg amat teruk. Pengalaman tersebut nti sy akan ceritakan dalm entri yg akan datang ye.
  2. Sy bertanya kepada org2 yg berpengetahuan. Jgn sesekali bercerita dengan org yg BUKAN PRO BREASTFEEDING. Nanti akan lebih down dan stress. Bila anda stress, susu pun akan makin berkurang. Sy pernah tercerita kepada kawan yg tidak support BF, ouhh... sgt menyesal bercerita dgn dia sbb dia tidaklah membantu ttp makin melemahkan semangat utk sy teruskan BF.
  3. Handle stress dengan baik. Kalau stress dengan tempat keje, dgn kawan2 atau sesiapa sahaja, cuba2lah tenangkan fikiran anda dengan membaca al quran atau bercuti atau membeli belah(kalau ada duit laaa.. hehehe).
  4. Selalu berfikiran positif yg susu sy cukup utk supply kat baby saya. Tapi berfikiran positif sahaja tidak cukup kalau tak amalkan yg NO 1 tu. BM tetap tak akan bertambah. :)
  5. Berdoa... doa... doa dan doa. Mintaklah seberapa banyak doa dengan Yang Maha Esa. Insyaalah niat murni kita akan dikabulkan.
  6. Cukupkan tidur dan rehat. Kalau penat dan kurang susu, supply pun akan merudum.
  7. Rujuk website2 atau artikel2 BF. Rujukan sy sepanjang berpantang 2 bulan ialah susuibu, Dr Jack Newman (siap ada video tau!), hpage cik Fid dan artikel dr MLO dan artikel2 yg diforward oleh kawan2. Terima kasih yg tak terhingga utk semua!!!
Itu sajalah rasanya tips2 dr sy yg hanya berpengalaman menyusukan damia hampir 13 bulan ini. Syukur alhamdulillah kerana diberi nikmat ini. Semoga ibu2 di luar sana atau bakal2 ibu berjaya menyusukan anak masing2.



EBM oh EBM...

Lama tak cerita bab faveret ni, pasal EBM-Breastfeeding. Dengan penuh dukacita sy mengumumkan, sy tiada langsung stok EBM dalam peti ais. Sungguh sadis!!! Hasil perahan hari ini adalah bekalan utk damia utk hari esok. Kalau tak cukup, sy akan balik tengah hari utk hantar susu yg dipam kat ofis pd hari yg tersebut. Bila sy dah 'kidnap' hasil pd hari tu, sy akan kena usaha lebih utk cukupkan bekalan pd hari esoknya pula. Lebih2 lagi kejadian menghantar bekalan ini terkena di tengah minggu iaitu rabu atau khamis. Atau countermeasure yg lebih kronik, sy akan mengambil cuti emergency wpun annual leave sy dah sampai paras hidung iaitu 1.5 hari shj yg tinggal. Sungguh terukkan??

Saya malas mengepam ke? Yup! sedikit malas utk bangun malam2. Dah tau stok tader, bangun laaa pam memalam tu wahai mama damia!!! Sekrg ni sy pam kat ofis 3X dan kat rumah 1X-2X shj. Hasil 3X kat ofis hanyalah 9-10 oz shj. Sangat merudum kan? Kat rumah pulak, purata 2X pam hanyalah 3-4 oz sbb sy akan pam selepas damia menyusu. Total utk satu hari adalah 12-14 oz, dan bekalan plg minimum utk damia ialah 13-14 oz. Sy dah dapatkan nasihat doktor damia, katanya tak perlu risau sangat sbb damia dh boleh makan macam2. Cuma apa yg saya risau ialah damia mmg langsung tak nak minum ape2 jenis susu lain selain BM! Sy cuba jugak bagi fresh milk tapi langsung direjectnya. Kalau fresh milk perasa coklat tu, damia akan sedut 2-3 teguk dan tegukan yg selepas tu akan dibuang keluar. Bukan saya nak carik alternatif utk tidak menyusukan damia lagi, tp saya nak mencari backup supaya damia tidak kekurangan sumber kalsium drp BM. Ke tak perlu?? Sy memang berazam utk BF damia selama mana yg sy mampu dan selama mana yg damia nak, Insyaallah. Moga2 sy diberi kekuatan dan dipermudahkan olehNYA utk teruskan keazaman sy ini.

**
BF-Breastfeeding
BM-Breast Milk
EBM-Expressed Breast Milk


Sunday, July 5, 2009

... kaisha ni ichaicha suruna!!!

... kaisha ni ichaicha suru noha yamete kudasai...!!!!

***abaikan utk sesiapa yg tidak memahaminya, org yg sy tujukan pun tak tau nihon go ni.. fullstop!

Selamat pengantin baru utk iqbal dan emi

Gambar2 semasa majlis bersanding pd hari yg sama (06062009). Gambar2 lain silalah terjah ke fpages papa damia.




... seperti biase, family sy yg terlalu ramai sehinggakn terpaksa susun bertingkat2...

pengantin & family pengantin perempuan


Adek bongsu sudah pun selamat...

Tarikh : 06062009
Tempat : Klang...

Alhamdulillah adik sy yg bongsu sudah pun selamat mendirikan rumahtangga sebulan yg lepas (punye laaa lambat nk masuk blog, hehehe). Adik ni adalah yg ke 12 dalam family kami. Mak bonda sy cakap, 'dah habis dah, boleh laaa dia berehat dan tak payah ke hulu ke hilir lagi dah..'. Betul ckp mak sy tu, tapi anak saudara saya yg paling tua pun dah 20-an, so tak berapa lama lagi akan ada kenduri jugak tu.:P..

Walaupun baru je mendirikan rumah tangga, adek sy ni tetap jugak datang utk tolong sy pindah randah! Thank keba!

... utk pasangan pengantin,
Moga2 korang akan berbahagia selama hayat dikandung badan. Insyaallah...

Ini adalah di antara gambar2 ms akad nikah yg ditangkap oleh jurugambar profesional kami aka papa damia. Gambar2 lain boleh lah menerjah ke sini.







Blog Widget by LinkWithin