Monday, November 30, 2009

Anak saudara lagi

Alhamdulillah kak ngah saya selamat melahirkan anak lelaki di hari raya aidiladha yg lepas. Yang ke-2 ni pun boboy jugak. Berat baby 2.74 kg. Mungkin akan diberi nama MOHD AIDIL ADHA. Saya cadangkan nama AIDIL <-- gara2 NUR KASIH beb! :P
Kakak saya tanya cemana nak buat ejaan yg canggih sikit dengan nama tu.
AYDIEL? <-- sebutan dah lari ni, maknanya pun mungkin dh lain.
AIDIYL? <-- tak canggih sangat, tp buleh laaa...
AIDIEL? <-- DIEL tu mcm pjg, tak lari ke maksudnye nanti?
AIDIL ni maksud HARI RAYA ke? makcik taktau laaa... huhuhuh...

***Baby ni adalah anak saudara yg ke-34 dlm family saya (kalau tak silap kira laaa). Ramainye cucu mak saya (35 termasuk cik comel saya damia). :)



Sunday, November 29, 2009

Taubat Nasuha

Selepas cerita nur kasih tadi, sambil2 lipat kain yg menimbun sy ngadap cerita taubat nasuha pulak. Cerita yang dilakonkan oleh Sheila Rusly (saya suka kalau sheila ni berlakon-sgt menjiwai watak), Fauzi Nawawi dan Dato' Jalaludin.
Ceritanya tentang si ayah, Mizi (fauzi nawawi) yg dihantui kisah silamnya yg didera oleh ayahnya ketika kecil sangat garang terhadap anak2 dan isterinya, Laila (sheila rusly). Setiap tutur katanya mesti ada... ENGKAU NI HIDUP MENYUSAHKAN ORG JE. Sambil2 tu tangannya mesti akan tarik rambut anak2 atau libas anak2. Sgt menyesakkan dada tgk cerita ni. Saya mmg tak boleh tahan kalau bab2 dera anak, dera isteri nih.
Endingnya kurang menarik sbb isteri dan anak2nya dibunuh oleh perompak. Mizi menyesal tp penyesalan yg sdh takde gunanya.

**sy dh kurang perkataan utk cerita CERITA TAUBAT NASUHA ni sbb idea dh terbantut. sy tulis entry ni lepas tgk cerita tu, baru je intro damia dh merengek2 mintak susu. hari ni nk sambung balik dah kehabisan kata2...

Nota tangan saya : Jangan dera anak, nanti akan mendidik anak2 menjadi seorg pendera anak isteri setelah beliau dewasa nanti. Mungkin teori ni lebih kurang sama juga dengan 'ANAK YG DISUSUKAN DGN SUSU IBU AKAN MENYUSUKAN ANAKNYA' (ANAK YG DIDERA AKAN MENDERA ANAK2NYA). Mintak dijauhkan dr kehidupan kita semua....

ouh... sy tidak minum susu ibu ms sy baby sbb sy tinggal dgn nenek, tp sy tetap susukan anak saya sbb sy tau tiada susu yg terbaik selain susu ibu.... happy breastfeeding!




Saturday, November 28, 2009

Nur Kasih episod akhir

Syok ngadap nur kasih tadi.....
Endingnya seperti yang dijangka dan diharapkan....
Keseluruhan cerita, SGT PUAS HATI.....
Plg saya suka, last sekali yg ditonjolkan ialah bukan NUR dan ADAM (wpun sy mmg suka nur dan adam dpt bersatu kembali)... ttp tentang kasih sayang adik beradik/keluarga dan kematian...
Peringatan ttg apa yg akan dibawa bila tiba saatnya....
Moga kita sama2 dpt ambik iktibar mana2 yg baik dr cerita ni....


Friday, November 27, 2009

Salam aidiladha

Salam aidiladha buat semua. Salah dan silap harap diampunkan...

Kami beraya di Johor aje tahun ni, spt tahun lepas jugak. Tapi tahun ni hari raya amatlah hambar. Tiada masakan yg special pun. Tuan dapur malas.:(
Pagi tadi masak nasi lemak + ayam goreng rempah aje. Pastu buat kek coklat kukus. Kalau ada org datang beraya kami hidang kek ajelah kot. huhuhu..
Thanks kepada jiran kami yg bagi lontong dan konco2nya. Kami nk balas dgn ape ek? Kek coklat boleh? Ngeee....



Thursday, November 26, 2009

Jalan-jalan ke Zoo Saleng


Warga Johor especially orang2 Saleng, Kulai dan Senai tahu tak kewujudan Zoo Saleng? Kedudukannya agak terperuk ke dalam sikit tp sign boardnya boleh tahan besarlah jugak terpampang kat jalan besar ke Kulai tu.

Kami dah lama jugak plan utk pergi ke zoo ni, nak bawak damia tgk2 binatang sbb dia asyik dok sebut2 AION-AION (lion). Nak lah jugak tunjuk lion yg sebenar kat damia.
2 minggu lepas, berjayalah jugak kami ke sana walaupun cuaca waktu tu kurang memberansangkan. Baru lepas hujan dan semasa kami kat sana, hujan renyai2. Bayaran RM12 utk dewasa dan RM6 utk kanak2. Walaupun cuaca tak berapa cantek, kami masuklah jugak sbb mmg dah lama plan ni tertangguh dan mmg semangat berkobar2 nk bawak damia ke zoo. Mulanya kami berkira2 jugak sbb terasa mcm mahal pulak RM24 utk masuk ke situ. Takut2 tak berbaloi membayar sebanyak itu (kami mmg kedekut bab2 bagi duit free2 kat org ni, hehehe). Damia masuk FREE sbb kecit cinonet lagik.


Harimau jadian...
Kat pintu masuk kami jumpa HARIMAU JADIAN, harimau hiasan daaa... Damia tunjuk2 sambil mulut potpetpotpet excited. Banyak jugak binatang2 kat sana. Ada ikan arapaima, singa, harimau, beruang, b*b* hutan, kambing (musykil kenapa kambing ada kat zoo.. ngeee..), kuda, burung unta, ayam serama, buaya, kura-kura, orang utan dan ular sawa. Ouh.. saya dah tak boleh nk recall ape lagi binatang kat sana.




Suasana di dalamnya cantiklah jugak, macam suasana kampung gitu. Cuma yang rasa tak berapa berkenannya sbb tempat tu seperti tak dijaga dengan baik. Dah banyak yg berlumut dan berkulat. Mungkin sbb tak ramai pengunjung kot.


Damia yang taknak berjalan.. Mintak dukung.
Punyalah mama dan papa damia bersemangat nk tunjuk binatang2 tu, rupanya damia takut dengan segala jenis binatang kecuali ayam. Hahahaha.... Nak berdukunggg aje kat dalam tu. Terasa cam nk patah tangan mamanya. Papa damia pulak seperti biasa laaa, sibuk nak ambik gambar tp tak puas hati katanya ambik gambar hari tu sbb takde chy. Cuaca mendung. Hanya ada beberapa keping je yang comey utk dijadikan kenangan.

Next, kami plan utk ke zoo Johor pulak. Harap2 best kat sana.




Blog Widget by LinkWithin