Thursday, July 29, 2010

Sunday, July 25, 2010

Otanjyoubi omedetou gozaimasu.... Papa damia

... abang......
Otanjyoubi omedetou gozaimasu..
...itsu mademo aishiteru yo............

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to papa damia..
Happy birthday to you...

**********
I don't always tell you
How much joy you bring
It means more to me
Than anything

I don't always tell you
That the love you give
Brightens every day
That I live

I don't always tell you
What's in my heart
That you are the most
Important part

I don't always thank you
For the many things you do
Or tell you how much
I really love you


HAPPY BIRTHDAY !!!
 *******



Saturday, July 24, 2010

34 weeks

Minggu ni dah 35 wks pun... ni nak cerita pegi check up ms 34 wks yg lepas. Alhamdulillah
  • kedudukan baby kepala ke bawah, insyaallah boleh bersalin normal kata doc.
  • uri dah dok atas...
  • mak baby pun sihat walafiat cuma tekanan darah meningkat sedikit...
  • jantina bb? mengikut scan doc adalah confirmed XX! :)
  • pergerakan bb adalah sangat aktif... kekadang terasa sakit sana sini..
 nampak idung + mulut jerk... bhgn2 lain tertutup ngan tali pusat.
 saya adalah XX desu!!!!!!!

..... lagi 31 hari je lagi sehingga due date, moga2 segalanya berjalan lancar insyaallah.
dah ada perasaan berdebar2 dah utk menghadapi saat2 di labour room. kowaiiiiiiiii!!!!!!!!

Nota tangan saya : Barang2 bb n mak bb utk ke hospital belum kemas beb!!! huhuhu

Apa nak buat kalau rasa tak sabar dengan karenah anak/anak2...?

...fresh from oven.........

Ini adalah tips utk diri saya sdiri sbnarnya. Sangat berkesan utk diri saya (tapi tak semestinya berkesan utk diri anda ye). Pernah baru2 ni, saya rasa mcm tak tahan sabarrrrrrrrrrrrrrrrrr je dengan anak dara yg baru mencecah 2 tahun bulan lepas. Tangan terasa gatalllllll je nk cubit kat kaki anak dara, mulut rasa ringannnn je naikkan suara. Tapi saya cuba bertahan... dan bertahan.... dalam hati Tuhan saja yang tahu. Saya harus sedar anak 2 tahun tu apalah sangattt yg dia tahu kan...?

Sebelum saya tidurkan anak dara pd mlm tersebut, tengah damia lelap2 ayam saya mintak maaf dengan damia. Damia angguk2 seolah2 faham. Dan pd masa itulah saya terimbas kembali kenangan2 sewaktu mengandungkan damia, melahirkannya, memeluknya pd saat2 dia dilahirkan.... dan segala2nya muncul dalam fikiran saya seolah2 semuanya baru semalam berlalu. Segala2nya bagaikan pita rakaman yang dimainkan di hadapan mata saya...

Dan saya bangun, terus menyelak2 kembali gambar2 sewaktu damia dilahirkan, saat2 saya menghadapi kesakitan utk bersalinkan damia, saat2 damia menangis pada kali pertama.... Tanpa sedar air mata saya mengalir laju. Betapa menyesalnya saya kerana ada perasaan marah yg tak mampu ditahan kepadanya. Normal laaa kan kalau anak 2 tahun aktif tak duduk diam walaupun sesaat kan? Normal laaa kalau damia nakkan sesuatu, damia akan merengek kan? 2 tahun je pun kan? Bukannya 12 tahun...

Saya insaf, semuanya adalah hak damia utk dimanjakan, dipeluk dan disayangi sepenuh hati. Tanpa mengira si ibu penat atau apa keadaan sekalipun. Mengimbas kembali saat2 pahit manis semasa mengandung, melahirkan dan membesarkan damia merupakan ubat paling mujarab utk saya supaya sentiasa sabar dgn karenah damia. Walau apa keadaan sekalipun..........

.... damia,
ketahuilah olehmu nak, mama sangat2 menyayangimu...
memang tiada galang gantinya di dunia ini...
moga2 mama terus bersabar melayani karenahmu...
terima kasih kerana memberikan peluang utk mama bergelar IBU....
alhamdulillah....

Thursday, July 22, 2010

Bertambah tua daaa.... 22072010


Sudah 32 tahun daaa..... 
alhamdulillah....
masih diberi nikmat menghirup udara segar di bumi Tuhan... 
alhamdulillah....
saya dikurniakan suami yg hebat dan anak yang bijak....
alhamdulillah....
saya dikelilingi oleh org2 yg hebat dan menyayangi saya....
alhamdulillah...
terima kasih Tuhan....

**insaf**
setelah 32 tahun...
apa jasa saya pada bonda?
apa jasa saya pada keluarga tercinta?
apa jasa saya pada agama-bangsa dan negara????
... moga suatu hari nanti saya ada jawapan utk soalan2 ini....

21072010... saje papa damia+damia kasik saya kad kecik cinonet... nk menguji mamanya mengomel ke tak... hihihi... 
**mama damia LULUS ujian, senyum n berterima kasih je ngan kat kecit yg comey nih**
abang, doumo arigatou....
itsu mademo aishiteru yo...
tenkiu damia chan....
love u so much!!!! mmmuahhss...
time kasih ibu sara....
moga persahabatan kita kekal selamanya.....

Nota tangan saya : terima kasih atas ucapan-doa kawan2 saya pada hari ini...... moga semuanya dikabulkan oleh ALLAH... INSYAALLAH

Sunday, July 18, 2010

Poket koyak rabak tiba2....


 gmbr sang anai2 ni dari sini
.... kerana sang anai2.... aduyaiii..... bbrp jumlah $$$$ perlu dikeluarkan secara tiba2. huhuhu...
Mula2 ingat nak sembur je dengan ridsect ke, ridpest ke... encik suami pergi laaa nak beli kat giant, tapi dia kata tader pun jenis2 sembur tu utk anai2. Tergabra dan gubra jugaklah kan dengan sang anai2 yg boleh merebak dengan cepat ni, maka kami pun google2 sana sini. Jumpalah satu no tel pest control yg dekat ngan rumah ni. Terus call dan tanpa banyak songel auntie Chinese tu terus datang rumah tengok keadaan...... prong preng prong preng auntie tu cakap macam2. Terus bayar deposit... dan totalnya adalah.....

















2K! adeihhhh... tiba2 poket terus koyak rabak lorr.............
ni ctc no auntie tu... jumpa kat sini
saya takleh nk rekemen lagi sbb baru je nk guna perkhidmatannya. Insyaallah lepas sebulan/2-3 bulan nanti saya buat entry utk review pulak.

Nota tangan saya : dulu masa mula2 nak masuk rumah kami mmg bajet2 je buat mana yg penting, tu sebabnya tak buat pest control ni. tapi sebenarnya pest ctrl ni sangat laaa penting. macam SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN gitu.... harap2 lipas2 yg berkeliaran pun akan terus kiok beramai2...

Tahniah utk Emy dan Yun

...tahniah utk emy dan yun yang selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka. Saya masih belum berkesempatan utk pergi jalan2 tengok bb baru, hujung minggu ada je perkara yg mesti dilangsaikan. Insyaallah bila2 nanti dapat jumpa bb2 yang comeyl ni.
Baby Qaed, putera emy dan aidil
**muka baby masa ni adalah copy-paste si bapa..:)**

Tuesday, July 13, 2010

Budak demam yg ceria kat depan kamera : Part II

Hehehe.. siap ada part II tu...
Ni adalah koleksi gambar2 damia demam bulan lepas. Ouhh, bulan lepas demam, bulan ni pun demam. Ada org kata sbb dah nak dapat adik? Hmmm.... ntah lah labu.... Rasa2nya sbb gig taring damia nak keluar kot...
Ok, layan gambar ceria si anak dara yg demam....
mari melukis.. peaceee..
peaceee tetap tak tinggal wpun idung berairr... :P
makan time... peaceeeeeee... taktau lah nape kali ni peace kat dahi pulak..
gaya apekah ini..
seperti biasaa... nak agi.. nak agi.... 
peaceeee...
**sambil2 rasuah suruh makan nasi.... mama layankan ajee..:)**

Budak demam yg ceria kat depan kamera

Hari Khamis minggu lepas saya & encik suami terpaksa ambik emergency leave separuh hari kerana tiba2 bbsitter call damia demam dgn temperature yg sangat tinggi. 38.5! dan ubat adalah tiada di rumah bbsitter. Hanya ada 'cool kid' (yg tampal kat dahi tu) aje. Memang biasanya saya akan bekalkan je 'cool kid' tu, in case damia demam tiba2 ke. Biasanya kalau demam sikit2 tu, damia aktif lari sana sini, panjat sana sini jugak. Tapi kali ni damia tak aktif dan merengekk aje, tu yg bbsitter pun tak keruan tu. 

Balik tu terus pergi klinik ambik ubat demam sbb ubat kat rumah tinggal sikit je lagik. Cek2 temperature masih lagi tak turun pun, 38.5 jugak. Balik rumah makan ubat pun still tak turun jugak suhunya. Dah mencecah 39+ pulak tu.. Tak boleh jadik nih. Ni yg buat saya pun tak keruan ni. Terus pegi beli ubat utk masuk bontot pulak. Pas masuk ubat tu, barulah turun sikit. Mmg jarang2 damia demam teruk camni. Biasanya demam sikit2 aje.. Malamnya pun damia mmg susah nk tidur, asyik2 terjaga2 je. Mungkin sbb badan dh panas sangat. Pukul 5 pagi mcm tu saya masukkan lagi ubat bontot, terus tido sampai 10 pagi. Alhamdulillah demamnya dh kurang sikit.

Disebabkan demamnya tu yg agak tinggi, sy ambik cuti hari Jumaat tu utk jaga damia. Tak sampai hati nk hantar damia ke rumah bbsitter. Lagipun nak cek kat pakar kanak2 yg berdekatan dengan rumah ni, apalah punca yg menyebabkan damia demam macam tu skali. Dah jumpa doktor pakar tu, barulah tau rupa2nya dalam mulut damia-kat tekak ada bintik2 merah dan putih, virus infection (?). Doc ckp disebabkan tangan kotor pegang makanan2 atau masukkan ape2 yg tak bersih ke dalam mulut. Patutlah damia tak berapa nk minum susu malam tadi. Hmmm.... Doc bagi ubat titik dalam mulut, Cataflam dan ubat demam skali.

Balik rumah, masa makan tu damia boleh posing2 lagik. Suruh ambik gambar dia makan. Hehehe... Demam pun dah makin baik. Sangat2 ceria. Alhamdulillah...

mama.. peace.. peace...
mama.. peaceeee.. nak agi... senyum versi damia...
mama... peaceeeeeeeeeeeeeee agi...
mamaa.......... peace.........
**akhirnya mama give up.. dah dah laaa nak oiii... dah laaa guna kamera hp yg hampir2 nak kiok dah ni,... mama carik topik lain utk hentikan posing nih... hohoho**

Sunday, July 11, 2010

Pencarian : part time maid/cleaner & tukang urut selepas bersalin

Mohon pertolongan kepada yang mempunyai contact number/mengenali part time maid/cleaner dan tukang urut selepas bersalin di kawasan Kulai & Senai, Johor, harap2 boleh membantu saya. Bolehlah hubungi saya di ruangan komen @ email saya di lailasani@gmail.com.
Pertolongan anda semua didahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
***selingan***
Walaupun saya sudah mempunyai seorang helper yg comeyl dan cute serta seksi, saya masih lagi memerlukan seorg part time helper/cleaner yg benar2 dedikasi. Helper yang ada sekarang ni selalunya bekerja ikut mood. :P

Jom layan gambar seksi helper saya....


Blog Widget by LinkWithin