Sunday, January 31, 2010

Terharu mama

Tadi papa damia ajak damia jalan2 naik motor sementara mama dok golek2 kat ruang tamu melayan TV. Tiba2 damia datang nak tarik2 tangan mama. Mama dan papa ingatkan damia nak ajak mama pergi sekali, beria2lah kami bagitau, MAMA TAK IKUT... MAMA TAK IKUT, DAMIA GI NGAN PAPA JE. Rupa2nya bukan damia nak ajak mama, DAMIA NAK SALAM MAMA BEFORE PERGI...
huhuhu....
***bagusnya anak mama***

Damia-19 bulan

**entry terlupa nak post**  
Tarikh : 12/01/2010 **badan masih lagi comel kecil cinonet tp dah 19 bulan ye**
Berat : 8.8 kg




Inilah perkembangan damia yg mama dpt recall sekarang ni:-
  1. Dah pandai mengadu sekrg ni. Biasanya mengadu kat mama yg papa buat 'something' lah. Nanti damia dtg kat mama dan ckp mama dgn mulu muncung2, 'PAPA' 'PAPA'.... Biasanya kalau papa tak bagi apa yg damia nak atau nk buat sesuatu tp kena marah ngan papa lah tu.
  2.  Setiap kali makan, mandi dll damia mesti suruh mama/papa join sekali. Cthnya ms mandikan damia, damia mesti tanya, MAMA? So, mama kenalah buat2 siram muka ke atau apa2 yg ala2 mandi jugak. Kalau makan pun sama, lepas suap damia, damia akan tanya,MAMA? PAPA? kalau mama yg suap, mama kenalah makan skali. Kalau papa takde, kenalah ckp papa takde, kalau tak damia akan tanya berkali2 sehingga dapat jawapan.
  3. Kalau suapkan damia makan di ruang tamu yg berhampiran dgn mainan animalsnya, setiap seekor binatang tu mama kena suapkan. Penat weih... ada 12 ekor binatang + doraemon yg dekat basikal lagik. 
  4. Kalau tanya damia mana papa or mama, dah boleh tunjuk dah tanpa tersilap. Dan mulut damia sekrg ni tak lekang dgn perkataan PAPAMAMAMAMAMAMAPAPAPAPAPA... bila suruh sebut damia, DIAM jerk... buat2 tak paham.
  5. Perkataan baru dan perkataan damia yg sudah semakin jelas ialah TUDUNG, TAKDE, AVIN (alvin and the chipmunks), KAKAK, ATUK, UKAK (bukak), TUTUP, AMBUT (rambut), INGER (telinga), IDUNG (hidung), ATA (mata), TOT (kentut @ bontot), OTOR (motor),
  6. Sangat suka swimming tp tak suka guna pelampung. Terpaksalah mama/papa pegang setiap masa. (Dgn papa biasanya dgr kata je dok diam2 dlm pelampung)
  7. Sungguh pandai meragam dan mengamuk sekrg ni. Ni adalah pengalaman baru bagi mama & papa. Hohohoh.. tak reti nk handle weih... (mungkin damia dah tau kehadiran adik dalam perut mama)
  8. Kebanyakan masa nak MAMA, MAMA, MAMA especially time nk tidur dan bangun tidur.
  9. Dah stat belajar bilang 1-10, tp damia hanya sebut.. five aje... hahahah... A-B-C belajar jugak tapi sebut2 sambil ikot je. Alif-ba-ta kena nyanyi baru boleh belajar.:)
  10. Baru stat belajar muqaddam (advance kan? alif ba ta pun tak belajar betul2 lagi), mama damia belikan muqaddam bergambar, time mengaji adalah mesti tengok gambar sambil mulut menyebut wa.. wa... wa.... (ajuk mama baca quran). Target mama adalah satu surah satu hari. Bacakan je utk menarik minat damia baca quran.
  11. Sudah boleh bertolak ansur dengan mama. Kalau mama cakap tunggu sekejap, mama nk masuk toilet @ mama nak sembahyang. Damia2 angguk2 faham. Tapi yg ni pun ikut mood jugak. Kalau mood ok, oklah. Kalau tak, kenalah ikut je apa yg damia nak. Papa damia kata, YOU ARE THE BOSS! Hahahahaha.
  12. Gigi dah tumbuh yang ke-8 (Baru 8? ngeee, gigi saya mmg lambat keluarnye).

Pengumuman & jualan NUTRIMEAL percuma FIBERGY (SOLD!)

Dengan ini saya mengisytiharkan yang saya bukanlah lagi pengamal DIET bersama USANA. Kenalah stop dulu buat masa sekrg ni sehinggalah .......... (tempohnya adalah tidak diketahui, yg pastinya adalah setelah 2 tahun menyusukan adik damia, Insyaallah)

Buat masa sekarang ni, sy masih ada stok NUTRIMEAL perasa FRENCH VANILLA 1 tin (belum dibuka) dan  FIBERGY perasa ALMOND CREME yg baru guna 2 scoop. Kepada sesiapa yg berminat utk membeli NUTRIMEAL dgn harga ahli iaitu RM110 akan mendapat PERCUMA FIBERGY. Kos penghantaran adalah RM10.

Dengan RM120, anda akan mendapat FRENCH VANILLA NUTRIMEAL dan ALMOND CREME FIBERGY. Anda boleh jimat RM100!!
(Harga ahli utk NUTRIMEAL RM110 + FIBERGY RM110 = RM220)


**Usana tu apa? Silalah ke usana.com
**Berkesan ke USANA utk diet? Silalah ke sini dan ke sini. (Pengalaman saya) 
Kepada yg berminat, boleh hubungi saya di lailasani@gmail.com


Wednesday, January 27, 2010

Kisah 5 : Saya benci AMARAH

Saya sangat tak suka bila saya marah. Sebab bila hati sakit dan marah, jantung saya berdegup kencang, tangan saya seperti menggeletar menahan amarah, darah semuanya seperti menyerbu ke muka.
Dan yg paling sy tak suka sebab saya tahu SYAITAN tgh mengetawakan saya. Astaghfirullah....

Masih ingat tak cerita ini? Seorg 'lelaki yg hanya baik suam2 kuku-tegur menegur hanya boleh dibilang dgn jari tangan je pun dalam setahun tu' telah menegur 'kenaikan' saiz badan saya. Dan hari ini org yg sama telah menegur saya dgn ayat ini.
MAKIN BESAR LAAA BADAN AWAK....

Saya pandang muka dia dan berkata...
KALAU BADAN SAYA BESAR PUN, BUKAN SAYA MENYUSAHKAN AWAK!
YG AWAK SEBOK SANGAT APESAL?
Time ni mmg ada sedikit rasukan syaitan yg menyucuk2 yg mbuatkan saya hilang COOL di bilik yg berhawa dingin itu. Walaubagaimana pun saya masih lagi kontrol suara saya sbb saya berada di 'tempat (ofis)' orang lain.

Lepas saya ckp camtu, dia seperti mengomel2 dan berkata kononnya nk bagitau saya 'dgn ikhlas' laaa. Dan di hujung2 telinga saya terdengar dia berkata
MINTAK MAAFLAH.......

Sebelum saya keluar dr tempat itu, saya sempat berkata,
LAIN KALI JAGA SIKIT MULUT TU.

Ouh, sy memang marah sbb ini adalah kali ke-2 dia berkata2 sebegitu kepada saya.
Mungkin kerana dia melihat saya LEBIH LEBAR selepas dia menegurnya kali pertama dulu. Kononnya nak memberi KESEDARAN kepada saya SEKALI LAGI!  Tapi cukuplah teguran yg sungguh pedas itu. Kalau nak menegur pun, biarlah ada intro yg power2 sikit. Pandai2lah berkata2 dan yang penting ANDA SIAPA UTK MENGUTUK SAYA? Sebab saya langsung tak rasa dia menegur tu dgn niat utk 'MENGAMBIL BERAT' tentang saya.


Nota tangan saya : Menegur biarlah bertempat, menegur biarlah kena cara, menegur biarlah tahu adab sopan. Lebih2 lagi isu sensitif. Atau saya yg over sensitif?

Tuesday, January 26, 2010

Sungguh seksa

...bila sakit tekak dan batuk tapi tak makan ubat.
Perit tekak dah hampir seminggu tapi saya tak makan pun antibiotik yg doc bagi. Doc memang kata selamat utk dimakan time pregnant tapi kawan sy yg pharmacist pulak ckp 50% je selamat. Last2 saya tak makan pun. Hanya bertahan dengan air asam jawa dan madu+limau. Tapi sehingga hari ni masih lagi tak baik2. Huhuhu. Apa lagi petua2 tradisional yg buleh saya buat tanpa menelan ubat nih....




Sunday, January 24, 2010

Episod akhir CINTA BALQIS

Saya sedang BERSIAP SEDIA utk melihat episod akhir CINTA BALQIS yg ditayangkan semula di TV3. Semasa tayangan sebenar hari tu sy tak dapat mengikutinya kerana balik lambat. Walaupun dah tahu apa kesudahannya, sy tetap nak tengok jugak.:P

Nota tangan saya : Tak boleh diam2 ngadap TV je, tangan mesti lipat baju yg menggunung. Barulah rasa tak membazir masa.(^_<)

Saturday, January 23, 2010

Al-fatihah utk Almarhum Sultan Johor

Semoga roh Almarhum digolongkan dalam golongan orang2 yg beriman. Insya Allah.
-Al-fatihah-

Tuesday, January 19, 2010

Alasan kenapa blog sunyi sepi :P

Alhamdulillah...
........07012010..............

Insyaallah, Ogos 2010 (EDD : 24082010) nanti damia akan bergelar kakak. Moga2 segalanya dipermudahkan. Insyaallah.

Nota tangan saya : Ini adalah salah satu sebab blog saya lebih sunyi sepi dari biasa (wpun biasa2 taklah meriah dan terupdate sokmo). <--alasan ni boleh terima kan? hormon saya kata, BOLEH!

Friday, January 15, 2010

Sunyi sepi

Mohon maaf kerana lama sungguh blog ini tak terupdate. Sekarang ni saya mengalami sindrom
  1. 'M' yg amat besar!  :P
  2. tido awal dan bangun ngam2 utk pergi keje..... mengantuk yg amat dahsyat!! :(
Walaubagaimanapun sy tetap berkunjung ke 'rumah' kawan2 yg sy boleh terjah kat ofis di waktu2 rehat @ waktu 'ular'kan (ssshhhh) diri, yang mana kena block tu mmg langsung takleh nk terjahlah. :(


Tuesday, January 5, 2010

Sunday, January 3, 2010

Eksperimen dgn ESSENTIALS

Baca sana sini, katanya ESSENTIALS ni boleh kurangkan bersin2 di pagi hari utk penderita resdung. Encik suami mmg tiap2 hari tak sah kalau tak bersin2 di pagi hari ni. Dulu masa kat rumah lama, siap boleh bertanding bersin dengan org belakang rumah. Hehe.. Org belakang rumah pun kuat bersin jugak di pagi hari.
Minggu lepas kami telah memulakan edisi eksperimen selama sebulan ni. Encik suami ni adalah jenis yg tak percaya sangat dengan produk2 di pasaran wpun isterinya dah berbuih mulut terangkan macam2. Penerangan saja tak cukup kan, jadi kesimpulannya kenalah beliau melalui eksperimen selama sebulan ni. Nanti sy akan update keberkesanannya selepas dah habis tempoh eksperimen ni.

Info ttg ESSENTIALS ni akan saya kongsikan di entry yg lain ye nanti. Kitab USANA tak bawak ke KL pun, takleh nk share lagi info2 psl ESSENTIALS ni.

Nota tangan saya : Setakat 2 minggu ni belum ada tanda2 kurangnya bersin atau serangan resdung, makin banyak bersin adalah. Mungkin ini adalah healing process dia. Saya pun ada ambik jugak ESSENTIALS ni, rasa cam tekak dok berkahakk aje.


Berkampung di KL

Sudah hari ke 2 kami berkampung di rumah kakak2 dan kakak ipar saya di KL. Agenda kali ini adalah
  1. Melihat anak2 saudara yg dilahirkan pd tahun lepas iaitu Muhammad Zafran dan Aidil yg masih lagi belum cukup 60 hari.
  2. Menghadiri majlis hari jadi anak saudara yg berusia setahun dan 2 tahun (beza umur adik n kakak ngam2 setahun).
  3. Jumpa besfren utk chitchat2 dan hantar tudung berbeg kertas pink yg dikirimnya.
  4. Jalan2 ukur IKEA --nampak gayanya mcm kena cancel je ni. Macam dah kekurangan masa nk pergi.

Pindah...

Bukan saya yg pindah rumah... kan sy dah pindah dah 4-5 bulan yg lepas (tapi rumah still macam baru pindah jerk.. ngeeee).
Ni ttg tanaman2 saya dah dipindahkan ke tanah. Tapi nampak macam pokok kari saya ala2 merajuk je. Pucuknye tak keluar pun sejak dipindah kan ke tanah 3-4 minggu yg lalu. Atau sbb saya kurang manjakan ia atau terlupa letak baja. :P

Pokok kari yg pucuknya seperti merajuk tak keluar2 sejak dipindahkan ke tanah.

Pokok pandan ok je. Dah beranak 2 dah, jadi 3 beranak.

Pokok halia yang kecil molek. Taktau lah ada isi halia ke tidak. Biasanya saya tengok pokok halia membesar lah jugak. Taktau ape silapnye.

Pokok cili yang sudah dipindahkan ke tanah. Ok jugak. Sekarang dah mengeluarkan hasil.

Pokok cili yang masih dalam pasu dari mula2 semai benih lagi. Yang tengah tu tumbang time hujan lebat hari tu. Terpaksalah guna batang penyapu yang dah nak buang utk menyokong pokok ni (nak cari ranting kayu taktau kat mane daaaa).

Pokok2 lain yg masih berada dalam pasu. Pokok limau nipis, limau purut dan daun kunyit. Daun kunyit makin subur sekarang ni tapi tak pernah guna pun. Suami saya tak suka masak lemak cili api @ apa2 masak lemak, jadi tak tergunalah daun kunyit tu (alasan bijak tak? padahal tak pandai pun masak gulai. ok jugak cik abe tak suka gulai2 ni). Nak masak rendang setahun 1-2 kali jelah. Siapa2 yg tinggal berdekatan dengan saya yg memerlukan khidmat daun kunyit, mai lah ambik kat rumah saya ni.



Friday, January 1, 2010

"010110"

...err... macam binary numbers jerk.. hehe..

Selamat Tahun Baru utk semua. Semoga tahun ni akan menjadi lebih baik drp tahun lepas. Insyaallah.

Nota tangan saya : Azam tahun 2010 hanya dok tersenarai dalam minda aje.:)

Blog Widget by LinkWithin