Sunday, January 3, 2010

Pindah...

Bukan saya yg pindah rumah... kan sy dah pindah dah 4-5 bulan yg lepas (tapi rumah still macam baru pindah jerk.. ngeeee).
Ni ttg tanaman2 saya dah dipindahkan ke tanah. Tapi nampak macam pokok kari saya ala2 merajuk je. Pucuknye tak keluar pun sejak dipindah kan ke tanah 3-4 minggu yg lalu. Atau sbb saya kurang manjakan ia atau terlupa letak baja. :P

Pokok kari yg pucuknya seperti merajuk tak keluar2 sejak dipindahkan ke tanah.

Pokok pandan ok je. Dah beranak 2 dah, jadi 3 beranak.

Pokok halia yang kecil molek. Taktau lah ada isi halia ke tidak. Biasanya saya tengok pokok halia membesar lah jugak. Taktau ape silapnye.

Pokok cili yang sudah dipindahkan ke tanah. Ok jugak. Sekarang dah mengeluarkan hasil.

Pokok cili yang masih dalam pasu dari mula2 semai benih lagi. Yang tengah tu tumbang time hujan lebat hari tu. Terpaksalah guna batang penyapu yang dah nak buang utk menyokong pokok ni (nak cari ranting kayu taktau kat mane daaaa).

Pokok2 lain yg masih berada dalam pasu. Pokok limau nipis, limau purut dan daun kunyit. Daun kunyit makin subur sekarang ni tapi tak pernah guna pun. Suami saya tak suka masak lemak cili api @ apa2 masak lemak, jadi tak tergunalah daun kunyit tu (alasan bijak tak? padahal tak pandai pun masak gulai. ok jugak cik abe tak suka gulai2 ni). Nak masak rendang setahun 1-2 kali jelah. Siapa2 yg tinggal berdekatan dengan saya yg memerlukan khidmat daun kunyit, mai lah ambik kat rumah saya ni.



4 comments:

MuzZz said...

K.Laila..bleh cari kat Daiso utk sokong pokok2..hehehe..tp klu ranting kayu..free jek.heheh..Gila weh pegi Daiso..tgk barang2 nak cucuk tanam..hahaha

lailasani said...

aah ek.. aritu dah tengok dah jugak kat daiso barang2 kebung. lupa lak nak beli.

~Umi.Sufira~ said...

Wah wah..meriahnya tanaman dia...pokok kami makin kurus melidi..ekekeke...nak kena carik baja cepat nih....;P

lailasani said...

Hehehe.. alhamdulillah hidup subur. mungkin sbb menanam dgn penuh kasih sayang. hahaha..
mimi tanam pokok ade campur2 sikit tak dgn tanah hitam? akak mmg campur masa gemburkan tanah asal tu...

Blog Widget by LinkWithin