Wednesday, January 27, 2010

Kisah 5 : Saya benci AMARAH

Saya sangat tak suka bila saya marah. Sebab bila hati sakit dan marah, jantung saya berdegup kencang, tangan saya seperti menggeletar menahan amarah, darah semuanya seperti menyerbu ke muka.
Dan yg paling sy tak suka sebab saya tahu SYAITAN tgh mengetawakan saya. Astaghfirullah....

Masih ingat tak cerita ini? Seorg 'lelaki yg hanya baik suam2 kuku-tegur menegur hanya boleh dibilang dgn jari tangan je pun dalam setahun tu' telah menegur 'kenaikan' saiz badan saya. Dan hari ini org yg sama telah menegur saya dgn ayat ini.
MAKIN BESAR LAAA BADAN AWAK....

Saya pandang muka dia dan berkata...
KALAU BADAN SAYA BESAR PUN, BUKAN SAYA MENYUSAHKAN AWAK!
YG AWAK SEBOK SANGAT APESAL?
Time ni mmg ada sedikit rasukan syaitan yg menyucuk2 yg mbuatkan saya hilang COOL di bilik yg berhawa dingin itu. Walaubagaimana pun saya masih lagi kontrol suara saya sbb saya berada di 'tempat (ofis)' orang lain.

Lepas saya ckp camtu, dia seperti mengomel2 dan berkata kononnya nk bagitau saya 'dgn ikhlas' laaa. Dan di hujung2 telinga saya terdengar dia berkata
MINTAK MAAFLAH.......

Sebelum saya keluar dr tempat itu, saya sempat berkata,
LAIN KALI JAGA SIKIT MULUT TU.

Ouh, sy memang marah sbb ini adalah kali ke-2 dia berkata2 sebegitu kepada saya.
Mungkin kerana dia melihat saya LEBIH LEBAR selepas dia menegurnya kali pertama dulu. Kononnya nak memberi KESEDARAN kepada saya SEKALI LAGI!  Tapi cukuplah teguran yg sungguh pedas itu. Kalau nak menegur pun, biarlah ada intro yg power2 sikit. Pandai2lah berkata2 dan yang penting ANDA SIAPA UTK MENGUTUK SAYA? Sebab saya langsung tak rasa dia menegur tu dgn niat utk 'MENGAMBIL BERAT' tentang saya.


Nota tangan saya : Menegur biarlah bertempat, menegur biarlah kena cara, menegur biarlah tahu adab sopan. Lebih2 lagi isu sensitif. Atau saya yg over sensitif?

8 comments:

ibuaiman said...

sabar ye lela...ibu mengandung xleh mrh2...tp mmg mulut org tu mmg laser dan mmg ptt lela ckp mcm tu kat die, cn sokong....ade sesetengah orang dia tak sedar kata-kata die menyinggung perasaan orang lain...cn pun ade terkena baru2 ni..hati ini terguris dan terhiris

lailasani said...

tu laaa.. lepas tu baru teringat, pregnant takleh marah2 nti terjangkit lak kat bb. mintak2 laa dijauhkan.
lela ckp camtu sbb rasa cam dia tu OVER laaa...

cn terkena pasai ape? sabar yee...

hmm... mmg kalau boleh taknak marah2 ni... tp dah TERRRR... huhu

Azure said...

huhu..memang overdose betul mamat tu. dah la pempuan mmg sensitip hal2 gitu...kalau dpt kat zura pun, mmg kena laser terus :P

Rhyati said...

dia tu body 6 ketul ke yg penyebok sgt badan org neh..

lailasani said...

zura,
sangat over tau!
geram betul...

tie,
dok lasung! sikit habok pun dok!

nadia said...

demmmmm, sapekah orang ini?

NURUL IZZA said...

akak..kalau iza akan cakap..

'hubby saya memang sayang sy, sebab tu badan sy gini..diberi makanan yang cukupnya..'

sekali nak cili je laki tu.agak arang laki yang sememang mulut laser ni.

p.s: tahniah akak..xsmpt nak blog walking..huhuhu time bgn pagi je sempat..

lailasani said...

nanad,
hint jelah ye.. org safety yg selalu lepak tempat kita mengepam dulu2 tu...

izza,
hehe... akak tak sempat nk pikir dah perkataan lain time tu. tu je yg terkeluar. almaklum laaa tgh marah kan.

ps:thanks..:)

Blog Widget by LinkWithin