Wednesday, August 25, 2010

1 day overdue....

  • ... saya masih lagi di rumah, menikmati hari2 menjadi SAHM bersama2 anak dara tercenta...
  • anak dara adalah sangat behave dan tidak mengada2, jadi senang sikitlah mama dia yg makyong teroverdue ni nk handle. setakat sediakan makan, mandikan, main2 jual2, main2 order2 makanan, main2 susukan barney & frog, basuhkan yak, demandkan air jushh (jus kurma damia panggil air jushh), buatkan susu, 'pokpok'kan utk tdo.... itu saje... :)
  • damia sangat rajin tolong mama, masukkan kain dalam washing machine dan jemur stokin adik.:) (bangga tu anak 2 tahun dah boleh buat kerja rumah... hehehe)
  • update ttg adik damia dlm perut, pagi2 tadik ada keluar tanda2 kecoklatan. Ada perasaan cuak juga masa tu, siap keluar peluh jantan betina sbb nervous. rileks kan diri kejap... pastu ok... 
  • contraction bbrp kali jugak hari ni, tp still tak konsisten. encik suami dah ajak gi hospital tp rasanya tak perlu lagi kot. doc pun pesan kalau contraction 10-15minit skali tu baru pegi. perjalanan ke hospital sudah diambil kira. harap2 sempatlah sampai ke hospital bila dah tiba masanya... INSYAALLAH...

Tuesday, August 24, 2010

Yatto! 40 wks!!

Lilypie Pregnancy tickers

.....Yatto (akhirnya) cecah 40 minggu dah adik damia ni. Kalau damia dulu, keluar masa 39 minggu 6 hari, sehari sebelum EDD. Itu pun induce. Reason? Kami hanya ikut cakap doc. Hehehe...

Check up sabtu lepas :-
  • Berat bb adalah 3300gram, berat mama tak meningkat sangat sbb pose.:)
  • Baby dah memang dok kat bawah sangat2 dah, doc cakap maybe tak sampai 31hb kot keluarnya. (31hb tu adalah 7 hari selepas EDD, kalau bb lahir 31 ogos menarik jugak kan?)
  • Saya reject utk buat CTG sbb memang takde contraction pun. Tambah2 lagi puasa ni pagi2 baby dok dendiammmm je. Bila petang barulah dok godek2 cari makanan agaknya... Tapi masa doctor scan tu tetiba ada contraction pulak... hihihi.
  • Pinggang dan ke bawah adalah sakit sana sini. Rasa dah tak larat nak naik turun tangga ofis, ambik cuti dah sehingga 30hb.
  • Masih lagi gagah utk berpuasa mahupun berjalan2 di bazar ramadhan. Peaceeee!! (gi keje tak larat ek? kekeke) Harap2 hari ni mampu berpuasa wpun tak terbangun sahur... huhuhu...
Nota tangan saya : ....moga2 diberi petanda yang mudah difahami dan waktu yg sesuai utk bersalin. risau jugak kalau tengah2 malam sbb nk hantar damia ke rumah bbsitter, kalau boleh taknak laa mengganggu bbsitter damia yg tgh nyenyak tido kan. apa2 pun, saya hanya mampu merancang, DIA yang tentukan segalanya.

Photoshoot mama moncet!

 ... awal2 sampai ke tempat kejadian, damia bad mood sesangat... konfius mamapapa dibuatnya. rupanya damia takut dengan org yg potong rumput kat padang... hohohoh...
susah nk tangkap gambar damia senyum time ni.

Lama jugak dok tangguh2 photoshoot utk mama yg moncet nih. Akhirnya berjaya jugak direalisasikan oleh photographer terhebat dalam family kami, iaitu tak lain tak bukan, PAPA DAMIA. Hehehe... **Siapa lagi nk ckp hebat kan? kecuali puan isteri dan anak2 sdiri kan? hehehe**
....kami bertiga, insyaallah bakal berempat.... damia masih lagi anak tunggal time ni...
 ... tukar location, barulah damia ceria time ni. hehehehe...

Hajat di hati, teringin juga nak ambik gambar2 romantika d'amour dengan papa damia seperti yg dirakamkan oleh KGK di Kluang tempoh hari. Dah lama rasanya tak ambik gambar berdua2an. Tapi apakan daya, mama damia kena terima hakikat yg sekarang ni dah ber3 dan bakal ber4. :). Macam2 taktik juga saya buat nak bagi damia leka dan tak masuk dalam gambar, tapi semuanya tak berjaya! Hehehe. Setiap kali setkan timer utk posing berdua2an, damia dengan lajunya berlari bersama2 papa damia utk masuk dalam gambar sekali. Hahahaha... Kalau diingat2 balik mmg sangat lawak. Laju betul damia lari.
.... hehehe, tak mendapat approval drp cik damia utk beromantika d' amour... kekeke... papa damia berlari masuk lam gambar, dia pun berlariiiiiiiii sama masuk... hahahaha...

Cuma ada satu je gambar kami berdua hasil taktik kotor mama-papa damia. Hehehe....
 ....psssttttt, damia ade sebenarnya dok bersila kat kaki mamapapa... hihihi... kamera difokus betul2 atas kepala damia ajerk... sorry ye damia, bg can utk gambar satu ni jeee... :)

 anak dara kesayangan mama...
.. lompatttttttttttttttt!!!!

Posing2 dengan papa pulak, siannn papa asyik tader dalam gambar je kan. Hehehe... Kalau mama yg ambik gambar, tukar setting kamera kepada AUTO ajelah...  senang! hehehe... klik.. klik... klik-fokus... siap!!
 .. damia & papa...
manja sungguh damia ngan papa sekrg ni tau...
sekejap2 tanya... 'mana papa ni...', 'mana papa ni...', 

Photographer cilik pun sebok jugak time photoshoot ni. Dah tak boleh fokus utk ambik gambar lagi dah. Sibuk ngan 'photographer' keluarga kami.

Lagi2 gambar bolehlah view kat sini (http://www.facebook.com/album.php?aid=58522&id=1584108809&l=e8c8b07be9).


Nota tangan saya : photoshoot ni juga adalah sempena birthday mama-papa damia... 24 julai 2010...

Wednesday, August 18, 2010

Kreatifkan anak dara saya? Part II

Tarikh kejadian : 01082010
**selepas maghrib, mama sibuk kat dapur-papa tgh ambil barang kat luar rumah....**

Hasil dari kisah anak dara yg sungguh kreatif ni, maka wujudlah satu lagi entry yg agak2 sama tp kali ini sangat2lah kreatif. Tak terkata apa2 mama tengok damia buat camni. Yang mampu mama buat ialah ambik je senjata yg damia gunakan tu.
 **sila abaikan latar belakang yg mcm tongkang pecah tu ye...
KAKI katanya.....
...SWIMMING.....
SWIMMING lagiii...
..BEDAKK katanya...
... syok sungguh dia main bedak nih...


Tuesday, August 17, 2010

38-39 wks

 .... langsung tiada contraction... hohoohohoh
damia.. yg keboringan menunggu mama wat CTG....
  • Berat maintain je sbb puasa...
  • Tekanan darah ok, alhamdulillah...
  • Baby aktif je, tiada apa yg perlu dirisaukan, masih tiada tanda2 nak keluar.
  • Doc takleh nak buat 'VE' sbb puasa kan.... (sedikit happy di situ... yattaaaa!!!)
  • Cek CTG tp langsung takde contraction pun. Baby masih rileks... Peaceee.. V.
  • Badan adalah sakit sana sini especially masa nak bangun dari tidur.... adeihh... sabar jelah...
 .. adeihhh... apo nak buat ni.... lamenyeee tunggu mama nii...

Monday, August 16, 2010

Jom belajar doa makan..:)

video
skrip doa :-
  • mama & damia : bismillahirrahmanirrahim....
  • mama & damia : allah
  • mama : hummaba
  • damia : riklana
  • mama : fiima
  • damia : rozaqtana
  • mama : waqina
  • damia : a'za
  • mama : bannarrrr....
  • mama & damia : AMIINN...
**dah lulus dah 50%, nanti belajar doa lepas makan pulak. mama yg sokmo lupa nak ajar.. huhu..

Damia dah nak jadi kakak : 25-26 bulan

Perkembangan budak kecik yg dah tak berapa kecik lagik dah. Dah jadi kanak2 26 bulan.
 hihihi.... sembahyang pakai telekung jaaa, kain taknak... susah nk berjalan laaa mama....

  1. Perkembangan paling hebat!! Minggu lepas start panggil papa tengah2 malam buta utk buat susu atau mintak air atau mintak garukan tempat yg gatal. Mama boleh tido lena sikit minggu lepas. Maybe damia dah tau kot lepas ni nak kena mintak apa2 ngan papa sbb mama nk kena layan adik.
  2. Pandai sungguh bercakap kat telefon sorang2. Tapi kalau ada org telefon betul2, taknak bercakap pulak. Sibuk dok dengar aje. Antara perbulan damia ialah HELLO... HELLO.... HAA? HAAA? PAPA? PAPA?? PATUTTTT... (sepatutnya "patut laaaaaaaaa".... hehehe)
  3. Vocab dah makin banyak dah. Kadang keluar perkataan2 yg lawak jugak. Perkataan favourite sekarang ni ialah KEJAP.. KEJAP... JAP EH, JAP EH... TAPE...  TAPEE...
  4. Perkataan "TAPE" (takpe) tu mmg dari mama. Setiap kali tumpah masa makan, mama akan cakap, TAKPE, nanti mama lapkan. Sekarang ni damia dah guna balik. Kalau tumpah air ke ape, mintak ambikkan tisu, damia akan cakap. TAPE... TAPEEE..... aduyaiiii.... takleh nk ckp apa sbb mama jugak yg ajor. huhuhu.
  5. Dah pandai demand macam2. Nak air bina (ribena), nak miyo (milo), taknak mandi, taknak basuh yak. Macam2 karenah dia. Kalau nak ajak mandi tu, kena pujuk baek2 punye. Kalau ngan papa memang susah sikit. Nak mandi ngan mama jugak.
  6. Dah pandai sambung2 baca doa makan. Alhamdulillah..... Sekrg tgh belajar doa lepas makan pulak.
  7. Setiap kali lepas mandi mesti nak ambik air sembahyang. Tak kiralah time tader waktu sembahyang pun. Dan setiap kali nk start sembahyang pun mesti ambik wuduk dulu. WAJIB. Abis basah baju. Minggu lepas mama dah berjaya belikan telekung kanak2. Excited damia nk pakai, sembahyang ngan mama/papa. Anggota wuduk damia buat masa ni adalah muka-telinga dan kaki sahaja ye.
  8. Sangat suka cium 'adik'. Cium perut mama bertubi2. Tapi kalau before tido, mesti cium perut mama n perut papa. Hahaha. Walaupun damia sdiri cakap, perut papa takde adik. Nakkk jugak cium.
  9. 1-2-3 dah lancar dah wpun kadang tu ada jugak silap. Tiada perkembangan yg hebat ttg ABC dan AlifBaTa sbb mama pemalas nk ajar betul2. Asyik2 dok nyanyi jaaa... hohohooh... **mama, sila rajin2 sikit, saya nk belajar ni!!**
  10. Kegemaran mengambil order makanan adalah masih berterusan. :)
  11. Dah kurang gemar nasi putih, kalau nasi yg ada perisa cam nasi ayam ke, nasi beriyani ke mmg damia suka. Favourite adalah yg berkaitan dgn mee @ pasta serta ayam. Tiap masa nk mintak ayam, mmg anak papa betul lah damia ni.
  12. Dah tau bagi salam-jawab salam dan ckp terima kasih-sama2.  
  13. Pantang jumpa kamera, mesti buat gaya2 comey @ pelik.... atau nak jadi photographer cam papanya...
 hasil kreativiti damia mengambil gambar.. ada talent tak mama????
sangat2 rajin tolong mama masukkan pakaian kotor dalam mesin basuh, yang paling penting mesti kena bagi damia tuang sabun... MESTI!!

    Sunday, August 15, 2010

    Kontraksi palsu? Kontraksi sebenar?

    Rentetan drp kisah 'contraction' di hari pertama berpuasa, saya nak share info yg diambil dari sini.

    Bagaimana mengenal Kontraksi? Bagaimana rasanya sakit bersalin? Bagaimana membezakan antara kelahiran sebenar dan kelahiran palsu?

    Ciri-ciri Kontraksi
    • Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
    • Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
    • Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
    • Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
    • Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
    • Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
    • Semakin kuat sakitnya
    • Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
    • Berbaring tidak mengurangkannya.
    • Servik menipis dan terbuka.
    {mosimage}Mengira Kontraksi
    • Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
    • Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
    • Catatkan kekuatan sakitnya.
    Kelahiran Palsu

    Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.
    Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.
    Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini
    • menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
    • jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
    • tidak bertambah kuat sakitnya.
    • tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
    • biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
    • tidak begitu menyakitkan.
    • boleh reda jika anda berbaring.
    • biasanya tiada perubahan pada servik.
    Bila Perlu ke Hospital
    Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
    • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
    • keluar air ketuban.
    • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
    • keluar darah dari vagina.
    • apa saja masalah yang dialami.

    Sumber:
    • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
    • Labor Signs, webmd.com
    • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
    Nota tangan saya : Doktor nasihatkan saya agar ke hospital sekiranya mengalami contraction 10 minit sekali memandangkan rumah agak jauh dr hospital.

    Thursday, August 12, 2010

    Tanda-tanda hampir bersalin

    Rasa nak share dengan kawan2 tanda-tanda hampir bersalin. Sebab petang semlm dari pkl4-6 petang gitu saya mengalami contraction yg sangat hebat. 15 minit sekali. Huhuhu.. memang sangat2 sakit. Time tu dalam kereta utk ke bazar ramadhan, terus takde selera nk beli apa dan memang tak turun kereta pun. Tambah2 lagi hujan dan damia tido. So, tunggu dalam kereta jelah.
    Dok terfikir2 lagi, betul ke nak bersalin ni? atau false alarm je? atau sebab puasa? atau??? Hoh! Memang sangat confused! Dah balik rumah tu, alhamdulillah ok pulak. Baru nak google balik 'tanda2 hampir bersalin'... Hohohooh... Kena sound ngan cik abe, "aih, baru nak cari tanda2 nak bersalin?" Hehehe.. Saya tak berapa ingat yang contraction berapa minit skali tu kena angkut barang pergi hospital. Tanda yang lain2 rasanya dah dok terlekat lam kepala dah....

    Ni saya copy-paste dari sini.

    Bayi turun ke bawah
    Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
    • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
    • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
    • sakit perut, memulas
    • kerap buang air besar
    • kerap terkentut

    Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

    • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
    • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
    Sakit belakang
    • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
    • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
    • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
    • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

    Pecah air ketuban
    Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

    {mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
    Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

    Kontraksi yang tetap dan berterusan
    Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"


    Bila Perlu ke Hospital
    Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
    • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
    • keluar air ketuban.
    • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
    • keluar darah dari vagina.
    • apa saja masalah yang dialami.

    Sumber:
    • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
    • Labor Signs, webmd.com
    • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

    Nota tangan saya : 
    **moga2 saya diberikan tanda yg nyata dan jelas utk bersalin nanti.INSYAALLAH
    **....minggu ke 38!

    Wednesday, August 11, 2010

    Salam Ramadhan buat semua...



    ................ salam ramadhan buat semua....
    semoga ibadat kita diberkati olehNYA...
    insyaALLAH

    Sunday, August 8, 2010

    Season 4 - Cute Funny Eating Baby Contest


    Banner contest... Jom pakat ramai2 join contest ni... 
    Tarikh tutup ialah 15 Ogos 2010!

    Dah lama jugak tak sertai online contest ni. Kali ni nak mencuba nasib jugaklah, nak join CUTE FUNNY EATING BABY CONTEST. Dpt link ni from Muz dan kawan seofis. Thank you ne! Kebetulan ada gambar damia yg saya rasa lawak jugaklah dan rasanya layak utk masuk contest ni. Gambar ni dah pernah letak kat blog ni sebelum ni. Kira recyclelah ye.


    Gambar ni menjadi pertaruhan utk contest kali ni.
    Damia makan nugget cicah air masak. Makan dengan penuh selera skali.
    NAMA : NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
    UMUR : 2 TAHUN 1 BULAN


    HADIAH? Hadiah utk season ni blm lagi dipublish tp hadiah utk GRAND FINALE adalah sangat menarik wooooooo.... " GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"


    Nak join? Haaa... jom join.. Ni adalah syarat2 utama utk join contest ni ye. Mari kita cek dulu mama damia ni dah memenuhi syarat ke belum.
     1) wajib menjadi follower http://www.suziey.com/ , http://www.malinasiam.com/  & http://damiaqish.blogspot.com : DONE!
    2) buat 1 n3 berkenaan contest ni dan pastikan ade link back.. : DONE!
    3) letak banner contest tu di tepi side bar blog korang & di dalam n3 contest korang ... : DONE!
    4) letakkan SEKEPING shj gbr anak anda yg paling comel & lucu sedang mentakedarah makan (xkira ape jenis makanan skalipun...asalkan sedang mkn sesuatu makanan bkn tayar beskal atau menan2 yg lain :D ) then nyatakan nama & umur anak anda.. : DONE!
    5) jgn lupe..n3 contest hendaklah diakhiri dgn " GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM" : DONE!
    6) submit link n3 pd comment box n3 ini shja sebelum 15 August 2010 @ 2pm : DONE!


    Friday, August 6, 2010

    Selamat hari penyusuan susu ibu!!

    Selamat hari susu ibu utk kawan2 yg menyusukan. 
    Tahun ni lambat plak buat entry susu ibu ni, esok dah 7hb dah. Hari yang terakhir. Almaklumlah tengah tak menyusu sekrg ni. Tapi hati adalah berkobar2 utk buat persediaan nk susukan adik damia dan damia skali nanti. Harap2 laaa kali ni berjaya menyusukan berbanding damia dulu. Harap2 sangat tak ada masalah yang menimpa.
    Kad penghargaan susu ibu drp duniasusuibu.com.

    Nota tangan saya : Kemas2 freezer terjumpa 2 botol ebm damia yg dah expired! huhuhu

    Thursday, August 5, 2010

    Mickey mouse vs Bee



     Dipersembahkan......
    model MM-mickey mouse!!!
    Romper ni berjaya dirembat di kedai online Kak Ros-Little Mama. Walaupun tgh panas 'cengceng'(loghat kelate' daaaaa), damia sanggup pakai topi kepala MM ni tanpa banyak songeh. Siap suruh pakaikan lagik!
    Untuk sape2 yg berminat bolehlah jenguk2 ke kedai Kak Ros ni ye... Service adalah tiptop! Takder delay takde byk songeh.:) Nampaknya masih ada stok romper yg comey2 nih. Tembikai pun ade tau!!
    Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! pose terbaekkk utk encik papa... :)

    Dan ini pula adalah LEBAH KESEPIAN!! kerana tidak ada kawan nak bermain2 dan berlari2. Hanya ada mama je yg dah tak kuat berlari. So, damia lari jelah sorang2. Gambar ni dah lama jugak, beberapa bulan yang lalu. Gambar jalan2 cari hutan bandar Mutiara Rini.
    Opsss, disebabkan baru minggu lepas ada adik seofis bertanya baju ni beli kat mana. Jawapannya ialah TESCO. Mana2 tesco pun ada kot.
    laju tau saya lari!!!!! mama mmg tak sempat nk kejar saya...
    ada gaya atlit tak? :P
    Blog Widget by LinkWithin