Monday, December 13, 2010

Resepi coklat mentega kacang-Chef Amer

Resepi coklat yg saya dah pernah try khas utk cik yantie. Selamat buat coklat utk cik abe terchenta....
(Resepi daripada buku resepi coklat chef Amer)
kalau ikut spec coklat betul2, coklat ni adalah kureng menjadi sbb banyak gelembung2 udara... hohoho


BAHAN2
50 g coklat gelap
250 g coklat susu kompaun-dicairkan menggunakan double boil
30 g mentega kacang (kasar)

CARA MEMBUATNYA
1-Dengan menggunakan berus, sapu coklat gelap cair di dalam acuan.
2-Campur coklat susu bersama mentega kacang dan kacau hingga sebati.
3-Setelah coklat di dalam acuan agak keras, tuang campuran mentega kacang.
4-Keraskan coklat di dalam peti sejuk selama 20 minit.

Nota : Jika menggunakan mentega kacang halus, boleh campurkan sedikit kacang cincang.

Nota tangan saya : Saya tak letak kacang sbb masa tu damia belum pandai makan kekacang.:)


2 comments:

Normaliza said...

Saya pun suka wat coklat sebab anak-beranak suka makan coklat. tapi dark choc ni tak penah cuba plak. tak pahit ke yek?

lailasani said...

nmaliza,
bagus laa wat sdri... jimat sikit kos.. hehehe..
tak pahit mana tp tgk brand jugak laaa dark choc ni. ms buat aritu pun saya guna milk choc je. tak sempat nk buat layer2 bagai... anak melalaks.. hihii

Blog Widget by LinkWithin