Sunday, May 16, 2010

Makaroni Bakar di Hari Ibu

Setelah bbrp bulan tak 'main masak-masak' kat dapur kesayangan, Mother's Day hari tu berjaya jugak mencuba resepi makaroni bakar yg merupakan 'signature dish' Puan Azura. Akak mohon izin copy-paste resepi dari blog azura ye.

Bahan² A
Makaroni dalam 350g
Sebungkus daging lembu cincang ramly
1 tin kecil tomato puree
1 tin cendawan (potong nipis)
3 biji buah tomato (potong dadu)
3 biji bawang besar (potong dadu)
4/5 sudu olive oil/minyak masak
1 paket perencah lada hitam megi (guna separuh aje, jgn campur air)
Oregano/mixed herbs-saya guna oregano
Perencah ayam 1/2 kiub
Cheese cheddar/parmesan/suka ati-saya guna cheddar dan parmesan

Bahan² B
2 gelas susu segar/full cream/low fat (panaskan bagi suam)
3 biji telur (pukul asing)
2 sudu besar tepung gandum
sikit cheese (ni aku tambah, guna cheddar yg blok tu, then hiris², guna suku je)-ni saya tak masukkan sbb first time buat, takut terlalu muak nanti encik suami tak lalu nk makan pulak.
garam


1. Rebus makaroni macam biasa dengan sikit garam. Dah kembang letak 1 sudu butter then tos.
2. Tumis bawang besar. Masuk tomato puree dan daging. Kacau rata, masuk pula tomato cincang dan cendawan. Rasakan dengan garam dan kiub ayam.
3. Bila daging dah keluar air/dah masak, masuk 1/2 paket perencah lada hitam. Kalau suka lebih pedas, tambah lagi serbuk lada hitam. Kot nak letak cili api pun bole. Tabur sikit oregano. Dah nampak pekat, masuk makaroni, kacau rata. Bole la tutup api.
4. Panaskan 2 gelas susu dalam periuk. Jangan mendidih, suam aje. Nak tutup api pun bole. Tapi sebab aku tambah cheese, continue la masak atas api nak bagi cheese cair. Just jangan sampai mendidih. Masuk telur yang dah dipukul, garam dengan tepung. Gaul bagi rata. Siap kuah putih.
5. Dah siap kuah merah (daging & makaroni) dan kuah putih (susu), bolehla start melapis. Dalam loyang, lapis makaroni, tabur oregano, padat² kan. Lapiskan pulak kuah putih, then lapis makaroni lagi bagi habis. Lapis sekali lagi kuah putih, bagi habis. Last, tabur cheese parmesan (Kalau pakai cheddar block, make sure sagat halus sebelum tabur)
6. Bakar 30-45min, suhu 150°C (ni oven aku, ikut kesesuaian oven korang la ye. Mula dengan api bawah, last 10-15mins bole guna api atas bawah. Kalau nak guna api atas bawah dari mula, guna suhu 90°C)-saya guna oven yg takleh nk setkan api atas ke bawah, so sy bakar guna 150°C utk 30minit pertama dan 170°C utk 15minit sbb nak kasi cheese yg kat atas tu golden brown sket.

Resepi ni banyak dah dialter oleh aku. Ikut asal, makaroni tu tak dicampur dengan kuah merah. Ada 3 lapis, makaroni kosong, kuah merah dan kuah putih. Lapis makaroni dulu, then kuah merah, then makaroni lagi, last tuang habis kuah putih sebelum ditabur cheese.

Dan ikut resepi asal jugak, kuah putih takde letak cheese. Kot ada yang muak kan. Tapi tu lah yang aku suka, extra cheese gitu.
**semua ni original from azura.  TQ ye... ada kawan cakap, rasa cam murtabak.. hehehehe.. bagi saya mmg sedapppp, tak rugi cuba..:)
 

2 comments:

Azure said...

wpun dah selalu buat, tp tiap kali nampak tetap terliur...sedap kan k.lela? hehe

pasal susu tu, agak² dalam 250-300ml..

lailasani said...

sedappppp!! hehe..
tq bebanyaks yee...

orait.. nti next time nak buat ikut betul2 resepi ni.. aritu derhaka sket. hehe

Blog Widget by LinkWithin