Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

GAS aka 'Laughing GAS' ialah.... ->khas utk puan yatie chomeyl

Jawapan utk soklan puan yatie chomeyl. GAS yang dimaksudkan dalam entry kelahiran bb dinie ialah...

Nitrous Oxide is inhaled through a mask during labor. It provides short term pain relief. It does not take the pain of contractions away completely, but tends to numb them. You hold the mask yourself over your face at the onset of each contraction and you breathe in very deeply. Women report that the gas helps them to feel a sense of well-being and to be better able to cope with the contractions. It only takes about 30 seconds to feel the effects from the gas, and it wears off as soon as you take the mask off. For the best effect, the woman needs to start breathing it in as soon as the contraction starts. This will ensure that the maximum effect of the gas is felt at the peak of the contraction.

Bolehlah terjah ke sini dan ke sini utk mengetahui dengan lebih lanjut.

Nota tangan saya : Saya suka laughing gas ni.:)

Pernikahan DINI! opsss... silap tajuk, PELAHIRAN DINIE yang agak mencemaskan....

Sebelum kronologi kelahiran puteri kedua saya, bb dinie agak pudar dari ingatan (hilang dr ingatan tu tak mungkin laaa kan..) ingin saya abadikan kenangan itu dalam 'diary' saya ni.:)

24 OGOS 2010
EDD saya! Langsung tiada apa2 tanda. Hati adalah berdebar2 menanti tanda2 kelahiran. Masa ni masih lagi gagah utk berjalan2 ke Giant.

25 OGOS 2010
Akhirnya ada tanda2 bb dinie nak keluar. Keluar tanda2 kecoklatan, perut memulas2 dan selalu nk buang air serta contraction setiap jam tetapi tidak konsisten spt yg saya coretkan dlm entry ini. Oleh kerana contraction yg tidak konsisten dan tak berterusan hingga ke malamnya, sy mengambil keputusan utk berhibernasi dulu di rumah. Dan tidak putus2 berdoa agar tidak bersalin pd mlm tersebut sbb memikirkan damia dan bbsitter. Alhamdulillah mlmnya hanya sekali sahaja contraction.

26 OGOS 2010
Pagi2 lagi encik suami bertanya, nak ke hospital ke? Saya cakap, takpelah dulu. Kalau sakit nanti saya call abang kat ofis. Hehehe... Masih bertahan tu! Lagipun mmg takde contraction pun mlmnya. Walaupun dalam hati berbelah bagi jugak nak terus ke hospital atau tidak. Takpelah, percaya pada kata hati sdiri. Dari pagi ke tengah hari, hanya 2X contraction. Selepas beraktiviti Alif-Ba-Ta dengan cik damia, kami sama2 tertidur kepenatan (Saya penat puasa, damia penat belajar.. hehe). Pukul 1.30 petang saya terjaga dan masih melayan mata...... dan...........
CONTRACTION pun bermula....
  • 1330
  • 1345
  • 1400
Erkkss... 15 minit sekali!! Peluh jantan betina dah mula keluar kat dahi! Contraction kali ni lain macam sikit, sakittttttttt!!! Terus call encik suami bagitau. Encik suami kata, "OK, SAYA BALIK!!" Dalam pada tu saya sempat lagi cakap kat encik suami, ke nk tunggu lagi setgh jam? Hehehe... Tapi encik suami kata, "SAYA BALIK SEKARANG!!"
CONTRACTION LAGIK!
  • 1400
  • 1410
  • 1425
Allamak! makin kerap ni, contraction 10-15 minit sekali dan sangat2 sakit!! Terasa macam dah hampir nak bersalin. Huhuhu. Dalam pada tu saya masih sempat lagi fikir nak mandi, nak sembahyang zohor, nak mandikan anak dara, nak bagi anak dara mkn tengah hari. Paling penting kena bagi anak dara makan dulu sbb nak pegi rumah bbsitter tiba2 ni tak sure ada makanan atau tidak kan. Sambil saya sembahyang zohor, saya bagi anak dara makan sendiri je sbb rasa dh tak sempat dah nak bg anak dara mkn sambil2 melayan dia. Nasibbaik jugak anak dara tak merengek2 dan mengada2 wpun baru bangun tidur.

Lebih kurang 1430 @ 2.30 petang
Encik suami sampai rumah. Bergegas nak ke hospital! Kelam kabut!!! Encik suami makin kelam kabut bila tengok saya yg mengalami kesakitan yg amat sangat setiap kali contraction. Tak boleh berjalan! Tak boleh bercakap!!!! Memang masih terasa2 lagi kesakitan tu sehingga saat ini. HUH!! Sangat2 sakit! Masa masuk kereta saya sempat lagi berkata pada suami. "HATI2 BANG, SAYA RELA BERANAK DALAM KERETA DARIPADA SAYA MATI ACCIDENT.........." huhuhu... tetiba teringat kejadian ibu hamil yang accident masa dalam perjalanan ke hospital baru2 ni. Takut weiii.....!!

1445 @ 2.45 petang
Bertolak ke rumah bbsitter dan terus menuju ke hospital. Dalam perjalanan tu baru call bbsitter, diorang satu keluarga bersiap2 utk keluar membeli-belah raya. Alhamdulillahh, diorg belum keluar lagi. Kalau tak, mmg tak tahu nak letak damia kat mana. Mungkin juga terpaksa masuk labour room bersama2 dengan papa... Hahaha...

1500 @ 3.00 petang
Pekan Senai, estimate utk sampai ke hospital adalah setgh jam. Contraction masa ni adalah 4 minit sekali. Saya teramat risau kalau2 air ketuban pecah! Risau kalau2 terbersalin dalam kereta! Time tu saya dan suami hanya mampu berdoa moga sempat sampai ke hospital sambil bercakap2 dengan baby supaya 'tunggu sekejappppp' je lagi. Sakitnya mmg ALLAH aje yang tahu! Rasa tak tertahan, tapi kena tahan ajelah kan?! Nak buat cemana lagi. Masih dalam kereta pulak tu. Keadaan jalan time ni adalah lengang, alhamdulillah. Bukan waktu jem. Syukur...
Sempat telefon bonda dan ibu mertua utk mohon restu dan doa mereka. Dan sempat juga sms kawan2 terdekat yang saya sudah on d way ke hospital.

Hampir 1530 @ 3.30 petang
Sampai di hospital. Saya dah tak boleh berjalan! Contraction dah kerap sangat! Naik wheel chair ke labour room. Saya dah tak fikir perkara2 lain dah, yang penting baby saya ni nak keluar! Ngeeeee.... Sampai ke labour room, midwife yang bertugas terus cek bukaan. Beliau berkata "FULLY DILATED!" Dalam hati saya, aih! biar benar!! Bila saya dengar2 beliau borak2 dengan sorang lagi midwife, bukaan masa tu adalah 6.5 cm. Terus beliau mengarahkan kawannya prepare segala peralatan utk sambut baby sementara beliau sendiri menelefon doktor. Suami saya pula diarahkan utk pergi register. Saya?? Menahan kesakitan yg tak tertahan!! Saya perlukan GAS!
"Dik, boleh bagi gas tak? Dah sakit sangat2 ni..."
"Kejap eh kak...." Sbb adik tu tgh sibuk prepare peralatan nk bersalin... Dalam hati saya, tolongggglah dik, sy dah sakit sangat2 ni.. Sabar ajelah...
Ok, dapat GAS! Tingtong sekejap dapat sedut gas. Saya taktahu fikiran saya melayang entah ke mana. Pening! Terasa sayup2 je percakapan2 midwives yang bertugas. Beberapa minit kemudian, TUPSSS!! Terasa seperti terkencing tapi banyak pulak air yg keluar. Yupsss, air ketuban pecah!
"Kak, saya rasa air ketuban pecah"
"OK.. OK..." Midwife cek bukaan, saya tak sure masa ni berapa cm tp midwife tu dok pesan2 kat saya
"JANGAN TERAN DIK" Dalam hati saya, cemana aku taknak teran ni, baby dah betul2 nak keluar.
"SEDUT GAS DIK" Yup, saya cuba utk fokus pada GAS! Bukan fokus pada contraction dan nak meneran. Mana laaa midwife tu taknak bagi saya teran, doktor pun belum sampai ke labour room, suami saya masih kat tempat registration. Dalam hati saya, 'mana suami saya ni??'
"Kak, tolong telefon suami saya kak" saya merayu.... Mana taknya, saya rasa baby dah betul2 nak keluar tapi encik suami tiada di sisi pulak.

Beberapa minit selepas tu, dengan pandangan yang berbalam2 saya nampak doktor dan doktor cuba berkomunikasi dengan saya.
"BB dah nak keluar dah laila"
"Ye doktor, sakit doktor" Itu aje yang mampu saya jawab.
Dan selepas itu barulah suami saya selamat sampai ke labour room. Si dia masih lagi gementar dan menggigil kerana ke sana ke mari sehinggakan terlupa dan tak sempat nk snap gambar banyak2 kat labour room. Yups, photographer hebat saya tu pun boleh terkedu bila tengok baby dah betul2 hampir nak keluar. Sedar tak sedar, saya diminta lepaskan gas dan push beberapa kali.

Tepat jam 1557 @ 3.57 petang
Baby dinie selamat dilahirkan. Alhamdulillahhhhh, syukur padaMU YA ALLAH.
 sejurus selepas dilahirkan..... mama lega dan bersyukurrrr bb dinie dilahirkan dengan selamat, alhamdulillah...
wajah seorg kakak....
 ... kesiann si kakak tidur kat lantai, papa DD tidur atas sofa je temankan mama dan adik dinie.... 

 .. terima kasih juga kepada kak awanis dan farah.... midwife yg bertugas semasa saya bersalin...

Nota tangan saya : 
**Alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan oleh ALLAH. Berkat bulan Ramadhan yang mulia, berkat restu suami, berkat doa ibu bapa, berkat doa family dan kawan2, dengan izinNYA pengalaman bersalin kali ni adalah begitu lancar walaupun agak kelam kabut.
**terima kasih yang tidak terhingga utk super hero kami aka encik suami yg sentiasa di sisi.... luv u so much!!! 


Saturday, July 10, 2010

Tukang urut PERCUMA selepas bersalin?

Setelah digoogle2 ke sana sini, terjumpalah berita yang menarik ini. Perkhidmatan tukang urut PERCUMA selepas bersalin di Hospital Sultan Ismail, Johor. PERCUMA tu... mmg tak pernah dengar sebelum ni. :)
Berita penuh boleh baca di bawah. Saya copy-paste dr sini.

Urut lepas bersalin percuma di hospital

JOHOR BAHRU: Mulai Jun depan, ibu yang bersalin di Hospital Sultan Ismail, di sini, boleh mendapatkan perkhidmatan urut badan secara percuma seperti yang digalakkan dalam perubatan tradisional.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata perkhidmatan itu juga bertujuan mengelakkan ibu terburu-buru menurunkan berat badan selepas melahirkan anak, termasuk dengan cara berbahaya sehingga memudaratkan kesihatan sendiri dan menyulitkan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu serta isteri.
Beliau berkata, perkhidmatan itu boleh diperoleh ibu bersalin di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) di hospital berkenaan mulai jam 8 pagi sehingga 6 petang dan perlu mendaftar untuk mendapatkan tarikh temujanji daripada pengamal urutan tradisional.

“Urutan badan adalah kaedah rawatan tradisional dan ia tidak akan menimbulkan sebarang kesan sampingan kepada ibu selepas bersalin.
“Ia juga membantu ibu bersalin memperoleh bentuk badan asal dan kelihatan menarik biarpun sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak,” katanya selepas mengunjungi unit TCM di HSI, semalam.
Turut mengiringi beliau adalah Pengarah HSI, Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican.
Rawatan perubatan tradisional dilancarkan buat kali pertama di Hospital Kuala Batas (HKB) sebagai projek perintis sebelum diperluaskan ke Hospital Putrajaya dan HSI.
Robia berkata, unit TCM di hospital berkenaan mula beroperasi 16 Januari tahun lalu dan menyediakan perkhidmatan akupuntur, urutan tradisional Melayu dan rawatan herba onkologi bagi pesakit barah.
Beliau berkata, urutan tradisional dan akupuntur mensasarkan pesakit strok dan pesakit kronik, manakala orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan dan ingin mendapatkan rawatan berkenaan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan terlebih dulu.
Katanya, menerusi program itu, hanya pengamal perubatan tradisional yang menyediakan rawatan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan herba dibenarkan

Sumber: Berita Harian, 3 April 2009

Sunday, June 21, 2009

Mari mengimbau kenangan lalu...

Kronologi kelahiran damia ni aku dh tulis ms time pantang tahun lepas tp tak terpos2... utk kenangan dan ingatanku sendiri.. aku poskan kat sini sempena bday damia bulan ni...
***entri ini amat panjang ye... kalau anda baca dan terboring, itu adalah tanggungjawab anda sdiri... sy tak bersalah... hehehehe...
kami bertiga... sejurus selepas kelahiran.
1st kiss utk mama...

Kronologi melahirkan bb Damia..
11 Jun 2008
  • 1030 : Kuar dr rumah nak pegi check up kat klinik.
  • 1115 : Sampai klinik…. Tunggu….. Orang tak ramai sangat kalo bukan ari Ahad.
  • 1200 : Jumpa doc, doc wat VE… perghhhhhhhhhhhhhhhh… sakit giler beb! Doctor suh masuk ward petang tu jugak sbb nye dah ade contraction sikit katanya. N takut bb terberak kat lam perut… Hmm… wpun tak overdue, doc ckp aku kena bersalin esok jugak… aku pun tak banyak soal.. ok lah. Ikut je ape doc cakap...

12 Jun 2008
  • 0100 : Terjaga.... terbayang2 besok bb dh kena dilahirkan.. sedangkan aku langsung tak sakit ape2 pun... ishh.. camno nih.??? Risau plak aku… terusss takleh tido sampai kol3… hmm.. berdebar2.. Hubby kat sebelah baper kali terjaga gak.. n dok suruh aku tido… Nak wat camno.. dah tak lena nak tido dah..
  • 0500 : Nurse mai wad utk check blood pressure… mase tu aku tengah tido2 ayam.... sementara menanti alarm kat hphone berbunyi…
  • 0520 : Midwife suh bangun mandi n bersiap2 untuk ke labour room… Hubby terus bangun n mandi n bersiap2. Macam die plak yang nak bersalin… Hahaha… Aku plak still dok tunggu alarm berbunyi.. memang dah set kan minda nak bangun 0530. Bersiap2… sembahyang subuh n minum milo segelas… kot2 nanti takdak tenaga nk meneran.. hehehe…‘MAKAN SEBELOM MASUK LABOUR ROOM’ selalu sangat kawan2 n kakak2 kat ofis pesan… Tapi sebab pepagi morning + nerves, mane laaa aku ada selera nk menelan ape2.. roti ade… tp tak termakan.. dah nerves sesangat… hahaha..
  • 0600 : Bersedia utk ke labour room. Ishh.. takutnye plak rasa.. tapi nak wat cemana lagik. Kena hadapi gak.. N aku gak yang selalu dok mintak nak lahirkan bb ni cecepat.. hihi… Kira Tuhan makbulkan gak laaa ni.. Midwife yg bertugas pagi tu Kak Suriyati kalo tak silap. Dia suh tukar baju sume… Memula dia masukkan air dulu… then masukkan enema (ubat buang air beso) kot bontot.. hahaha... Rasa semacammm jerk.. n terus bergelora perut aku. Midwife tu cakap tahan selama mana aku buleh tahan baru pegi buang ayor… Erkss.. seksa gak camni.. Takut tahan punye tahan buleh ter’buang’ kat atas katil nih... Lam 15min pastu.. aku pi lah buang ayor… Fuhhh.. Lega perut aku yg bergelora… Segala jenis makanan dh terbuang kot... Abishhh burger king malam tadik.. kekeke…
  • 0630 : Kena induce… and VE… Baru 1.5+cm bukak. Perghh… Lame lagik nih… Ikotkan pembacaan aku.. Utk anak pertama 1jam 1cm.. Maknanya kena tunggu 8.5jam lagi nih… Hubby aku tanya ngan Kak Yati tu pun, die cakap.. mungkin petang kot ni.. hehe..Mase ni aku memang tak rasa sakit ape pun… Mase wat CTG t upon Kak Yati tu ckp, AWAK TAK SAKIT KAN? Hahaha… Memang pun. Tak sakit atau tak rasa ape2 langsung kecuali sakit kene VE.. Kekeke.. Tp waktu ni aku cam dh bersedia sket kena VE.. So takdelah sakit sangat. Siap bule burak2 n senyum2 lagik mase ni.. ambik gambo pun bule wat PEACEEE lagik… Encik hubby memang tak abish2 laaa dok ambik gambo jerk… Kak Yati tu pun siap cakap, KALAU AWAK NAK AMBIK GAMBAR WIFE AWAK SENYUM MASE NI JELAHHH… NANTI DAH TADER LAGI DAH SENYUM TU.. hehehe..
  • 0700 : Kak Yati nye shift dah abish.. So bertukar ke midwife lain plak. KAK MIN. Aku pernah jumpa die masa antenatal class. Mase tu memang dok doa2 gak dapat Kak Min ni. Nampak dia cam bes. Alhamdulillah.. rejeki.. dapat Kak Min ni.
  • 0930 : POP!! Air ketuban pecah.. kot (lam ati aku laa ni..) sbb rasa semacam jerk.. Bitau kat Kak Min, midwife yg bertugas.. Kak Min tu cek dah bukak bape cm, dah 3cm.. So die pun inject pethidine kat aku… Then aku dah buleh stat guna ‘laughing gas’ utk hilangkan rasa sakit. Actually bukan hilangkan rasa sakit… lupa sakit tu sbb gas tu buleh mengkhayalkan n memeningkan kepala. Pethidine tu plak kononnye buat kita ngantuk n tertido. Tapi kalau dah sakit, mana nak tertido nye kan?? Tapi memangg aku ngantuk gilerr… ***POP itu adalah bukan bunyi ye... PERASAAN aku je waktu tu... hahahaha..
  • 1000 : Masih buleh senyum2 n borak2 ngan hubby. Masih buleh sms kengkawan… and call ma. Hehe.. Dah rasa sakit tp tak kerap sangat…
  • 1100 : Aku dah memang tak ingat ape2 sangat. Sakit gilerrr!!!!! Gas tu tak pernah lepas dari tangan aku. Cam ketagih le plak. Hahaha. Yang aku ingat hubby aku Tanya nak pegi ambik baju baby. Then aku siap buleh Tanya balik, ade orang suruh pegi ambik ke?? Hihihi. Hubby cakap..’Tak’… Aku cakap takpelah.. nanti2… Sebabnye aku tak nak hubby aku tinggalkan aku sorang2 kat labour room tu.. Aku nak die ade kat sebelah aku jerrkk… Memula aku pegangggg jer tangan hubby aku.. Rasa cam takmo lepas. Tapi sbb dah lalok n dah sakit sangat, aku mintak hubby aku gosok perut. Aku rasa cam semua bahagian pinggang ke bawah aku sakit… Hubby aku gosok punye laaa pelan tapi aku cakap lagi.. gosok slow2… perghhh… tak buleh aku nk cite ngan kata2 camno sakit tuh… Orang yg dah alaminya tau laaa sakit nk beranak ni camno. Hehehe…. Pastu dah lame2… aku tak kasik hubby aku gosok aku lagik… Sbb aku rasa die pegang pon aku sakit… Sian hubby ku… Sorry ye sayang. Memang masa tu antara sedar tak sedar jerk… Yang aku tau.. aku rasa sakit yang teramat sangat.
  • 1130-1240 : Aku dh tak tau kol bape.. tapi yang aku ingat doctor mai cek mase aku dah 7cm. Sebelum tu aku cakap kat hubby, nanti kalo 5cm dah bukak aku nak minum minyak selusuh yang bapa mertua aku wat sampai abish. Tapi dah terskip 5cm tuh… Sama ada aku tak sedar or mmg terskip 5 cm tuh. Yang aku tau midwife tu call doc n bagitau yang aku dah bukak 7 cm. Alhamdulillah… Cepat jugak bukaannya. Sepanjang2 aku kat labour room tu, aku n hubby tak putus2 dok baca ‘Laailaahaillaaanta Subhanakainni kuntuminazzooliminnn’.. Sepanjang aku pregnant pun aku tak jemu2 dok pesan kat hubby, tolong doakan aku cepat n selamat bersalin secara normal.
  • 1250 : Dah bukak 9 cm.... Baby damia selamat dilahirkan… Alhamdulillah…

NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI....
kelahiran yg dinanti2kan... semoga menjadi anak yg berjasa... INSYAALLAH...


pssstttt.. kan sy dah ckp... entri ni panjang.... hehehehe...
Blog Widget by LinkWithin