Saturday, July 10, 2010

Tukang urut PERCUMA selepas bersalin?

Setelah digoogle2 ke sana sini, terjumpalah berita yang menarik ini. Perkhidmatan tukang urut PERCUMA selepas bersalin di Hospital Sultan Ismail, Johor. PERCUMA tu... mmg tak pernah dengar sebelum ni. :)
Berita penuh boleh baca di bawah. Saya copy-paste dr sini.

Urut lepas bersalin percuma di hospital

JOHOR BAHRU: Mulai Jun depan, ibu yang bersalin di Hospital Sultan Ismail, di sini, boleh mendapatkan perkhidmatan urut badan secara percuma seperti yang digalakkan dalam perubatan tradisional.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata perkhidmatan itu juga bertujuan mengelakkan ibu terburu-buru menurunkan berat badan selepas melahirkan anak, termasuk dengan cara berbahaya sehingga memudaratkan kesihatan sendiri dan menyulitkan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu serta isteri.
Beliau berkata, perkhidmatan itu boleh diperoleh ibu bersalin di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) di hospital berkenaan mulai jam 8 pagi sehingga 6 petang dan perlu mendaftar untuk mendapatkan tarikh temujanji daripada pengamal urutan tradisional.

“Urutan badan adalah kaedah rawatan tradisional dan ia tidak akan menimbulkan sebarang kesan sampingan kepada ibu selepas bersalin.
“Ia juga membantu ibu bersalin memperoleh bentuk badan asal dan kelihatan menarik biarpun sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak,” katanya selepas mengunjungi unit TCM di HSI, semalam.
Turut mengiringi beliau adalah Pengarah HSI, Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican.
Rawatan perubatan tradisional dilancarkan buat kali pertama di Hospital Kuala Batas (HKB) sebagai projek perintis sebelum diperluaskan ke Hospital Putrajaya dan HSI.
Robia berkata, unit TCM di hospital berkenaan mula beroperasi 16 Januari tahun lalu dan menyediakan perkhidmatan akupuntur, urutan tradisional Melayu dan rawatan herba onkologi bagi pesakit barah.
Beliau berkata, urutan tradisional dan akupuntur mensasarkan pesakit strok dan pesakit kronik, manakala orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan dan ingin mendapatkan rawatan berkenaan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan terlebih dulu.
Katanya, menerusi program itu, hanya pengamal perubatan tradisional yang menyediakan rawatan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan herba dibenarkan

Sumber: Berita Harian, 3 April 2009

1 comment:

ibnu marzuki al firdaus said...

1. KKPj ada 4 : KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA

2. FPP & non-FPP = HPj : FULL PAYING PATIENT HOSPITAL PUTRAJAYA

3. PBBR presint 8r3 : pusat bersalin berisiko rendah

4. unit TCM = urut bersalin percuma

Blog Widget by LinkWithin