Thursday, August 12, 2010

Tanda-tanda hampir bersalin

Rasa nak share dengan kawan2 tanda-tanda hampir bersalin. Sebab petang semlm dari pkl4-6 petang gitu saya mengalami contraction yg sangat hebat. 15 minit sekali. Huhuhu.. memang sangat2 sakit. Time tu dalam kereta utk ke bazar ramadhan, terus takde selera nk beli apa dan memang tak turun kereta pun. Tambah2 lagi hujan dan damia tido. So, tunggu dalam kereta jelah.
Dok terfikir2 lagi, betul ke nak bersalin ni? atau false alarm je? atau sebab puasa? atau??? Hoh! Memang sangat confused! Dah balik rumah tu, alhamdulillah ok pulak. Baru nak google balik 'tanda2 hampir bersalin'... Hohohooh... Kena sound ngan cik abe, "aih, baru nak cari tanda2 nak bersalin?" Hehehe.. Saya tak berapa ingat yang contraction berapa minit skali tu kena angkut barang pergi hospital. Tanda yang lain2 rasanya dah dok terlekat lam kepala dah....

Ni saya copy-paste dari sini.

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"


Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

Nota tangan saya : 
**moga2 saya diberikan tanda yg nyata dan jelas utk bersalin nanti.INSYAALLAH
**....minggu ke 38!

9 comments:

m-i-o said...

haishhhh. ai pulak yg berdebar2! hahaha. good luck dan semoga dipermudahkan semuanya:)

freestyle dah ready? :P hihihi.

~Umi.Sufira~ said...

K.laila..mimi masa anak kedua pon walaupon dah ada pengalaman pertama dok konpius lagi tanda2 bersalin...sakit perut nak berak pon terasa eh nak bersalin ke nih...hahaha..last2 alhamdulillah pecah air ketuban...kompemlah pastuh dah ada contraction...InsyaAllah kak akan dipermudahkan...;)

yatie chomeyl said...

smeoga dipermudahkan sumo nyo oleh Allah buat k.laila...*bnyk hari la keno ganti posa eh kalu baby tubik awal* hehe

nadia said...

1st baby rasa sakit perut cam nak buang air besar, i thought sembelit. nasib baik kuar mucous plug. baru terfikir yang tadi tu contraction la rupanya hehe

2nd baby rasa sakit pinggang sangat2. buat ctg pun nurse boleh kata 'lambat lagi'. sekali check 9cm, terus pindah katil untuk proses mem-push.. haha

hopefully semuanya dipermudahkan untuk k.lelo, pakcik & damia.. amin

Mommy Ayu said...

ayu plak k.lela...2nd baby,contraction x bpe kuat pon. Check dgn ctg, nurse kate strong. Tak pecah air ketuban dan tak kuar darah. Last, kene check bawah, tgk dh 5cm. Tros masok labour room. Time kat situ plak, terasa nak berak. Ckp dgn nurse tp nurse kate perasaan je tu...Alik2, tinggalkan ayu sorang2 dlm labour room coz kate ayu lmbt lg. So, ayu xthn sgt, ayu teran jela. Ingatkan kuar berak, rupe2nye kuar baby...Then baru panggil nurse. Kelam kabut semua...Idham pon tak sempat tgk. huhuhu...

Gud luck utk k.lela...Smg segalanya dipermudahkan...

Syatilla said...

kk lela...gud luck 4 2nd baby=P

Unknown said...

mio,
dupdapdupdap dah ni... huhuh..
insyaallah... AMIN...

FS dh ready puannn!! hehehehe..:P

mimi,
aihh... takut jugk kalo pecah air ketuban dulu... nanti mak gubraa... huhuhu... Insyaallah... AMIN...

yatie,
insyaallah.. AMINNNN.... moga2 segalanya mudah...
**tu laaa, harap2 tubik 31 ogos, lamo sket buleh poso**

nanad,
tq!tq nanad for sharing.. maji rasa cam takut2 ala2 nk bersalin ank pertama... sbb dulukan induce.. huhuhu...
moga2 doa diperkenankan.. insyaallah, AMINNN....

ayu,
hoh... sgt kelam kabutlah kalo camtu...
thanks ayu... AMINNN...

tilla,
tenkiu tilla, dupdapdupdap nih...

MuzZz said...

K.Laila..gdluck! da bersalin nnt jgn lupa bg tau...Dan selamat kembali mengepam.. ;)

Unknown said...

muzz,
thanks!!! insyaallah akan diwar2kan....
dh rindu jugak nk mengepam nih... hihihih

Blog Widget by LinkWithin