Kedai Lailasani

Sunday, August 15, 2010

Kontraksi palsu? Kontraksi sebenar?

Rentetan drp kisah 'contraction' di hari pertama berpuasa, saya nak share info yg diambil dari sini.

Bagaimana mengenal Kontraksi? Bagaimana rasanya sakit bersalin? Bagaimana membezakan antara kelahiran sebenar dan kelahiran palsu?

Ciri-ciri Kontraksi
  • Pengecutan otot rahim ini seperti ombak, bergerak dari bahagian atas rahim ke bahagian bawahnya.
  • Sakitnya mungkin bermula dari bahagian bawah belakang anda dan bergerak ke depan perut atau sebaliknya.
  • Sesetengah wanita menerangkan kesakitan ini seperti sakit sindrom pra haid yang kuat.
  • Sakitnya tidak surut dalam tempoh yang lama
  • Semakin kerap, paling kurang 15 minit sekali bertambah hingga 5 atau 3 minit sekali.
  • Setiap kali sakit, bertambah lama tempoh sakitnya, (sehingga 45 saat).
  • Semakin kuat sakitnya
  • Jika anda berjalan, sakit ini semakin terasa kuat.
  • Berbaring tidak mengurangkannya.
  • Servik menipis dan terbuka.
{mosimage}Mengira Kontraksi
  • Tempoh kontraksi boleh dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
  • Catatkan kekerapan dalam berapa minit.
  • Catatkan kekuatan sakitnya.
Kelahiran Palsu

Sebelum kelahiran sebenar berlaku, anda mungkin mengalami kelahiran palsu, atau dikenali juga sebagai Kontraksi Braxton-Hicks.
Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks. Anda boleh mengenalnya kerana ia sedikit berbeza dengan kotraksi kelahiran.
Walaupun anda mengubah posisi, berehat dan berjalan, kontraksi ini
  • menyediakan diri anda untuk proses kelahiran.
  • jarang-jarang berlaku sekitar setiap 30 minit dan tidak semakin kerap.
  • tidak bertambah kuat sakitnya.
  • tidak bertambah lama tempoh sakitnya.
  • biasanya sakitnya di bahagian hadapan perut ke bawah.
  • tidak begitu menyakitkan.
  • boleh reda jika anda berbaring.
  • biasanya tiada perubahan pada servik.
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Sumber:
  • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
  • Labor Signs, webmd.com
  • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
Nota tangan saya : Doktor nasihatkan saya agar ke hospital sekiranya mengalami contraction 10 minit sekali memandangkan rumah agak jauh dr hospital.

3 comments:

Tuty said...

Thn lepas saya adalah sgt moncet. Aidan bersalin awal, x sempat 37week, bole? Ni pasal puasa ke apa ntah la. Patut nya due raya. Tp rasanya puasa mmg akan buatkan lebih byk contraction. Berdasarkan pembacaan blog ibu2 ngandung ni la. Scientifically x tau la ada kena mengena x.

Enjoy yr puasa. If lahir 6 Ramadhan, share birthday dgn Aidan. Hihi

Sayang.Ibu said...

semoga slmt semuanya....

lailasani said...

tuty,
ouhh.. cepat gak tu 37wks. aidan dh tak sabar nk jumpa mak-ayah-abg adam laaa tu...:)
hmmm, pernah gak contraction time pose ganti 2-3minggu lepas n akak terus berbuka. sbb ms tu 36wks ke gitu. bila tanya doc ada jugak kaitannya dia kata. katanya sbb bb tak cukup gula.
6 ramadhan adalah esok... dupdapdupdai i tau... huhuhu... mcm nk bersalin anak pertama pulak rasanye....:P

intan,
tq. insyaallah, AMINNN>...

Blog Widget by LinkWithin