Sunday, September 27, 2009

Cuti dah habis daaa...

Esok sudah mula keje. Aduhai malasnyaaaaa nak masuk keje. Dah bercuti 9 hari (19hb-27hb) ni, syok pulak duduk rumah walaupun kepenatan travel sana sini dan beraya sakan... :)
Misi membasuh baju dan kemas dapur dah berjaya hari ni, tapi masih banyak kerja2 yg perlu dibereskan. Huhuhu :-
  1. Kemas rumah yg tak settle2... mana pernah settle kan? Hohoho. (bahagian atas langsung tak tersentuh, memang nak kena cari part time bibiks nih...)
  2. Prepare barang2 damia utk ke rumah baby sitter esok.
  3. Iron uniform kerja... (mintak2 encik suami datang mood rajin tolong ironkan... hihihi)
  4. Cabut/cangkul rumput depan rumah yang dah hampir nak jadik semak samun. Harap2 tak sampai jadik hutan belukar..
  5. Buat kek @ muffin utk gi beraya rumah jenjiran baru dan lama.... (part paling kami tak reti nak terjah rumah org tiba2...)
Cerita raya akan menyusul nanti ye.


Friday, September 18, 2009

Sudah siap..

Projek yg tertangguh ini pun sudah siap. Dah boleh bawak balik album utk dipersembahkan kepada atuk dan nenet2 damia...

Rambut Raya Saya...


Amacam? lawa tak rambut baru saya? mama saya bawak pegi kedai hari tu. Tiba2 saya kena duduk atas kerusi sorang2. Cermin kat depan saya tu besarrrrrrrrrrr sangat. Mama pegang saya. Mama kata 'duduk diam2 ye, sekejapppp je'. Tapi saya takut. Sebab saya tengok ada uncle tu pegang gunting dan sikat dok kacau2 rambut saya. Saya sedih.... Saya nak nangis.....:(((
Mama saya dukung saya, uncle tu tak berhenti lagi pegang2 gunting dan pegang2 rambut saya. Mama, saya takuttttttttttttttt... Saya nak balikkk......... Saya menangis.. Saya meraung sekuat hati...
Mama saya kata... 'ok... ok.. dah siap dah'..
Fuhh.. Lega saya....

***Lagi2 gambar ada kat sini.

 

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri dari kami

SaLaM aiDiLFiTRi BuaT SeMua....
aNDai aDa TeRKaSaR BaHaSa DaLaM PeNuLiSaN aTau PeRCaKaPaN SeHaRiaN,
MoHoN aMPuN DaN MaaF DaRi KaMi SeKeLuaRGa.
aNDai aDa KeLaPaNGaN 
JeMPuTLaH BeRHaRi RaYa Ke TeRaTaK KaMi Di BaNDaR PuTRa KuLai, JoHoR.
(kami balik ke kulai pada 26hb september, insyaallah)

Tuesday, September 15, 2009

Kisah 2 : Berguraulah dengan anak

Identiti mangsa dirahsiakan. (Pakcik X)

Petang2 selepas balik kerja, biasanya papa damia akan bawak damia ke taman atau bersiar2 naik motor. Kadang2 saya yang bawak damia jalan2, bergantung kepada makanan utk berbuka dah disiapkan atau tidak. Kebetulan minggu lepas, masa saya nak bawak damia jalan2 kat taman, terserempak dengan jiran yg dah berpangkat ATUK utk damia. Beliau tegur2 damia dan hulurkan tangan utk salam dgn damia, sambil salam dia kiss2 tangan damia. Mengekek2 damia ketawa kegelian terkena misainya. Sambil2 borak2 kosong, katanya............
Berguraulah dengan anak2 semasa dia kecil ni, bila dah besar semua seriussss je nanti.

Beliau berkata begitu kerana anak2nya semua lelaki dan sudah besar. Mungkin masing2 dah buat hal sendiri2 aje. Atau mungkin juga kalau ada anak perempuan, kecohlah sikit rumah kot. Entah lah ek...
Moga2 ATUK ini cepat2lah dapat cucu. Nanti boleh dia bergurau senda dengan cucu2 pulak.

Jauh di sudut hati saya berharap bila saya tua nanti, saya masih boleh bergurau senda dengan anak2 saya. Moga2 saya mampu menjadi 'KAWAN' kepada anak2 saya. Insyaallah.... Kalau tidak, kesunyianlah saya nanti...:(

Duit Raya – Duit Minyak

Jom.. jom.. jom join giveaway yg mommy lina buat ni. Sapa taknak voucher minyak percuma kan??? Kalo kami yg dapat, sure papa damia yg paling happy. Hehehe.
Tarikh tutup ialah 30 September 2009.





mysuperkids giveaway

Sertai sekarang untuk voucher minyak PERCUMA!
weblog popular 1Malaysia



Sunday, September 13, 2009

12 September

bersiap sedia utk bersiar2 ngan motor bersama papa..


Usia Damia dah 15 bulan dan secara automatik, sy telah menyusukan damia selama 15 bulan. Alhamdulillah.
Mari kita tengok perkembangan damia setelah SETAHUN 3 BULAN INI.
  1. Setiap kali nk makan mesti baca doa. Sambil2 makan pun baca doa.
    Sebelum menyusu pun doa. Mata ngantuk nk tdo pun kalau suruh baca doa, mesti tadah tangan dulu.
    Cuma beza nya kadang2 diaminkan, kekadang tak. Sekrg dah pandai ikut2 baca doa tapi yg depannya ajelah.
    'ALLAH....' setakat tu aje...
  2. Sudah boleh faham arahan2 ringkas dan boleh disuruh. Adik saya kata, damia dah boleh jadi budak suruhan dah. Hehehe..
    Simpan baju-Letak baju kotor dalam bakul, kekadang SIMPAN dalam tong sampah sbb bakul baju dan tong sampah bersebelahan.
    Buang pampers-Pergi buang dalam tong sampah kat dapur.
    Buang kat dapur-Biasanya dia akan ckp 'DAH' kalau dah tak habis makanan spt biskut atau buah yg dimakannya. Nanti sy akan ckp 'PERGI BUANG KAT DAPUR. Dia akan ke dapur dan terjinjit2 nak letak makanan tu kat dalam sinki.
  3. Dah pandai suruh mama mengaji. Kalau sy pakai baju sembahyang, nanti damia akan tunjuk2 kat quran. TERPUKUL MAMA DI SITU.
    Ye, mmg dia tak bermaksud nk suruh sy mengaji sy je yg terasa... hihihi..
    Sebenarnya dia nk belek2 quran tu ms sy dok mengaji. Camne nk ngaji gitu? Nanti papa damia kena beli iqra' satu utk damia.
  4. Sgt suka ikut gaya org. Pantang tengok, pantang ajar wajib ditirunya.
  5. Dah pandai merajuk.... Ni ikut perangai sapa ni? hehehehhe
  6. Sekrg dah boleh berkomunikasi 2 hala perihal NAK.
    MAMA : damia nak susu?
    DAMIA : angguk.. angguk....
    sebelum ni semuanya dari damia aje. itu NAK, ini NAK.....
  7. Sgt suka naik motor bersiar. Pantang cakap, gi ngan papa naik motor. Sure OK punya. tengah nyusu pun berenti wooooooo....
  8. Sgt excited kalau nampak burung. Almaklumlah sejak dr 3-4 bulan dok usha burung tiap2 pagi sebelum pergi rumah bbsitter.
  9. Sgt suka buku. Balik dr rumah bbsitter setiap petang, mesti ngadap buku dulu.
  10. Pantang tengok apa2 sahaja dibiarkan tak bertutup. Pintu (segala jenis pintu) ke, botol ke, baju terdedah ke,
    damia akan suruh TUP (tutup).
  11. Suka melukis. Melukis cara damia laaa. Kalau dah melukis tu tersangatlah khusyuk sampai meleleh air liur.
  12. Setiap kali bukak pampers, damia akan ckp YEKKKKK.... setiap kali tengok PIG pun same... YEKKKKK sambil jelir2... (siapa laa yg ajar ni ye? hehe)
  13. Semua benda nak buat sendiri. Nak pakai seluar sendiri, nak pakai baju sendiri, nak makan sendiri... Alahaiiii... kalo dah makan sendiri tu, yg masuk mulut 3 bijik, yg tumpah 30 bijik...




11 September

 
sila abaikan keboncetan saya tu ye....:P 


Ouhhh... sy bukan nak bercerita tentang 11 SEPTEMBER yg itu, tapi pd tarikh ini sy berjaya mengCD-ingkan damia. Memandangkan bilangan CD adalah terhad, satu hari sekali jelah. Damia berCD pd malam hari sahaja. Beria2 damia nak pakai masa tunjuk kat dia. Buat permulaan, sy baru beli 3 ketoi je dr sini.
Pengajaran yg saya baru dapat hari ini, kalau nk CD kan anak, jgn malas2 bangun tukar ye. Nanti naik ruam sbb air kencing baby tersebut.
***Damia gatal2 sikit kat bahagian bontot sbb CD tak tukar 8 jam!!!! Ampunkan mama ye damia...

Hujan Panas?

Nasi hujan panas saya yg resepinya sy ambil dr sini

Semlm first time buat nasi hujan panas. Lauk2nya ialah kari ayam dan udang goreng kunyit beserta acar timun. Kalau nak tau, sy sebenarnya 1st time buat kari ayam. Macam tak percaya kan? Sy bukan taktau masak kari, tapi sy tak reti masak KARI YANG SEDAP! Hohohoho.
(Masa saya zaman budak2 sekolah kat japan dulu, karilah benda paling senang bg saya. Tapi org yg makan adalah pelahap2, jadi tiada masalah kalau masak kari ala kadar saja.)
Bila dah bersuami ni, untuk tidak mengecewakan mana2 pihak, saya langsung tak masak kari ayam atau apa2 kari. Kari daging pun skali je pernah buat. Itu pun sebab saya buat roti jala. Tapi sampai bila kan taknak masak kari? Start dr ramadhan ni, sy berazam utk memasak kari lebih kerap utk menajamkan SKILL. Saya percaya bidang memasak ni kalau tak buat selalu, tak belajar dr kesilapan takkan terror punye! Hehehehe..
Maka semlm siaplah kari ayam berubi kentang. Encik suami makan sampai 2 pinggan wpun karinya tawar sikit. Hihihi.. Kira oklah tu kan? Lain kali sy try buat yg SEDAP lagi ye bang.
Saya dah prepare back up plan, kalau kari saya buat tak berupa atau berasa KARI, saya akan pergi beli kat gerai akak tengganu yg buat kari kegemaran encik suami. :P

***Resepi kari pun saya siap mintak dengan kawan. Nanti saya masukkan kat sini.

***Byk masakan yg tak boleh saya buat kalau saya tak reti masak kari. Cthnya nasi dagang faveret cik abe, nasi kuning, roti jala dll. Byk wooooo....... Rugi taktau masak kari.

Saturday, September 12, 2009

Tak puasa?

2 hari lepas kami membeli belah di param (pasar ramadhan), tetiba tekak sy teringin air jambu batu 88. Sedap tau!! Adik yg menjual tu tanya,
NAK BERAPA KAK?
Sy jawablah, 2 (kami suami isteri beli sorang satu sbb air ni mmg sedapppp)
Nak tau ape yg saya bau dr mulut adek penjual air itu?
GULA-GULA HACKS!!!!
Dan sy telah membuat pandangan pelik terhadapnya, dan dia pandang kawannya dan kawannya pun pandang saya sambil mengemam gula2nya. (Yup, saya memang nampak!! Mata dan hidung saya tidak menipu)
Suami kata,
DIORANG KEUZURAN KOT...... Ngeeeeeeee....
Haihhhhhh... apalah nak jadi dengan anak remaja zaman sekarang ni.... Moga2 diorang insaflah...

Wednesday, September 9, 2009

Hari ini 09-09-09

Br aku perasan, tarikh hari ni ialah sembilan haribulan sembilan dua ribu sembilan. Ada sape2 wat akad nikah ke pose2 ni? Kekekeke...

Perihal maid

Walaupun sy tiada maid dan tak perlu risau dengan gaji minimum RM800 yg ditetapkan oleh kjaan Indon itu, sy rasa seperti terpanggil utk mengomel di blog sendiri. Tak dak sapa buleh marah kan?
Ini adalah pendapat encik suami saya setelah mendengar berita ini. Rupa2nya pendapat penghantar email kat buletin TV3 pun sama.
Gaji RM800 kan....
  1. wujudkan sewa rumah RM200
  2. bil letrik dan air RM100 (saya : mahainyaaaaaaa.. cover ngan penggunaan tuan rumah skali.. hehehe)
  3. yuran makan minum RM200
  4. yuran entertainment (tgk tv, dgr radio dll) RM100
Akhirnya tinggallah RM200. Ok laaa tu kan drp tak dapat langsung?!!


Sebab2 kenapa sy tak ada maid :-
  1. Nak bayar pendahuluan riban2 tu kami mmg tak mampu. (Kalau tak mampu, toksah mimpi laa kan? kekekeke)
  2. Kepercayaan terhadap maid indon adalah 0% walaupun maid2 ipar duai saya kebanyakannya OK belaka.
  3. Tak selesa kalau ada org luar dalam rumah. Camana dengan aurat depa dengan encik suami? Sy tak pasti apa hukumnya.
  4. Takut menghadapi risiko yg tidak pasti... huhu.. maid lari, maid dera anak2 dll.

Tapi sy teruja nak ada maid sebab :-
  1. Saya nk ada lebih masa dengan damia. Boleh golek2, main2, borak2 dengan damia puas2. Kalau sekrg ni ms sy byk tertumpu kepada kerja2 rumah dahulu selepas balik dr kerja.
  2. Sy tak perlu lipat kain (lipat kain adalah option paling last utk baju2 org dewasa) Bj damia aje yg wajib lipat.
  3. Rumah sure berkilat sepanjang masa. Sekrg ni hujung minggu aje sempat gilap2 sikit. Nasib baik encik suami pun rajin menyapu dan mengemop... Syukur... syukur...
  4. Banyak lagi yg lain2... tp utk masa sekarang.. layan jelah angan2 utk ade maid. huhuhu...

Persiapan raya

Dah buat persiapan raya ke semua org? Persiapan kami sekeluarga ala kadar je... Yg plg penting nak balik kampung.. Yeay!!! Tak sabarnya menanti 19hb.. Cek2 apa persiapan kami :-
  1. Bj raya-beli bj raya utk damia ajelah. Kami pakai baju2 yg ditempah utk kenduri kendara adik2 dan adik ipar. Baru pakai 1-2 kali, bolehlah dipakai raya nanti.
  2. Kuih raya-buat 2-3 jenis termasuk yg tak menjadi dah 2 jenis. huhuhuhu... Yg lain2 kuih dan kerepek tunjuk saja.
  3. Duit raya-dah diberikan kepada banker. Minggu depan insyaallah dapat.
  4. Langsir raya-tiada.
  5. Sofa raya-juga tiada.
  6. Lain2 RAYA-juga tidak ada..... kan ala kadar saja...
  7. Packing utk balik raya-beg2 balik kampung dah tersedia utk dimasukkan barang2 dah. Mana2 yg penting sudah letak dekat2 dengan beg.

Tuesday, September 8, 2009

Kisah 1 : Manjakan anak

Identiti mangsa adalah dirahsiakan.
Abg A : seorang ayah yg mempunyai beberapa org anak yg sudah besar dan belajar di kolej.
Kakak B : seorang ibu yg mempunyai anak tunggal lelaki.


Abg A : Raya ni anak2 abang dua2 nak balik dgn kereta masing2. Katanya nak bawak balik kawan beraya kat sini.
Saya : Abg bagi kereta? Abg byr laaa ansuran tiap2 bulan? (pertanyaan dr seorg yg jakun dgn kemudahan yg dia dapat rasai selepas dia bekerja)
Abg A : Aah laaa, abg bayar. Diorg masih belajar macamana nak bayar. Abg mmg bagi kereta dan sewakan rumah utk anak2 abg. Kereta sorang satu dan diorang kongsi rumah sewa. Tiap2 bulan abg bayarkan sewa dan kereta mereka.
Saya : Perghhhhhh.. besnye anak2 abg. (Yup.. jakun + jeles tu!)
Kakak B : Saya memang tak nak bagi kereta walaupun sy ada sorang anak je. Lesen pun saya tak bagi ambil dulu sbb saya suruh dia ambik bila dah ada duit sendiri nanti. Sy takut nanti kat sana (KL) dia bawak kereta kawan2 dia, apa2 berlaku susah sy pulak.
Saya : Kalau saya pun mcm Kakak B jugak. Taknak manjakan anak dan bagi kat anak senang2 macam tu je. Biar belajar susah2 dahulu, nanti dah kerja baru boleh nak ada itu ini.

Memang sekarang ni itulah yg saya ingin terapkan terhadap anak2, biarlah bersusah2 dahulu dan bersenang2 kemudian. Tapi mungkin keadaan semasa boleh merubah pendirian saya. Mungkin 20 tahun yg akan datang, memiliki kereta adalah satu keperluan? Entahlah...
Harap2nya anak2 saya akan dapat belajar bagaimana susahnya utk mendapatkan sesuap nasi..... sepertimana ibu dan bapa saya telah mengajar saya dan adik beradik yg lain bagaimana utk hidup berdikari, bagaimana utk mendapatkan sesuatu dengan hasil usaha sendiri........



Sunday, September 6, 2009

Biskut raya oh biskut raya

Plan buat biskut raya utk hari ini ialah :
  1. Chocolate chip spotties-nak settlekan yg org tempah dulu. 5 balang je pun tp sy nervous takut last minute tak menjadi pulak. Target utk hari ni settlekan at least 3 balang.
  2. Almond slice-bakar sahaja, malam tadik dah adun siap2. Biskut ni kena masukkan dalam peti ais semalaman.
  3. Biskut ala ferrero rocher
Itu sahaja. Harap2 sempat siap dan cik damia tak meragam.

Saturday, September 5, 2009

Setelah setahun..

 
 Terkenang semasa mengandungkan damia dan saat2 kelahiran damia setahun yg lepas...
400 keping gambar telah siap diprint...
Ini adalah projek yg tertangguh beberapa bulan yg lalu. Sepatutnya disiapkan semasa birthday damia yg pertama tu, tapi tertangguh daaa... Insyaallah ramadhan ni harap2 berjayalah kami menyiapkan album damia utk :-
  1. Tok ma dan tok abah (Mak dan ayah encik suami)
  2. Tok wan (Bonda saya)
  3. Mama dan papa damia merangkap kenangan utk damia bila besar nanti... Insyaallah
***peneraju utama tentang gambar ni tak lain tak bukan adalah papa damia laaaa, professional photographer keluarga kami...

Masak apa?

Dok congak2 dalam kepala nk masak apa hari ni. Disebabkan pasar mlm semlm tak beli apa2 bahan mentah, maka kenalah korek2 je apa yg ada kat dalam peti ais. Hmmm..... dah pukul 4 dah, dah kena stat masuk dapur dah ni...
  1. Sambal udang
  2. Daging goreng kunyit ala kelantan (daging dihiris tebal2)
  3. Ikan goreng utk damia
  4. Tortilla bercheese
  5. Air sunquick
Itu saja menu hari ini. Tak buat kuih pun...

Tepatkah?

Saya telah membuat satu keputusan yg agak besar dalam kerjaya saya. Saya sebenarnya tidak pasti adakah keputusan ini tepat atau tidak kerana saya hanya mengikut gerak hati dan perasaan sahaja. Harap2nya berkat bulan ramadhan yg mulia ini, tepatlah hendaknya keputusan yg saya buat itu. AMIN.

Friday, September 4, 2009

Ketandusan..

Sepanjang puasa ni, semlm adalah paling kritikal utk production susu saya. 3 sesi pengepaman di ofis adalah 2.5 oz, 2 oz dan 2 oz shj. Plus sekali pam di rumah, pun 2 oz shj. Nasib baik ada stok utk cover kejadian2 seperti ini. Aduyaiiii................ 

Thursday, September 3, 2009

BEAUTIFUL GIRLS WITH HIJJAB CONTEST


Contest ini yg dianjurkan oleh Auntie Lyna. Saya pun tak nak ketinggalan utk join jugak. Harap2 peserta cilik cam saya ni pun layak utk join ye auntie lyna.
Saya dah ingatkan kat mama saya utk memenuhi syarat2 yg lain2nya. (Jadi follower auntie lyna, masukkan dalam blog list dan add kan banner contest serta tinggalkan komen kat blog auntie.)
NAMA SAYA : NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
NAMA TUDUNG : TUDUNG ALA2 EKIN MAMA SAYA


 silalah abaikan latar belakang gambar saya ni ye.... sy memang tak pandai nak posing kat tempat lawa2...:)
Blog Widget by LinkWithin