Alhamdulillah.... tak sia2 saya tersilap tarikh tutup e-filing, saya hantar pd 29 mac dan mendapat jawapan 22 april serta mendapat cek selepas seminggu. Sangat cekap laa tu kan? Tabik spring utk LHDN Johor.
Okay, kenapa saya beria2 dok cakap LHDN Johor? Sebabnya saya cuba2 survey dengan kawan2 dr negeri lain, ada jugak yang bermasalah dengan LHDN ni. Ada yg tak pernah dapat pun duit yg terlonggok (longgok? banyak tu.. hehehe) @ duit cukai terlebih bayar. Sedangkan kata mereka selalu je ada cukai terlebih bayar setiap kali menghantar e-filing. Harap2 tahun ni kawan2 saya ni akan dapat hak mereka. INSYAALLAH. Kalau ada rezeki takkan ke mana.
No comments:
Post a Comment