Tuesday, February 22, 2011

.. bagaikan terputus nyawa dari badan...

 ... jantung bagaikan berhenti berdegup....
memangku damia yang lemah longlai tanpa sebarang reaksi, mata terbeliak, tangan kebiruan dan kadangkala mengalami kekejangan. air mata bagaikan tak dapat ditahan lagi tapi saya kuatkan hati memanggil2 nama damia. hanya mampu berdoa moga Tuhan panjangkan nyawanya sambil membasahkan seluruh tubuhnya.
itulah perasaan saya semasa melihat damia terkena sawan demam, pertama kali dalam hidupnya....
cemas, panik, sedih... semuanya bercampur baur. kekurangan ilmu ttg sawan demam dan pertolongan cemas semasa anak sawan membuatkan saya dan suami lebih panik. tidak tahu apa yang harus dilakukan. bukan tidak pernah membaca ttg sawan demam tetapi kurang prihatin. itu memang silap kami.  mujurlah saya ada pengalaman melihat bonda saya mengendalikan adik2 saya yang pernah terkena sawan semasa saya masih di sekolah rendah. yang saya ingat dan terbayang2 di fikiran adalah bonda saya mandikan dengan air sejuk. semasa damia terkena sawan, kami berada di dalam kereta, mujurlah ada sebotol air mineral yang saya beli sebelum keluar pada paginya. saya basahkan seluruh tubuhnya. sesekali ada respon dari damia tetapi damia tak mampu berkata apa2. hanya reaksi kesejukan. dan saya telah membuat kesilapan besar pada waktu itu. oleh kerana terdesak utk melihat damia sedar, saya telah memberi damia minum. saya melihat damia menelannya, hati saya sedikit lega..... tapi rupa2nya saya SILAP.
ADALAH SANGAT BAHAYA MEMBERI MINUM utk anak yg mengalami sawan. kemungkinan anak akan tercekik atau air akan masuk ke peparunya. SANGAT2 BAHAYA!! (ini saya google selepas kejadian) syukurlah tidak ada apa2 yang terjadi pada damia waktu itu.
kami terus menuju ke bahagian emergency dan waktu itu damia sudah separa sedar. damia mula menangis kerana kesejukan. ALHAMDULILLAH, syukur pada ALLAH. damia sudah sedar sepenuhnya. damia dimasukkan ke wad selama 2 hari 1 malam. sekali lagi saya terkejut kerana daripada hasil ujian makmal, damia disahkan positif influenza A. tetapi terasa lega bila doktor menasihatkan agar sentiasa monitor demamnya dan memberikan antiviral FLUHALT selama 5 hari. Alhamdulillah demam damia makin berkurang dan sudah semakin ceria. Moga2 damia cepat sembuh seperti sedia kala. Inshaallah.

Untuk mengetahui info lebih lanjut ttg sawan dan pertolongan cemas yg boleh dilakukan semasa anak sawan, bolehlah berkunjung ke sini atau sini atau ke blog DR AZWAN.

Nota tangan saya :
1-pendapat saya, setiap ibu bapa MESTI ambil tahu ttg pertolongan cemas utk mengelakkan panik sekiranya berlaku apa2 terhadap anak2. kejahilan saya tentang pertolongan cemas semasa anak sawan menjadikan saya sangat panik sewaktu kejadian.......
2-pastikan monitor suhu anak dan mengelap/membasahkan badannya dengan air paip @ air suam sedikit sekiranya anak demam (TETAPI JGN GUNAKAN AIR SEJUK @ AIS). ini adalah salah satu cara utk mengelakkan anak terkena sawan.

Wednesday, February 16, 2011

Kasih kita.......

16022007........

moga kasih kita kan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa..
moga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati oleh Yang Maha Esa, inshaallah.....


Blog Widget by LinkWithin