Thursday, July 26, 2012

Pengumuman secara official!


Memandangkan sebelum ni tak pernah lagi umumkan secara official, bersempana birthday saya bulan ni, ingin saya umumkan bahawa..................(eh, dah lama jadi ahli, dah lama bisnes baru nak umumkan ke?? heheh)

Saya adalah Shaklee Independent Distributor!!! 


Tapi jangan risau, saya tak pergi jenguk2 blog orang utk PAKSA anda jadi BELI atau jadi AHLI juga.
Tujuan saya yang sebenar adalah untuk sama2 berkongsi dengan kawan2, dengan adik2, kakak2, abang2 dan semua orang tentang KESIHATAN. InsyaAllah, apa yang saya tahu dan saya alami akan cuba saya kongsikan dengan anda semua. Anda boleh bertanya apa2 sahaja yg berkaitan dengan kesihatan, penyusuan susu ibu, pengurusan berat badan dan lain-lain. InsyaAllah saya akan cuba share dengan anda sebaik mungkin.

Di sini saya sertakan sekali cara2 untuk membuat pesanan,

1. Hubungi saya di lailasani@gmail.com
@ PM Laila Ismail (Lailasani)
@ WhatsApp/sms ke 0197228520.

2. Nyatakan
-NAMA :
-ALAMAT PENGHANTARAN :
-NO TEL :
-PRODUK YANG ANDA INGINKAN :

3. Tunggu reply daripada saya untuk mengetahui harga/harga promosi/diskaun.

4. BANK IN ke

MAYBANK : Norlaila Ismail
101106057747

RHB : Norlaila Ismail
15103000055508

CIMB : Husaini Che Ismail
01310057525529

Hantarkan bukti pembayaran melalui SMS/email/PM.

5. Order akan diproses dengan segera. Penghantaran adalah menggunakan POSLAJU @ GDEX.

6. Anda akan mendapat order anda dalam 2-3 hari bekerja.

BONUS!!
1. Konsultasi adalah PERCUMA utk setiap pembelian menerusi KenkouShoku.com. Anda juga berhak mendapat konsultasi yang berpanjangan dari pihak kami. PERCUMA!!
2. Anda akan di masukkan ke dalam group eksklusif utk customer2 Kenkoushoku.com.
3. FREE GIFT akan disediakan untuk pembelian pakej2 tertentu.

Monday, July 23, 2012

HARGA RUNTUH di Kenkoushoku.com


 Silalah berkunjung ke kedai kecil saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
http://www.kenkoushoku.com/2012/07/harga-runtuh-237-297.html

InsyaAllah, pakej2 yang ditawarkan adalah yang anda nantikan selama ini...:)
7 hari sahaja ye..



Saturday, July 21, 2012

Mari bersedekah | Toyohashi Masjid Project


Sempena Ramadhan yang mulia ni, marilah kita mewakafkan sedikit rezeki kita untuk membina masjid ini. InsyaAllah makin bertambah rezeki kita.:)
Boleh visit fanpage Toyohashi Masjid Project di sini.
 
*********************************************************

We are striving to collect the donations to establish the first Masjid in Toyohashi. The deadline for full settlement will be on 10th August 2012. Visit our home page http://www.toyohashi-mosque.org/. Jazakumullahu khairan kathira.


Description
For donation from Japan/International:
Name: トヨハシムスリムコミューニティ/ Toyohashi Muslim Community
Bank: Japan Post Bank
Account no. : 12160-70046471
SWIFT Code : JPPSJPJ1

For donation from Malaysia :
Name : Ahmad Redza bin Ahmad Mokhtar
Bank : Maybank
A/c no.: 1590 1286 3976
Redzxza@yahoo.com, +8180 3668 2607, +6017 321 0679
or
Name : Muhammad Hazwan Bin Noor Hammad
Bank : CIMB
A/c no.: 16010009932525
hzwan89@yahoo.com, +819065892811, +6013-6287982


For donation from Indonesia:
Name : Witono Hardi
Bank : Mandiri Cabang Kota Ternate
A/c no.: 1500007656869
witonounkhair@yahoo.co.id, +81-80-4524 6579
or
Name : Ihsan Imawan Latief
Bank : BNI Cabang Makassar
A/c no.: 0254605257
ihsan_lcd@yahoo.com, +62-821-95068117


*Please inform the account holder through any of the medium given after the transaction is made.

Salam Ramadhan buat semua



Salam Ramadhan dari kami sekeluarga.
Jom perbanyakkan berdoa, banyakkan bersedekah, banyakkan mbaca Al-Quran...

Semoga ibadah kita diterima oleh ALLAH. InsyaAllah.

Wednesday, July 18, 2012

Bekerja dari rumah : apa kata bonda saya

Saya memang dah lama bercita2 ingin jadi surirumah. Opss, bukan surirumah tapi bekerja dari rumah. Sebab utama ialah damia puteri sulung saya dah masuk 4 tahun pd tahun ini. So 2 tahun lagi dah nk masuk pra sekolah dah. Bila memikirkan anak2 pergi balik sekolah tu, saya jadi ngeri untuk melepaskan anak2 naik van. Sebab apa yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, keselamatan anak2 langsung tidak diutamakan. Driver van/bas sekolah mahu pun pihak taska. Langsung tiada keprihatinan.

Panjang pulak mukaddimahnya. Sebenarnya nak cerita, BONDA saya ni kurang merestui cita2 murni saya ni. Hubby memang dah setuju sangat2 laa kan, tp keadaan kewangan yang belum stabil, tak bolehlah buat keputusan secara drastik kan?.Sabar dulu....:)

Nak dijadikan cerita, semalam call bonda saya, saya bagi hint sikit2. Alhamdulillah, ada sedikit persetujuan bila dengar reason2 saya. Maybe cuma 50% bonda setuju,tapi itu pun dah cukup utk buat saya lega. Alhamdulillah.
Moga Allah kabulkan doa utk jadi WAHM secepat mungkin. Moga bonda saya setuju 100% melepaskan saya berhenti kerja demi anak2. AMEEN.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 6, 2012

Keberkatan masa vs tak cukup masa


Perasan atau tidak, ramai yang merungut takde masa laaa.... tak cukup 24 jam yang Allah berikan. Sebenarnya bukan masa yang tidak cukup, tapi cara kita menggunakan masa, cara kita menghargai setiap masa dan cara kita menghabiskan masa dengan lebih berkualiti, dengan lebih berkat.

Apa yang saya ingin tuliskan ni adalah pengalaman saya sendiri sebenarnya. Rutin harian saya bila balik kerja, terus masuk dapur (kalau hari rajin nak memasak laaa kan). Contoh ni hanyalah hari 'homemade dinner', kadang2 tapau juga. Ngeeee... Sampai rumah pukul 615 petang paling cepat. Bila dah masuk dapur tu, sudah semestinyalah hampir2 sejam jugak kan. So, sejam selepas tu dah masuk waktu Maghrib kan. Banyak kali, boleh dikatakan sebelum menyedari kewujudan 'MASA YANG BERKAT' ni, saya memang 'TERBABAS' melewatkan waktu untuk solat Maghrib.
Selalu hati berkata,
sikit je lagi aku nak bagi sup ni mendidihhhh je, nanti boleh tinggal laaa....
sekejappp je lagi nk letak garam kunyit kat ikan/ayam jeee.......
Tapi bila tengok2 jam, dah pukul 730 mlm. Dah hampir separuh waktu Maghrib tu berlalu. Tapi syaitan berjaya memujuk hati saya supaya BERTANGGUH seruan azan, seruan utk menyembah YANG ESA.

Contoh lain pula adalah bila tengok drama. Maklumlah tayangan drama petang2 dr TV3 petang2 tu kan BEST! Zaman2 gila drama petang2 dulu, selalu hati berkata,
Nanti iklan aku pergilah mandi, nanti pergilah solat.
Dah abis separuh jalan nanti aku pergilah solat.
Pernah tak berlaku sebegini dalam kehidupan harian anda. Pernah tak ada bisikan2 SYAITAN dalam hati kita?

Natijahnya, saya selalu rasa TAK CUKUP MASA. Kadang2 ditambah dengan anak meragam tak tentu masa... Sebenarnya segalanya berpunca dari kita. Kita lalai menghargai masa yang Allah berikan. Kita lalai dari mengingatiNYA. Kerana itula kita hilang nikmat KEBERKATAN MASA.

Cukuplah BERDRAMA, cukuplah SIBUK DI DAPUR dan BERTANGGUH utk mengerjakan solat. Hidup kita terlalu pendek, ingat2lah selalu kepada ALLAH. Ingat2lah selalu kenapa kita dijadikan oleh ALLAH. Untuk apa? Apa tujuan kita hidup? Apa yang kita lakukan hari ini, semuanya bekalan kita menuju akhirat. Jom sama2 muhasabah kawan2, adik2, kakak2.....

Perkongsian dari blog ini.

Allah menjadikan kita untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini:
 Khalifah di muka bumi
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Kalimah خليفة  (khalifah) dari sudut bahasa ialah orang yang menggantikan perbuatan orang lain. Khalifah yang dimaksudkan di sini sama ada makna majazi (cakap pinjam) iaitu manjawat/menjalankan pekerjaan yang dikehendaki oleh yang digantikan, seperti wakil dan orang yang menerima wasiat, iaitu orang yang mengatur pekerjaan di bumi yang dikehendaki oleh yang diganti (Allah). Kalimah khalifah tidakk boleh diguna makna hakiki (makna sebenar) disini kerana mustahil kita boleh menganti perbuatan Allah.

Dengan itu, kita yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah pada segala hukum.


 ****************************************************

Nota tangan saya : Moga kita sama2 mengambil iktibar, nampak remeh tapi sebenarnya ia adalah impak yang besar supaya kita lebih mempunyai BANYAK MASA!

Blog Widget by LinkWithin