...patutlah demam damia berlarutan, rupanya nk keluar campak. demam on-off dan hari ke5 baru keluar bintik2 merah tu. ni apa yg paed bitau kawan aku laaa. kawan aku bawak anak dia jumpa paed sbb anak dia pun demam semlm.
ptg nak mandi tu, aku nampak ada bintik2 merah kecik2 kat seluruh badan damia, tp aku still confuse sbb damia kan ade eczema. kot2 laaa eczema nya menyerang. utk pastikan, aku pegi klinik malam tadi. huh! 2kali pegi klinik yg same lam satu hari. doc mmg sahkan bintik2 tu sbb campak lah. doc takder bagi ubat ape2 cuma suruh bagi damia minum air kelapa je. doc ckp jgn bagi mlm ni (mlm tadilah) sbb nanti awak takleh tido. hehehe.. bila citer ngan mak bonda aku, dia pun tergelak sbb doc pun guna petua tradisional. mak bonda aku pun suh bagi minum air kelapa jugak n suruh mandikan skali. tapi caution point, yg mandikan ngan air kelapa tu, dia sendiri tak pernah buat kat anak2nya, so segala risiko adalah tanggungan anda sendiri ye.:)
aku meng'google' sana sini, kebanyakannya suh minum air kelapa laaa. ada yang guna daun semambu? daun semambu tu pun aku taktau cemana rupa bentuknye... so, buat masa ni nak kasik damia minum air kelapa jelah.
kepada sesapa yg terbace or membaca blog aku ni, silalah kongsi2 petua apa yg ada ngan aku ye.
sila poskan ke laila_2522@yahoo.com ye sbb blog aku ni tak kuar yg bahagian utk mengomen.... ape masalah ntah.. sehingga arini aku takdapat nk carik sebab musababnye.
ni petua yg aku jumpa kat sini...
DEMAM CAMPAK
Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campak dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndam semalaman, ditumbuk atau dikisar halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campak berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).
-
No comments:
Post a Comment