Aku amatlah emo dengan berita ni.. mane taknye... bila memikirkan anakanda ku pun dihantar ke rumah pengasuh... harap2 damia sentiasa dijauhi dengan syaitan2 yang bertopengkan manusia ni... giler ah!!! memang takdak otak laaa sape yg buat camni kat baby nih... haiwan punnn ade otak.. ishh....
Dua beranak nafsu haiwan
Oleh Ahmad Saufi Mansoropie@hmetro.com.my
BUTTERWORTH: Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.
Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama.
Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.
Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam.
“Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya.
“Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.
“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ,” katanya.
Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.
Ibu kanak-kanak itu yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku ke atas bayi perempuannya.
Menurutnya, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak 14 November lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama.
“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan anak lelakinya pada Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya enggan mengulas lanjut.
5 comments:
gilo aaa..bila nilai kemanusiaan hilang dlm diri gini la jadiknye..
memang binatang. bodo kejam.
sori lelo, mak pon emo. 20 bulan tu lebih kurang my son. walaupon anak lelaki, tapi terasa trauma jgk.
mekti, syau...
memang gilos!!
same2 kita doakan moga2 anak2 kita tak menjadik mangsa manusia2 camni.. INSYAALLAH
masyaallah..biar betul!
mrs noba,
terukkan??!! ish..
tp dh taktau plak penghujung cerita camana... kene hukuman ke tak org tuh..
Post a Comment