Sunday, March 8, 2009

KeGaWaTaN...

ekonomi global... huhuhu.. macam serius je topik kali ni. Tak punnnnn.... saje wat gimmick! hehehe.

Sebenarnya company aku pun dah mengalami sindrom2 jangkitan kegawatan ni. Antaranya ialah :-
  1. NO OVERTIME sejak 1 Januari 2009. Masih boleh OT sekiranya urgent matter sahaja. Kesannya ramai laaa staff yg berbondong2 balik pd pukul 535 ptg sehingga terpaksa beratur. Ni yang boring ni... So aku mengmbil keputusan utk kuar ofis lambat sikit supaya tak perlu beratur. Rasa cam buang masa jerk dok menunggu.
  2. Penukaran uniform secara tertutup. Sebelum ni kaunter dibuka sebulan sekali utk tukar uniform, tapi sekarang hanya dibuka utk sesiapa yang memerlukan sahaja.
  3. Penawaran VSS utk production staff. Utk staff yg keje kat ofis masih belum dibuka. Uwasa (rumours) mengatakan akan dibuka bulan April nanti utk indirect staff (org keje kat ofis mcm aku.. hehehe). Tapi bila aku tanya, diorang (org2 HR laaa) kata TAK AKAN ada VSS utk indirect staff. Hmm... entahlah. Aku berharap jugak ade VSS ni, tp memandangkan ratenye amatlah kecil n ciput, terasa rugi pulak kalau aku ambik.
  4. Kurangkan company transport. So sesiapa yang tinggal berjauhan dari kilang dan tidak mahu berpindah tinggal di rumah sewa/hostel terpaksalah berhenti kerja (aku panggil pembuangan pekerja secara halus).
Dan yang paling tak sedap didengar ialah tahun ni tiada INCREMENT! huhuhuh... harap2 laaa uwasa itu tidak benar sama sekali. Dah laaa kalau ada pun ciput aje.. Hmmm...
Cuma masih bersyukur kerana company aku tiada pembuangan pekerja secara terang2an. Secara halus tu banyak jugak. :(

2 comments:

mrs noba said...

moga2 rezeki kita masih ada, thugh dalam gawat nih...

lelosani said...

harap2nye.. insyaallah...

Blog Widget by LinkWithin