Saturday, March 6, 2010

Aktiviti CNY II : Muhammad Zafran & Damia

Tarikh : 14022010

 
Ni che mat saya, baby dia nama zafran.
 Adik zafran, tengok kakak ni rajin baca buku tau...
 Adik zafran nak baca buku jugak ke?
 Adik zafran taknak?? Mai laaa kat kakak ni...
 Errkkk.. cemana ni?? adik zafran menangis laaa....
 Jangan laaa camni adik zafran, malu kakak damia tau...:P

Aktiviti jalan2 bersama keluarga adik saya. Ke mana lagi kalau bukan ke Jusco kan? Hehehe... Macam dah takde tempat lain pulak nak jalan2. Adik ipar saya berkeinginan nak ke Jusco Tebrau. Saya? Mestilah ok je kalau jalan2 shopping mall ni.:P

Papa damia pulak bz dengan photoshoot kawan seofis, Bro D dan keluarganya. Photoshoot ini adalah FOC memandangkan Bro D ni adalah customer CD Lunatots yg saya jual. Ops, lupa nak war2kan di sini. Penjualan CD Lunatots yg saya usahakan adalah mendapat kerjasama dari DAMIA DESIGN yang mana 
PELANGGAN YG MEMBELI PACKAGE 5 KEPING CD LUNATOTS YANG BERNILAI RM200 KE ATAS SECARA TUNAI AKAN MENDAPAT PERKHIDMATAN PHOTOSHOOT PERCUMA DARI DAMIA DESIGN SELAMA 1-2 JAM YANG BERNILAI RM50.
(Tertakluk kepada terma dan syarat2)
***Nanti akan diterangkan secara detail di entry yang lain ye... Kita sambung aktiviti CNY kami.

Pada malamnya kami buat BBQ kecil2an je. Lama jugak nk tunggu hasil2 BBQ sbb pemanggangnya adalah pembakar sate. Tak sesuai utk BBQ. Itu aje pemanggang yang ada kat TESCO, semua yg lain dh kehabisan stok. Al maklumlah CNY kan, ramai yg nak berBBQ kot. Bila dah siap tu, dah tak ingat nk ambik gambar sebab perut dah berkeroncong mintak diisi.

Menu sampingan adalah mashed potato yang first time saya try buat. Hasilnya, OKKAYY lah kata papa damia. OKKAY = SEDAP!! (Perasan sendiri) Tapi adik saya ckp, SEDAPPP!!! Oklah kot utk percubaan pertama, di sini saya share resepinya. Mudah dan ringkas je pun resepinya.
Resepi ni adalah disumbangkan oleh kekanda saya, KAK NGAH yg memang seorg CHEF serba boleh!

MASHED POTATO
Bahan2
Potato
Susu full cream
Butter
Garam
Black pepper
Keju mozarella (optional)
-Campurkan kesemua bahan ke dalam potato yg telah dilenyek. Kacau hingga sebati. Siap!!


SOS utk MASHED POTATO
Bahan2
2 s/besar butter
1 s/besar tepung gandum
2 cwn air @ chicken stock
Garam secukup rasa
Black pepper
1 helai daun bay (saya tak masukkan pun, lupa nk beli)
Sedikit kicap pekat utk warna
-Cairkan butter, masukkan tpg gandum. Kacau sehingga tepung masak.
-Masukkan air. Setelah mendidih masukkan bahan2 lain. Siap!!

SOS BLACK PEPPER (resepi ni adalah lbh krg dgn sos utk mashed potato cuma ditambah black pepper yg banyak je)
(Resepi asal adalah drp biras saya, Hanim yg juga pakar masakan!)
Bahan2
2 s/besar butter
1 s/besar tepung gandum
2 cwn beef/chicken stock (atau hancurkan 1 kiub beef/chicken stock ke dalam air)

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Black pepper
Sedikit kicap pekat utk warna
-Cairkan butter, masukkan tpg gandum. Kacau sehingga tepung masak.
-Masukkan air. Setelah mendidih masukkan bahan2 lain. Siap!!

Untuk adik saya Mat, Dian dan Zafran, terima kasih kerana dtg jalan2 ke rumah kami ye. Jangan serik utk datang lagi tau.(^_^)V

***nota tangan saya : encik suami saya mmg malu2 kucing comeyl kalau nk puji masakan saya. tapi saya boleh tau laa sedap or tak bila dia mkn bertambah atau pun tak... hihihih... bagi si dia, OKKAY = SEDAP, TAK OK = terus ke tong sampah (kejam ke bunyinya? tp mmg pernah benar2 berlaku.. hahaha)

5 comments:

ibuaiman said...

lela, utk mashed potato ni, brp byk susu tepung, butter etc yg nak kn letak, blh bg terperinci skit tak..hehe..kalau ada ms blh cn cube...

aper cd lunatot tu?wah...lela ada joinvanture dgn lunatot ker?damia design tu nama company online hb lela ker?

Unknown said...

cn,
bukan susu tepung. susu fresh lam kotak (dutch lady). byk mane tu pakai taruk je (sbb kakak pun tak bg yg terperinci punye)... masukkan semua bahan2 tu pastu rasa.. takyah boh banyak sgt sbb takut terlalu rasa lemak. sbb sos dia tu dah berlemak jugak. nti muak pulak.
cd lunatot tu alel jadi reseller je. bukanlah jointventure pun.. start bulan 12 aritu... cn taknak try cloth diaper utk aqilah ker?

damia design tu name company yg cik abe create aje... takde letak kat mane2 online pun lagik. dh start sikit2 fotografi ni, tp alel takde mase nk set upkan blog utk dia... huhu...

ibuaiman said...

tq lela utk resepi tu, nnt nak cuba lar sbb lela kat ok=sedap..hehe...

lela, nak start cd utk aqilah rs dah terlambat...sbb maybe 2 thn nak train dia potty train...nnt lar utk baby akan datang, insya-Allah...:)

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

salam kenal dan ziarah,

seronoknye, ade sepasang dah baby. sihat pulak tu. comel, alhamdulillah!

thanks for the mashed potato gravy recipe. saya suke nak compare resipi gravy, sebab tak reti nak buat kan. hihi..

klu free drop by lah, ye.

xoxo

Unknown said...

cn,
try laaa...

psl CD tu.. ok.. no problem.

paij,
salam kenal. tq singgah sini...

ouh.. yg boy itu bukan anakanda saya... itu anak sedara, ank adik yg botak itu. yg 2nd masih lam perut... taktau lagi boy or girl.

welcome. try laaa... simple je resepi ni, insyaallah menjadik punye...

Blog Widget by LinkWithin