Sunday, January 30, 2011

hachi ka getsu buri!!

 hachi ka getsu buri inaka ni kaerimasu!!!!
dh 8 bulan tak balik kampung. tak tengok muka bonda.:(
saya sangat rindukan bonda... sangat2...!!
moga kejadian seperti ini tidak akan kembali kepada saya bila anak2 saya dewasa kelak.
takuttt.... org kata apa yg kita buat kat bonda/org akan kembali kepada kita suatu hari nanti...
mohon bonda ampunkan... mohon ALLAH meredhai...

hati sungguh tak sabar utk balik ke kampung.
moga perjalanan kami ke kampung dipermudahkan... moga adik dinie tidak memperdengarkan dendangannya... inshaallah.
Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

.........selamat bercuti...
selamat balik kampung kepada yg balik kampung. moga selamat sampai ke destinasi.:)

Tuesday, January 18, 2011

HAPPY BABY CONTEST *sticky entry sehingga 18 Jan*

 

Thanks Ealyie kerana menge'tag' saya... walaupun hampir nk tarikh tutup dah. Esok pkl 5 petang. Sibbaik sempat cek bila tarikh tutupnya.
Sesiapa yg nak join, sila ke link di atas ye. Hadiah2nya sangat menarik especially utk org2 yg menCDkan baby & bf baby.

Category A : Berumur kurang dari 2 tahun pada 31 Januari 2011


senyum dik, senyummmm...

NUR DINIE HAZIQA BINTI HUSAINI
TARIKH LAHIR 26/08/2010

Category B : Berumur di antara 2 tahun - 4 tahun pada 31 Januari 2011
 ..... ni bukan senyummm.. gelak.. sambil kontrol ayu gitu.. :)

NUR DAMIA HARYSA BINTI HUSAINI
TARIKH LAHIR 12/06/2008

Nama bonda mereka ialah NORLAILA ISMAIL.

Dengan ini, saya dgn besar hati ingin menge'tag' MUZLINA.:)

Wednesday, January 12, 2011

Adik dan kakak.......

...mama yang beria2, suka sangat nak pakaikan 2 beradik ni baju yang sama. Nasib baik jugak adik size L, kakak size S. Kalau tak, memang tak merasa laaa.... hihihi...
.. buat masa sekarang adik DAH boleh pakai baju 6-12 bulan, kakak MASIH boleh pakai size 18-24 bulan. :)






Tuesday, January 11, 2011

Saya sudah jatuh chenta dengan..

ini wrap....
syokkk mendukung adik, adik pun diammm je dok dalam kendong ni.
sebenarnya masa pregnant hari tu saya beli ring sling, tp tak berjaya nak kendong adik. maybe cara tak betul kot. nanti dah besar sikit mungkin boleh try lagi.
buat masa sekrang, saya mmg benar2 sudah jatuh chenta dgn wrap ni. cuma tempat2 yang panas tak sesuai laaa nk kendong ngan wrap ni sbb berlapis2 walaupun kainnya sejukkk aje. kain dia macam kain t-shirt gitu. lembutttttt!
sila abaikan lengan si penggendong yg montoks itu...:P 
nama wrap : moby wrap

Monday, January 10, 2011

Kakak vs adik

.......kakak kurang dari 2 bulan...
... adik 2.5 bulan...
**kredit utk encik papa... encik papa yg rajin wat nih...







Sunday, January 9, 2011

si bolat saya....

 muka bolat, mata bolat, idung bolat?

sama kan? pandai kakak saya lukis... :)

Alhamdulillah, bukan encik rota yg menyerang damia


Alhamdulillah, damia berkampung kat wad 2 hari 1 malam je. Hasil ujian poo poo damia, bukan encik rotavirus yg menyerang. Tetapi virus yang tak glamer rupanya. Sekarang dah sihat walafiat, dah boleh lompat2 dah. Thanks kepada semua yang mendoakan kesejahteraan anak kami. Alhamdulillah...


Thursday, January 6, 2011

Cepat2 balik rumah ye wahai cik damia



... Kakak damia warded sekrg ni. Suspected rotavirus.  Harap2 hari ni dah boleh balik rumah. Kami berdua kesunyian kakak & papa takde kat rumah ni.:(

Damia happy sbb ada bear!
tgk kartun...... heaven laa tu..
(^_^)V.. peaceee...
Senyum dpt teguk 100 PLUS...

Biasanya kami tak bagi damia minum... AIR PEDASH... :) Ni dapat minum sbb doc yang suggest...:)
Apa itu ROTAVIRUS?
Boleh refer kat sini.


Nota tangan mama : Bila hadapi saat2 macam ni, barulah lebih terbuka mata dan minda sikit yang anak2 ni perlukan 'perlindungan' kerana medical benefit yang company bagi utk anak2 adalah terhad sesangat. Especially bila dah kena share dengan adik. 


Blog Widget by LinkWithin