Friday, August 26, 2011

Happy Birthday Dinie chan

Lilypie First Birthday tickers


Kehadiranmu...
... benar-benar menguji kesabaran kami sbg ibu bapa...
.. benar-benar mengajar kami erti keibubapaan...
.... benar-benar membuatkan kami buntu seketika & berfikir panjang....
... benar-benar membuatkan kami tak tidur malam...
.... benar-benar memberikan kami pengajaran, pengalaman yang baru....
alhamdulillah, kehadiranmu memberi makna yang besar buat kami... syukur kepada ALLAH...

Harapan mama & papa...
  • moga sentiasa dilindungi dan diberkati olehNYA setiap masa.
  • moga jadi anak yg solehah.
  • moga sentiasa mengingati keluarga walau di mana saja berada.

Thursday, August 25, 2011

16 Ramadhan yang lepas..

Genaplah umur dinie chan setahun dalam bulan Islam. Masih ingat lagi detik2 kelahirannya tahun lepas di bulan Ramadhan. Moga2 sepanjang perjalanan hidupmu sentiasa dilindungi dan diberkati oleh ALLAH. InsyaALLAH.
Ceritera bersalin dinie chan tahun lepas ada kat sini.

Lagi 2 hari je genap setahun (bulan Masihi) cik dinie mama ni..:)

Dinie chan....
  • keletahnya amat melucukan..
  • dah pandai merajuk kalau kena marah..
  • berjalan tak berenti2...
  • suka peluk2 & buli2 kakak mia
  • suka kiss2...
  • pandai bye-bye
  • pandai flying kiss
  • pandai hi-five
  • hebat memanjat tangga..
  • makan serba serbi, mama pun tak pantang sangat utk dinie chan..:P
  • manjaaaaaaaaaaaa... asyik menempel ngan mama je kerjanya...



Wednesday, August 24, 2011

Renungan hari ini....SIHAT SEBELUM SAKIT

Syukurilah nikmat yang ALLAH kurniakan..... tiba2 saya terasa utk share apa yg terngiang2 di fikiran saya di FB saya.....
Renungan :
... kalau kita rasa kita paling miskin, ingatlah masih ada org lagi miskin dari kita,
kalau kita rasa kita tak dapat makan yang best2, makan kat hotel2, ingatlah masih ada org yang langsung tidak dapat menjamah makanan,
kalau kita rasa kita paling sengsara, ingatlah masih ada org yg lebih sengsara daripada kita.
yang paling penting.... setiap nikmat yang dikurniakan ALLAH mestilah disyukuri.
Alhamdulillah, minggu lepas saya berpeluang utk berjumpa dengan kawan saya yang mengidap penyakit kanser. Syukur kerana saya dapat menunaikan hajat yang tertangguh ini. Bila melihat beliau yang cukup tabah, 'nampak' sihat, saya jadi insaf. Saya tahu, jauh di sudut hatinya tersembunyi kebimbangan yang amat sangat, tapi saya percaya beliau mampu menghadapinya, INSYAALLAH. Melihat keadaannya, saya jadi insaf kerana kurang mensyukuri nikmat SIHAT yang ALLAH kurniakan. Insaf kerana selalu alpa dengan nikmat2 yg ALLAH berikan, seolah2 nikmat itu adalah suatu yang lumrah. Ya ALLAH, ampunkan hambaMU ini YA ALLAH....
Saya bermohon semoga ALLAH sembuhkanlah kawan baik saya ini, kurangkanlah segala kesengsaraan beliau, semoga beliau kembali tenang bersama keluarga tercinta. Moga2 beliau sentiasa ingat yang takdir ALLAH itu ada hikmahnya...

Nota tangan saya : sebanyak mana pun duit yang kita ada, sebanyak mana pun harta yang kita kumpul, sekuat mana pun kita bekerja, andainya tidak dikurniakan nikmat SIHAT, maka semuanya tiada ertinya.... SYUKURILAH SEGALA NIKMAT yang ALLAH kurniakan.......

Lama sungguh...

... blog ini sepi.
saya perlu buat sesuatu supaya momentum utk menulis terus datang. tiada lagi perasaan malas, sila pergi jauh2 alasan sibuk....
saya minta maaf kerana meninggalkan entry ini tanpa sebarang kesimpulan. saya kira ramai yg mendapatkannya daripada suratkhabar serta entry2 di blog2 lain. apa yang saya tahu, kata putusnya adalah hukumnya HARUS. tp setiap kali saya memikirkannya, hati saya berbelah bagi. jadi utk mengelakkan hati saya terus tidak tenang, saya keluarkan simpanan yg tak seberapa drp akaun ASB saya dan memasukkan ke tempat yg saya rasa hati saya lebih tenang. kini saya tidak perlu gundah gulana lagi......:)

nota tangan saya : saya ingin menghidupkan kembali blog saya ini. INSYAALLAH.
rumah saya yg satu lagi itu masih juga wujud, tp menulis di sana tidak seperti menulis di rumah sendiri rasanya.
Blog Widget by LinkWithin