Wednesday, August 24, 2011

Renungan hari ini....SIHAT SEBELUM SAKIT

Syukurilah nikmat yang ALLAH kurniakan..... tiba2 saya terasa utk share apa yg terngiang2 di fikiran saya di FB saya.....
Renungan :
... kalau kita rasa kita paling miskin, ingatlah masih ada org lagi miskin dari kita,
kalau kita rasa kita tak dapat makan yang best2, makan kat hotel2, ingatlah masih ada org yang langsung tidak dapat menjamah makanan,
kalau kita rasa kita paling sengsara, ingatlah masih ada org yg lebih sengsara daripada kita.
yang paling penting.... setiap nikmat yang dikurniakan ALLAH mestilah disyukuri.
Alhamdulillah, minggu lepas saya berpeluang utk berjumpa dengan kawan saya yang mengidap penyakit kanser. Syukur kerana saya dapat menunaikan hajat yang tertangguh ini. Bila melihat beliau yang cukup tabah, 'nampak' sihat, saya jadi insaf. Saya tahu, jauh di sudut hatinya tersembunyi kebimbangan yang amat sangat, tapi saya percaya beliau mampu menghadapinya, INSYAALLAH. Melihat keadaannya, saya jadi insaf kerana kurang mensyukuri nikmat SIHAT yang ALLAH kurniakan. Insaf kerana selalu alpa dengan nikmat2 yg ALLAH berikan, seolah2 nikmat itu adalah suatu yang lumrah. Ya ALLAH, ampunkan hambaMU ini YA ALLAH....
Saya bermohon semoga ALLAH sembuhkanlah kawan baik saya ini, kurangkanlah segala kesengsaraan beliau, semoga beliau kembali tenang bersama keluarga tercinta. Moga2 beliau sentiasa ingat yang takdir ALLAH itu ada hikmahnya...

Nota tangan saya : sebanyak mana pun duit yang kita ada, sebanyak mana pun harta yang kita kumpul, sekuat mana pun kita bekerja, andainya tidak dikurniakan nikmat SIHAT, maka semuanya tiada ertinya.... SYUKURILAH SEGALA NIKMAT yang ALLAH kurniakan.......

2 comments:

ibuaiman said...

Salam Lela,

Lamanya menyepi...

Lela gi ziarah Yus ke?

Semoga Allah akan sembuhkan penyakit Yus...AMIN....

Ye, nikmat sihat kadang-kadang manusia terlupa akan nikmat ini...

Baru-baru ini cn gi ziarah wad kanak-kanak onkologi kat HKL untuk bg sedikit sumbangan sempena hari raya. Melihat ketabahan ibu-ibu di situ yang masih boleh tersenyum membuatkan diri ini insaf...

Wallahua'lam

lailasani said...

salam cn,
lama ek.. huhuh
ni nk start balik.. rindu lak kat blog ni.

aah, g ziarah yus aritu. lama gak dok tangguh2.. alhamdulillah dia nampak sihat... dr luaran laaa... tp emosi agak kurang stabil jugak sbb september ni buat transplant tu. harap2 berjaya. INSYAALLAH.
mari kita sama2 doakan.

kan....... melihat org lain tabah2 semuanya mbuatkan kita terasa sangat2 insaf. sbb kalau kena kat kita, belum tentu lagi kita setabah itu...

Blog Widget by LinkWithin