Thursday, September 29, 2011

Perkhabaran gembira....

Alhamdulillah, InsyaALLAH bonda saya bakal mengerjakan haji pada tahun ini. Tadi baru dapat surat pengesahan yang bonda bakal bertolak pada 16 Oktober ini dari Airport K.Terengganu. Alhamdulillah. Syukurrr....
Cuma jauh di sudut hati saya, terasa amat sedih kerana tidak dapat menemani bonda ke sana. Doa saya moga ALLAH sentiasa melindungi bonda sepanjang bonda dalam perjalanan ke sana dan juga sepanjang berada di sana. Moga2 bonda selamat pulang semula ke tanah air dengan selamat dan sihat. Tiada apa yang dapat saya bekalkan kecuali doa.. doa... doa..dan doa. Sedih pula rasanya kerana inilah pertama kali bonda yang meninggalkan kami, biasanya bonda yang menghantar kami utk ke mana2. Sudah pasti saya akan merinduinya...:(

Insyaallah, kami sekeluarga akan pulang ke kampung utk menghantar bonda di K. Trg nanti. Penerbangan dr K. Trg nanti akan terus ke Jeddah. Tak perlu singgah di KL lagi dah seperti sebelum2 ni. Dgr2 khabar MB Trg yang tetapkan begitu. Saya pun tak pasti kebenarannya. Tp yang pasti bonda saya lebih happy dgn penerbangan seperti ini. Katanya tak perlu lagi bersesak2 di KL pulak... Apa2 pun saya mendoakan yang terbaik utk bonda. InsyaALLAH.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin