Friday, August 24, 2012

Pencen kubur kami






Harta yang tak mampu ditukar ganti...
Harta yang tak ada nilai untuk dijual beli...
Harta yang menjadi PENCEN kubur kami..
Moga anak2 inilah yang akan sentiasa mendoakan kami suami isteri...
Moga anak2 inilah yang akan me'LEGA'kan kubur kami nanti..
INSHAALLAH....
Published with Blogger-droid v2.0.6

salam aidilfitri dari kami sekeluarga




Mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap dalam persahabatan alam maya mahupun alam nyata.
Harap dimaafkan semuanya. Manalah tahu, inilah Syawal terakhir kita.
Manalah tahu inilah keampunan terakhir dari anda, hanya DIA YANG MAHA TAHU segalanya.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan yang hampir 'pergi'....

Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan wahai Ramadhan!!

Syukur, kali ni berjaya buat satu aktiviti yang amat berharga dengan anak2. Bermula 1 Ramadhan, dapat ajar damia mengaji tanpa miss sehinggalah cik P menjenguk. Kalau sebelum ni mmg sentiasa berazam utk ajar damia mengaji, tp selalu sangat culas.
Syukur sangat2 kali ni berjaya. Dan damia sendiri pun dah tau rutin setiap malam. Tanpa mengatakan TAKNAK.

Harap2 lepas ni kami dapat meneruskan rutin harian seperti Ramadhan ini. INSHAALLAH.
Moga Allah permudahkan niat murni kami.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 2, 2012

Our happy family : by Damia chan


Papa & Mama (mama ada bulu mata lentik tuuuuuuuuuu.. heheh)


Adik & kakak.

Lukisan damia yang terkini. Masih berkisar tentang keluarga. PAPA-MAMA-ADIK-KAKAK.
Mohon pada Allah, moga2 kita sekeluarga sentiasa dilindungi rahmat Allah, diberi kebahagiaan dan sentiasa dipermudahkan dalam apa jua yang kita hadapi. InshaAllah, ameen.


Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 26, 2012

Pengumuman secara official!


Memandangkan sebelum ni tak pernah lagi umumkan secara official, bersempana birthday saya bulan ni, ingin saya umumkan bahawa..................(eh, dah lama jadi ahli, dah lama bisnes baru nak umumkan ke?? heheh)

Saya adalah Shaklee Independent Distributor!!! 


Tapi jangan risau, saya tak pergi jenguk2 blog orang utk PAKSA anda jadi BELI atau jadi AHLI juga.
Tujuan saya yang sebenar adalah untuk sama2 berkongsi dengan kawan2, dengan adik2, kakak2, abang2 dan semua orang tentang KESIHATAN. InsyaAllah, apa yang saya tahu dan saya alami akan cuba saya kongsikan dengan anda semua. Anda boleh bertanya apa2 sahaja yg berkaitan dengan kesihatan, penyusuan susu ibu, pengurusan berat badan dan lain-lain. InsyaAllah saya akan cuba share dengan anda sebaik mungkin.

Di sini saya sertakan sekali cara2 untuk membuat pesanan,

1. Hubungi saya di lailasani@gmail.com
@ PM Laila Ismail (Lailasani)
@ WhatsApp/sms ke 0197228520.

2. Nyatakan
-NAMA :
-ALAMAT PENGHANTARAN :
-NO TEL :
-PRODUK YANG ANDA INGINKAN :

3. Tunggu reply daripada saya untuk mengetahui harga/harga promosi/diskaun.

4. BANK IN ke

MAYBANK : Norlaila Ismail
101106057747

RHB : Norlaila Ismail
15103000055508

CIMB : Husaini Che Ismail
01310057525529

Hantarkan bukti pembayaran melalui SMS/email/PM.

5. Order akan diproses dengan segera. Penghantaran adalah menggunakan POSLAJU @ GDEX.

6. Anda akan mendapat order anda dalam 2-3 hari bekerja.

BONUS!!
1. Konsultasi adalah PERCUMA utk setiap pembelian menerusi KenkouShoku.com. Anda juga berhak mendapat konsultasi yang berpanjangan dari pihak kami. PERCUMA!!
2. Anda akan di masukkan ke dalam group eksklusif utk customer2 Kenkoushoku.com.
3. FREE GIFT akan disediakan untuk pembelian pakej2 tertentu.

Monday, July 23, 2012

HARGA RUNTUH di Kenkoushoku.com


 Silalah berkunjung ke kedai kecil saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
http://www.kenkoushoku.com/2012/07/harga-runtuh-237-297.html

InsyaAllah, pakej2 yang ditawarkan adalah yang anda nantikan selama ini...:)
7 hari sahaja ye..



Saturday, July 21, 2012

Mari bersedekah | Toyohashi Masjid Project


Sempena Ramadhan yang mulia ni, marilah kita mewakafkan sedikit rezeki kita untuk membina masjid ini. InsyaAllah makin bertambah rezeki kita.:)
Boleh visit fanpage Toyohashi Masjid Project di sini.
 
*********************************************************

We are striving to collect the donations to establish the first Masjid in Toyohashi. The deadline for full settlement will be on 10th August 2012. Visit our home page http://www.toyohashi-mosque.org/. Jazakumullahu khairan kathira.


Description
For donation from Japan/International:
Name: トヨハシムスリムコミューニティ/ Toyohashi Muslim Community
Bank: Japan Post Bank
Account no. : 12160-70046471
SWIFT Code : JPPSJPJ1

For donation from Malaysia :
Name : Ahmad Redza bin Ahmad Mokhtar
Bank : Maybank
A/c no.: 1590 1286 3976
Redzxza@yahoo.com, +8180 3668 2607, +6017 321 0679
or
Name : Muhammad Hazwan Bin Noor Hammad
Bank : CIMB
A/c no.: 16010009932525
hzwan89@yahoo.com, +819065892811, +6013-6287982


For donation from Indonesia:
Name : Witono Hardi
Bank : Mandiri Cabang Kota Ternate
A/c no.: 1500007656869
witonounkhair@yahoo.co.id, +81-80-4524 6579
or
Name : Ihsan Imawan Latief
Bank : BNI Cabang Makassar
A/c no.: 0254605257
ihsan_lcd@yahoo.com, +62-821-95068117


*Please inform the account holder through any of the medium given after the transaction is made.

Salam Ramadhan buat semua



Salam Ramadhan dari kami sekeluarga.
Jom perbanyakkan berdoa, banyakkan bersedekah, banyakkan mbaca Al-Quran...

Semoga ibadah kita diterima oleh ALLAH. InsyaAllah.

Wednesday, July 18, 2012

Bekerja dari rumah : apa kata bonda saya

Saya memang dah lama bercita2 ingin jadi surirumah. Opss, bukan surirumah tapi bekerja dari rumah. Sebab utama ialah damia puteri sulung saya dah masuk 4 tahun pd tahun ini. So 2 tahun lagi dah nk masuk pra sekolah dah. Bila memikirkan anak2 pergi balik sekolah tu, saya jadi ngeri untuk melepaskan anak2 naik van. Sebab apa yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, keselamatan anak2 langsung tidak diutamakan. Driver van/bas sekolah mahu pun pihak taska. Langsung tiada keprihatinan.

Panjang pulak mukaddimahnya. Sebenarnya nak cerita, BONDA saya ni kurang merestui cita2 murni saya ni. Hubby memang dah setuju sangat2 laa kan, tp keadaan kewangan yang belum stabil, tak bolehlah buat keputusan secara drastik kan?.Sabar dulu....:)

Nak dijadikan cerita, semalam call bonda saya, saya bagi hint sikit2. Alhamdulillah, ada sedikit persetujuan bila dengar reason2 saya. Maybe cuma 50% bonda setuju,tapi itu pun dah cukup utk buat saya lega. Alhamdulillah.
Moga Allah kabulkan doa utk jadi WAHM secepat mungkin. Moga bonda saya setuju 100% melepaskan saya berhenti kerja demi anak2. AMEEN.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 6, 2012

Keberkatan masa vs tak cukup masa


Perasan atau tidak, ramai yang merungut takde masa laaa.... tak cukup 24 jam yang Allah berikan. Sebenarnya bukan masa yang tidak cukup, tapi cara kita menggunakan masa, cara kita menghargai setiap masa dan cara kita menghabiskan masa dengan lebih berkualiti, dengan lebih berkat.

Apa yang saya ingin tuliskan ni adalah pengalaman saya sendiri sebenarnya. Rutin harian saya bila balik kerja, terus masuk dapur (kalau hari rajin nak memasak laaa kan). Contoh ni hanyalah hari 'homemade dinner', kadang2 tapau juga. Ngeeee... Sampai rumah pukul 615 petang paling cepat. Bila dah masuk dapur tu, sudah semestinyalah hampir2 sejam jugak kan. So, sejam selepas tu dah masuk waktu Maghrib kan. Banyak kali, boleh dikatakan sebelum menyedari kewujudan 'MASA YANG BERKAT' ni, saya memang 'TERBABAS' melewatkan waktu untuk solat Maghrib.
Selalu hati berkata,
sikit je lagi aku nak bagi sup ni mendidihhhh je, nanti boleh tinggal laaa....
sekejappp je lagi nk letak garam kunyit kat ikan/ayam jeee.......
Tapi bila tengok2 jam, dah pukul 730 mlm. Dah hampir separuh waktu Maghrib tu berlalu. Tapi syaitan berjaya memujuk hati saya supaya BERTANGGUH seruan azan, seruan utk menyembah YANG ESA.

Contoh lain pula adalah bila tengok drama. Maklumlah tayangan drama petang2 dr TV3 petang2 tu kan BEST! Zaman2 gila drama petang2 dulu, selalu hati berkata,
Nanti iklan aku pergilah mandi, nanti pergilah solat.
Dah abis separuh jalan nanti aku pergilah solat.
Pernah tak berlaku sebegini dalam kehidupan harian anda. Pernah tak ada bisikan2 SYAITAN dalam hati kita?

Natijahnya, saya selalu rasa TAK CUKUP MASA. Kadang2 ditambah dengan anak meragam tak tentu masa... Sebenarnya segalanya berpunca dari kita. Kita lalai menghargai masa yang Allah berikan. Kita lalai dari mengingatiNYA. Kerana itula kita hilang nikmat KEBERKATAN MASA.

Cukuplah BERDRAMA, cukuplah SIBUK DI DAPUR dan BERTANGGUH utk mengerjakan solat. Hidup kita terlalu pendek, ingat2lah selalu kepada ALLAH. Ingat2lah selalu kenapa kita dijadikan oleh ALLAH. Untuk apa? Apa tujuan kita hidup? Apa yang kita lakukan hari ini, semuanya bekalan kita menuju akhirat. Jom sama2 muhasabah kawan2, adik2, kakak2.....

Perkongsian dari blog ini.

Allah menjadikan kita untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini:
 Khalifah di muka bumi
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Kalimah خليفة  (khalifah) dari sudut bahasa ialah orang yang menggantikan perbuatan orang lain. Khalifah yang dimaksudkan di sini sama ada makna majazi (cakap pinjam) iaitu manjawat/menjalankan pekerjaan yang dikehendaki oleh yang digantikan, seperti wakil dan orang yang menerima wasiat, iaitu orang yang mengatur pekerjaan di bumi yang dikehendaki oleh yang diganti (Allah). Kalimah khalifah tidakk boleh diguna makna hakiki (makna sebenar) disini kerana mustahil kita boleh menganti perbuatan Allah.

Dengan itu, kita yang dilantik sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah pada segala hukum.


 ****************************************************

Nota tangan saya : Moga kita sama2 mengambil iktibar, nampak remeh tapi sebenarnya ia adalah impak yang besar supaya kita lebih mempunyai BANYAK MASA!

Friday, June 29, 2012

10 tahun...

Happynya kalau sempena 10 tahun bekerja di kilang jepun ni saya berjaya menghantar surat resign.


Happynya kalau dapat duduk rumah menjaga anak2 sendiri.....


Walaupun cabaran dan tahap stressnya mungkin lebih tinggi dr bekerja di kilang jepun ni, saya masih bercita2 untuk menjadi PENGURUS RUMAH yang berjaya.:)


Moga Allah perkenankan doa saya....Ameen...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 12, 2012

Happy 4th Birthday to Damia chan


Damia chan,
Happy 4th Birthday!!!!!!! Otanjyoubi omedetou gozaimasu!!
12-06-2012

Mama sayang Damia, Papa sayang Damia, Adik Dinie pun sayang kakak Damia.

Semoga jadi anak yang menyenangkan hati mama n papa selamanya,
Semoga jadi pencen kubur mama n papa yang hebat seandainya kami tiada di sisimu lagi...
Semoga Damia sentiasa dilindungi Allah.
InsyaAllah
Ameennnn!!!
 Nampak je mcm nakal sikit ni, tapi manjaaaaaaaa gitu... :P

Adik Muhammad, sepupu DD pun ada sekali.:)
 

Monday, June 11, 2012

Apa cerita dengan DIET Lailasani?


Lama tak update. Tapi saya masih bersemangat ye puan2... Tiada perkataan putus asa, tapi curi2 makan tu biasa laaa kan. Lagipun bulan lepas banyak betullllll kenduri kendara, dan farewell party pun ada jugak. Farewell bos jepung kat kampeni saya.

Ok, kita sambung progress diet saya ye. Entry lepas ada kat sini. Sila klik kalau nk tau...:)
Sehingga 23 April.
Masa ni saya turun 7kg kan selama 5 bulan.
Ok, jom kita sambung kronologinya beserta kronologi yang lepas.
Disember 2011 : Turun 2 kg (Pakej Basic)
Januari 2012 : Turun 2 kg (Pakej Basic)
Febuari 2012 : Turun 1 kg (Pakej Basic)
Mac 2012 : Turun 1 kg (Pakej Premium)
April 2012 : Turun 1 kg (Pakej Advance)
May 2012 : Turun 1.8 kg (Pakej Extravaganza)
 **Package2 yg dalam kurungan tu adalah produk Shaklee yang saya guna sepanjang saya diet ni. Nak tau detail boleh laa ke sini ye. Sila klik link di bawah ni.
Supplemen semulajadi
So terkini sehingga May 2012, penurunan adalah sebanyak 8.8 kg. Sangat happy wooooooo... Alhamdulillah.
Sekarang tengah fight dengan boss Jepun nk turunkan 5 kg sebelum raya. Perempuan Jepun ni memang sangat2 conscious dengan berat badan dan kecantikan ni. Dia nak balik Japan nk jumpa hubbynya dlm keadaan yg kurus dan cantek. Tapi tadi dia timbang kat ofis dah turun 2 kg punnnnnnnnnnnnnnn...!!! Huwaaa, tambah stress i tau! Huhuhuh....

So, misi yang akan datang,
Jun turunkan 2kg
Julai turunkan 2kg
2 minggu pertama Ogos 1kg...
Ganbaru zo!!!!

Nak join saya diet jugak? Bolehlah berkunjung ke kedai saya ni atau terus email ke lailasani@gmail.com
atau sms/whatsapp ke 019-7228520.

Opss, lupa lak.. nk jugak tunjuk gambar terkini.... hehehehe...
Gambar terkini bersama encik suami sempena last day beliau bekerja sekilang dengan saya.
(24022003~04052012)

Nota tangan saya : Kalau nk cuba turunkan berat badan, kata kunci utama adalah DISIPLIN dan SEMANGAT yang tinggi. Makin banyak anda ingin turunkan, makin TINGGI SEMANGAT yang perlu ada...:)
Ganbatte minna!!!


Monday, June 4, 2012

Lukisan damia

Pandai juga anak mama melukis ye.

Sambil2 dok kat 'bilik kerja' mama mlm tadi, sempat juga damia melukis bear ni. Dah buat teka teki kt FB mama, memang diorang nampak bear!! Maknanya ada kekreatifan di situ. Nanti kita lukis2 lagi ye.:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, June 3, 2012

Rahsia kejayaan pengasas KEDAI SUKAN AL-IKHSAN



Sangat2 kagum dengan pengasas Al-Ikhsan. Jom kita baca untuk dapatkan iktibar. InsyaAllah.
************************
Jika anda ke mana-mana bandar besar atau pusat beli-belah di seluruh Malaysia sekarang anda pasti akan ternampak papan tanda besar aL-ikhsaN.

Syarikat aL-ikhsaN adalah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan bertaraf antarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif...

dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010.

Tetapi, bagaimana ia bermula dan apakah resepi kejayaan pengasasnya?

Kejayaan yang dicapai oleh syarikat ini bermula dengan modal kecil dan permulaan yang amat ‘humble’.

Pada permulaannya Ali Hassan Mohd Hassan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada rakan-rakan dan pensyarah beliau ketika beliau masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Beliau juga bekerja sambilan sebagai penghantar pizza untuk menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup.

Meskipun beliau juga menerima biasiswa, beliau memberitahu yang kesemuanya diberikan kepada ibu beliau “kerana kami bukan orang senang.”

Dalam berusaha tanpa mengenal jemu dalam pelajaran dan menyara kehidupan ketika itu, beliau akhirnya berjaya mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal UTM pada tahun 1993.

Beliau yang merupakan pelajar cemerlang pernah ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi ditolak kerana lebih cenderung untuk mengusahakan perniagaan.

Perniagaan pertama Ali Hassan bermula pada tahun 1993 di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru dengan modal perniagaan yang diusahakan dengan titik peluhnya sendiri.

Beliau mula mengusahakan perniagaan serius pada tahun 1994 apabila mendapati wujud trend permintaan terhadap barangan sukan yang amat menggalakkan.

“Ketika itu, memang sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana saiz perniagaan ini kecil.

Itu bukan alasan untuk tidak berjaya.

Saya kena rajin dan kuat berusaha dengan menjual baju sukan secara pantas.

Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin.

Cari peluang yang ada di mana sahaja asalkan boleh dijual,”

katanya yang pernah naik turun pejabat kerajaan dan syarikat swasta bagi memperoleh tempahan dan memasarkan barangannya.

Beliau menyatakan dalam menjayakan sesuatu perniagaan, beberapa elemen penting perlu ada, antaranya kesabaran, kesungguhan, tiada perasaan malu serta tekun berusaha.

“Walaupun kita gagal sekali atau sukar mendapatkan pinjaman bank, kita kena istiqamah dan terus buat sahaja (just do it)

Jangan fikir apa-apa, usahakan apa yang ada.

Ini penting untuk kita bina reputasi walaupun mengambil masa satu atau dua tahun.

Bila orang melihat reputasi kita yang semakin baik, barulah mereka akan percaya.

Apa sahaja kita kena sabar…. perbaiki apa kelemahan yang ada.

Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati.

...biar mereka ‘komplen’,”

katanya yang berpendapat ia merupakan antara langkah untuk memajukan perniagaan ke tahap yang lebih baik lagi.

“Saya masih ingat lagi luahan pelanggan kerana barangan yang dipamerkan di kedai pertama sedikit dan banyak kekurangan.

Itu tidak ada…ini tidak ada. Jadi, saya berusaha mendapatkan barangan yang mereka mahukan kerana ingin memuaskan hati pelanggan.

Ambil sahaja apa ‘komplen’ pelanggan dan jangan kita tafsirkan pendapat atau kritikan yang diberikan itu sebagai negatif.

Itu tanda mereka sayang kepada kita dan mahu melihat perniagaan kita berkembang,” katanya.

Resipi kejayaan selama ini yang didukung dalam diri Ali Hassan sebenarnya berpaksikan sepenuhnya kepada tuntutan dalam agama Islam.

"Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah:

1. jangan kita meninggalkan solat lima waktu,

2. jaga ibu bapa kita sebaik mungkin,

3. tunaikan zakat dan berikan sedekah dan

4. bantu mereka yang susah".

Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.

“Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya…

kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat.

Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil.

Inilah isi kejayaan yang sebenar,” jelasnya.

Selain pegangan kukuh pada tuntutan agama, senjata aL-ikhsaN yang sentiasa berada selangkah di hadapan pesaing adalah harga produk sukan dijual amat berpatutan bagi semua lapisan masyarakat.

“Apa yang paling penting ialah aL-ikhsaN memberikan produk-produk berkualiti dan berjenama antarabangsa dengan harga yang cukup berpatutan.

Ini memberikan kepuasan kepada pembeli, sekali pakai mereka akan kembali lagi.

Kini terdapat sebanyak lebih dari 75 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara wujud yang menjadi bukti sebuah empayar perniagaan hebat miliknya.

Malahan kebanyakan produk yang ada di aL-ikhsaN tidak terdapat di kedai-kedai lain.

Pilihan produk juga luas dan dijual pada harga berpatutan.

Model kasut sukan dan peralatan lain yang dipakai oleh pemain bola antarabangsa terkenal juga terdapat di kedai ini.

Setiap barang yang dilancarkan di Eropah boleh didapati di AL-ikhsaN pada hari yang sama.

Pada penghujung 2010, aL-ikhsaN juga telah mula merancang membuka kedai sukan untuk wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl.

Menurut Ali, pembukaan premis ini untuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita yang menyatakan bahawa pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka sukar diperoleh dalam pasaran tempatan.

Jelas sekali dengan mendengar feedback dari pasaran, AL-ikhsaN mampu bertahan, malah berkembang dengan jayanya.

Kini, rangkaian kedai aL-ikhsaN adalah nama besar dalam kalangan anak muda hari ini yang menggemari produk sukan berjenama popular seperti Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto dan Diadora pada harga yang murah.

Kejayaan Ali Hassan mengembangkan kedai aL-ikhsaN ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada usahawan Melayu yang sering dianggap stereotaip dengan kisah kegagalan,

....untuk berusaha tanpa mengenal jemu, beristiqamah, sambil mempelajari untuk mendengar kehendak pelanggan dalam membina perniagaan.

Ali Hassan membuktikan kebenaran pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Mari kita sama-sama mencuba formula kejayaan beliau:

1- Solat 5 waktu

2- Jaga Ibu Bapa kita

3- Tunaikan Zakat dan memberi sedekah dan bantu mereka yang susah

1- Solat Wajib yang lima:

Ketika Azan berkumandang sebagai penunjuk masuknya waktu solat, adakah kita faham maksud atau terjemahan bahasa arab tersebut?

Allahu Akhbar Allahu Akhbar 2x (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar)

Asyhadu alla illahaillallah 2x (Aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah)

Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah 2x (Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah)

Haiya alas Solah 2x (Marilah Sembahyang)

Haiya alal Falah 2x (Marilah Menuju Kejayaan)

Allahu Akhbar Allahu Akhbar (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar)
La ilahaillallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)

Di dalam pengertian azan, solat itu membawa kepada kejayaan (Marilah Sembahyang, Marilah Menuju Kejayaan).

Jelas sekali dinyatakan di sini.

Oleh itu kenapa ada di antara kita yang merasakan, dengan solat kita akan membuang masa kita selama 15 minit dengan tidak produktif bekerja?

Malah ada di antara majikan yang merasakan pekerjanya hanya akan membuang waktu bekerja dengan mengerjakan solat selama 15 minit.

Sedangkan telah dinyatakan bahawa sesiapa yang bersolat, dia akan berjaya?

Rezeki itu datangnya dari Allah.

Luangkan masa untuk kembali dan bersyukur dengan pemberian Allah, dengan melaksanakan Ibadah wajibnya.

Insyaallah kita akan berjaya dalam hidup...

2- Jaga Ibu Bapa Kita

Dalam Al-Quran Allah berfirman:

"Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibubapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,

..maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
(Surah Al-Isra' ayat 23)

Rasulullah saw juga ada bersabda:

"Keredhaan Allah s.w.t terletak pada redha kedua ibubapa"
(Riwayat Muslim)

Oleh yang demikian, menjaga kedua ibu bapa kita adalah wajib dan dituntut dalam ugama Islam.

Jika ibu bapa redha pada kita, Allah juga akan redha dan kejayaan insyaallah akan hampir pada kita.

3- Tunaikan Zakat dan memberi sedekah dan bantu mereka yang susah

Allah berfirman:

"Perumpamaan (infak yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan butir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir; seratus biji.

Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.

Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 261).

Dan dari Abu Hurairah r.a.,ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Siapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang berasal dari usahanya yang halal lagi baik, maka sesungguhnya Allah menerima sedekah tersebut dengan tangan kananNya

kemudian Allah menjaga dan memeliharanya untuk pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang menjaga dan memelihara anak kudanya. Hingga sedekah tersebut menjadi sebesar gunung.

Jelas sekali ganjaran yang Allah akan berikan kepada orang yang bersedekah.

Jadi kenapa kita perlu ragu-ragu untuk mengeluarkan harta atau wang kita dengan ikhlas melalui sedekah atau pun zakat?

Bersama-samalah kita memperbaiki diri kita.

Demi kejayaan dunia dan akhirat.

Insyaallah...

Wassalam.

Sumber : Ustaz Nasir

Nota tangan saya : Moga kita juga dapat mengikut jejak langkah beliau. InsyaAllah.  

Friday, June 1, 2012

7 kalimah | Mari kita amalkan



Sabda Rasulullah S.A.W :

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucapkan Bismillah semasa hendak melakukan sesuatu atau apa-apa pekerjaan.


2. Mengucapkan Alhamdulillah apabila selesai melakukan sesuatu/pekerjaan.


3. Mengucapkan Astagfirullah jika lidah terlanjur kata atau melihat perbuatan maksiat.


4. Mengucapkan Insya Allah jika ingin berbuat sesuatu di hari esok @ akan datang.


5. Mengucapkan La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang hari tidak kira siang ataupun malam.
 

Sunday, May 27, 2012

Kakak Damia : 3Y 6M ~ 3Y 11.5M


Kakak damia pula, lagi 2 minggu nak sambut birthday ke 4. Masih belum start tadika. Mamanya yang masih ragu2 utk melepaskan cik kakak ni naik van. Kakak damia sendiri pun agak susah utk ditukar suasana. Sangat pemalu orangnya. Memang takkan bercakap dengan org yang baru dikenali.
Harap2 tahun depan tiadalah apa halangan untuk hantar kakak damia ke tadika, InsyaAllah.:)
 Cuti2 Malaysia-Balik kampung CNY2012, syok main pasir...
 Bergaya mengalahkan mama, sentiasa nak bawak 'baby' besar dia tu...:P
 Pakai baju papa... Mintak nak pakai... kadang2 nak pakai baju mama... heheheh
 Kawan baik..:). Ni kawan baik merajuk sbb mamanya taknak bagi beli crepe... @ JPO
 Happy sbb mama beli 'kambing'!
(kambing tu papa yang bagi nama...:P)
Favourite damia-make up! make up! Sib baik laaa avon ada buat offer rm5 satu. Boleh lah damia buat make up.

Nota tangan mama : Mama doakan damia chan dengan rela hati nak pergi 'sekolah' tahun depan. InsyaAllah.

Dinie chan | Tepat2 21M ( 1Y 9M)

Mari kita belajar bagaimana nk senyum yang menggoda....:P
Biasa ada senget2kan kepala, tapi kali ni takder pulak... Hari ni tak berapa rajin utk posing laks.
Dinie chan, lagi 3 bulan je nak masuk 2 tahun. :)
Sangat2 cepat masa berlalu, terasa2 lagi di saat2 cemas nk bersalinkan cik dinie ni 21 bulan yg lepas.



Thursday, May 17, 2012

dinie chan 11M

Rindu dgn tangisan baby dinie ni. Sekarang dh nk masuk 2 tahun dah.:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 13, 2012

Beli kapal terebang

...dlm kereta.. ada bas kt depan kereta
Mama : adik nak naik bas?
adik : nakkkk...
Kakak : kakak xnak naik bas,kakak nak naik kapal terebang.....
Mama : kakak ada duit ke nak naik kapal terbang?
Kakak : kakak bukan nak BELI kapal terebang laaa mama, kakak nk naik kapal terebang je laaa....
Mama : ............
**Nak naik kapal terbang pun kena bayar wahai kakak damia.
posted from Bloggeroid

Wednesday, May 2, 2012

Dinie chan | 1Y 8M

Lagi 4 bulan je lagi dinie chan bakal menginjak ke usia 2 tahun. Betapa cepatnya masa berlalu. Perkembangan dinie chan ni boleh tahan jugak cepatnya. Mungkin kerana dipengaruhi oleh kakak damia.





Jadi model telekung yang mama jual...:) 
Komisyen takde ke mama??? 
  1. Nak makan sendiri. Jarang2 je mama or papa boleh suapkan.
  2. Boleh sebut macam2 benda dah tapi masih pelat. Syok juga dengar dinie chan ni bercakap. Dah macam2 perkataan dah perkataan dia. (Air, Pipi, Mama, Papa, TATAK - kakak, MOT-mulut, DONG-hidung, RAK-B*R*K, MBOT-rambut, MIAW-cat, WUWUF-dog, DHIK-adik, E-YO-milo, TUTU-susu (sebelum ni SUS dan kadang USUS... hehehehe) dan banyak lagi perkataan2nya..)
  3. Doa makan dinie chan. ALLAH.. ALLAH.. ALLAH...AMINNNNNNNNN....:)
  4. Semua benda nk buat sdiri sekrg ni. Nak gosok gigi sdri, nak pakai baju sdiri... tp masih belum berjaya.. takpe dik, nanti lama2 pandai...rajin adik praktis.
  5. Taksub dengan papa sekarang ni.:) Dapatlah mama ponteng skali skala.:P
  6. Sangat suka main air-mandi.... ni samalah ngan cik kakak damia.
  7. Suka nasi, tak macam kakak yg lebih sukakan mee/pasta/makaroni. Papa kata adik org kampung.:)
  8. Sgt2 suka naik motor. Sama je kot ngan kanak2 lain, suka betul kalau dapat naik motor keliling kampung/taman.
  9. Sangat sporting kalau suruh posing...:)  


Boleh view gambar2 dinie chan kat sini ye. Silalah jalan2 ke FB Laila Ismail (Lailasani)

Blog Widget by LinkWithin