Sunday, February 28, 2010

Aktiviti CNY I : Check up adik damia

**Entry yang diperam. Saya jarang boleh online kalau damia tak tido lagi sbb nanti dia pun nk sama2 online.

Cuti tahun ni, kami tak plan utk ke mana2 memandangkan keadaan adik damia dalam perut saya adalah kurang stabil. Kalau nk jalan2 pun maybe ke Desaru jelah kot. Itu pun bergantung kepada hasil check up 13-2.

Tarikh : 13022010*12 minggu*
Pergi check up adik damia. Alhamdulillah, keadaan dah makin stabil. Kata doktor, pendarahan dinding
rahim sudah tidak kelihatan. Dah boleh travel dah katanya. Yeay!!!! Tapi tak ada plan betul2 pun lagi nk kemana2 sebab petang nanti adik saya dan keluarganya akan datang ke rumah.

 
Scan 2D : 12 mggu


Scan 4D : 12 minggu

  
Adik damia 8 minggu. Masa ni pergi scan cepat sebab nk pastikan cyst yang bertapak di dalam rahim saya. Tapi kata doktor, tidak ada apa2 yang perlu dirisaukan kerana cyst tu akan mengecut dengan sendiri bila baby makin membesar. Alhamdulillah, lega sikit hati saya.


Tetapi rupanya ada 'benda' lain yg lebih perlu dirisaukan. Rupanya2 dinding rahim saya ada pendarahan. Terus dup dap dup dap jantung saya sbb tak pernah melalui detik2 seperti ini semasa mengandungkan damia 2007. Tapi kini alhamdulillah, semuanya sudah okay.  

Saturday, February 27, 2010

Omedetou Abang Akif!!

 Tahniah utk Nanado sekeluarga di atas kelahiran hero ke-2 semalam.
 
26 Feb 2010 : 12 Rabiul Awal 1431
3.22 kg : 55 cm

Wajahnya iras2 abangnya akif, tp kalau tengok betul2, ada kelainan sedikit seperti kata mamanya.

Salam Maulidur Rasul

Msg bergambar adalah ihsan dari sini.

Saturday, February 20, 2010

Bahaya bilik air

Bila baca berita ni, terus ingatan saya melayang kepada si kenit damia. Damia sangat suka masuk bilik air dan bermain2 air dalam baldi. Biasanya kami akan tutup pintu bilik air setiap kali selepas guna. Rasanya c/measure paling berkesan ialah KELUARKAN BALDI DARI BILIK AIR.

“Saya dimaklumkan Haikal ditemui isteri dalam bilik air dalam keadaan tertonggeng dengan kaki ke atas dalam sebuah baldi mengandungi air sedalam 12.7 sentimeter, sekali gus menyebabkan jantung saya berdegup kencang akibat terkejut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Berita penuh ada di sini.


Nota tangan saya : Moga2 kita ibu bapa sama2 berhati2 utk mengelakkan perkara yg tidak diingini drp berlaku. Apa2 pun kita hanya merancang dan berusaha, ALLAH yg menentukan segalanya.

Emergency leave

Baru je sampai ofis, tgh sarapan kat kantin tiba2 dapat call dr bbsitter damia. Katanya bapa saudara suaminya meninggal. Innalillahh.....
Terpaksalah saya ambil emergency leave utk ambik damia hari ni. Cuti pun dah makin susut. Belum pun lagi guna utk check up adik damia ni. Huhuhu...
Bila fikir2, terasa nak hantar adik damia nanti kat nursery je. Senang sikit. Tapi ada pro & kontra nye jugak kan. Nanti nak senaraikan dulu dan bincang2 dgn encik suami. Then baru decide. Masih ada 8 bulan utk fikir2kan.

Friday, February 12, 2010

Header cute-mute dan comelss.. perasan tak?

Kalau ada yang perasan laaa, yg confirm encik suami dan kawan ofis dh perasan laaa blog kosong ni dh ada header baru yg cute mute lagi comeylss.... Saya sangat suka header ni sbb ianya:-
  1. sebijik sebijon seperti yg saya order. tqvm jiji!!
  2. mcm 'kena' dengan jiwa saya. :)
  3. simple! cute-mute! comeylss seperti damia!
  4. semua2nya yg di atas!!!
Terima kasih bebanyak kepada jiji yg telah mencipta header cute ni. Silalah berkunjung ke rumahnya dan seterusnya meng'email' tuan empunya rumah sekiranya anda pun terasa header anda patut ditukar yg cun2 melecun.
Atau anda boleh klik ke badge triplecolourlife kat sebelah kanan blog saya nun. Anda akan dibawa terus ke rumahnya ye.
Adios....

Thursday, February 11, 2010

Kasih bonda hingga ke hujung nyawa

Tengah hari tadi saya cuba mengada-ngada meng'order' pekasam ikan tenggiri (saya panggil ikan kering basah je) daripada bonda saya. Beria-ia benar bonda berjanji utk mendapatkannya pagi2 esok utk dikirimkan kepada abg saya kerana kebetulan abg saya dr KL berada di kampung sekarang ni. Dan besok abg saya akan berangkat ke KL kembali. Terharu benar saya mendengar kata2 bonda yg tak pernah mengatakan 'TIDAK' kepada setiap permintaan anaknya. Benarlah, KASIH IBU HINGGA KE HUJUNG NYAWA....

Nota tangan saya : wahai bonda tercinta, maafkan anakmu ini kerana tidak dapat menjengukmu selalu di kampung. moga2 bonda dipanjangkan umur dan sihat sejahtera selalu hendaknya. moga2 panggilan telefon kami dapat mengubat kesunyianmu bonda... 

Sunday, February 7, 2010

Boboykah?

.. bukanlah si adik dalam perut. masih belum tahu jantinanya lagi ye...
si kakak damia ni, sekrg ni inilah baju favouritenya. dan ANIME favourite sekarang ni adalah EMON (doraemon).
 
...peaceeee V dengan penuh perasaan...


posing shikitt....


..kena posing lagi ke papa??..


..chakkk!!!


saya bz ni, tengah kutip sticker EMON jatuh kat lantai..


yeayyy... tampal kat dinding banyak2...


aihhh... ada iklan menarik laaa plak kat TV... break sekejapp..


tampal EMON kat kaki pulak...


sesi kutip EMON kat lantai lom abish daaa...


.. boring dah.. sesi merenung masa depan kat depan pintu...

Singkatan dan kata ganda

Nama cikgu : DAMIA
Umur : 19 bulan 3 minggu
  1. Nak ti : nak roti
  2. Nak kot : nak biskut
  3. Gang : pegang
  4. Ndi : mandi
  5. Kong : dukung
  6. Pok-pok : keropok
  7. Cheng-cheng : kencing
  8. Yak-yak : buang air besar
  9. Pai-pai : menyusu & b****t
Paling mama suka dengar ialah AKUT = KASUT. Kenapakah??  

Friday, February 5, 2010

Mari sembahyang adik2..

Biarpun seperti uniform sembahyang 'boboy', sekarang ni cara sembahyangnya dah ada 'gaya' sembahyang yg betul dah. Nanti dh besar sikit mama tempahkan baju sembahyang damia ye.
 

**sila abaikan latar belakang yg 'tak keruan' itu ye...

Blog Widget by LinkWithin