Thursday, February 11, 2010

Kasih bonda hingga ke hujung nyawa

Tengah hari tadi saya cuba mengada-ngada meng'order' pekasam ikan tenggiri (saya panggil ikan kering basah je) daripada bonda saya. Beria-ia benar bonda berjanji utk mendapatkannya pagi2 esok utk dikirimkan kepada abg saya kerana kebetulan abg saya dr KL berada di kampung sekarang ni. Dan besok abg saya akan berangkat ke KL kembali. Terharu benar saya mendengar kata2 bonda yg tak pernah mengatakan 'TIDAK' kepada setiap permintaan anaknya. Benarlah, KASIH IBU HINGGA KE HUJUNG NYAWA....

Nota tangan saya : wahai bonda tercinta, maafkan anakmu ini kerana tidak dapat menjengukmu selalu di kampung. moga2 bonda dipanjangkan umur dan sihat sejahtera selalu hendaknya. moga2 panggilan telefon kami dapat mengubat kesunyianmu bonda... 

2 comments:

Nadiene said...

ala, sedap nye...

ibu syg pade kite kan...

Unknown said...

fid,
hehe.. sedapppp!!
mkn ngan nasi panas2 tu.. fuhhh!!!

aah ek..
sayang tanpa syarat...

Blog Widget by LinkWithin