Cuti tahun ni, kami tak plan utk ke mana2 memandangkan keadaan adik damia dalam perut saya adalah kurang stabil. Kalau nk jalan2 pun maybe ke Desaru jelah kot. Itu pun bergantung kepada hasil check up 13-2.
Tarikh : 13022010*12 minggu*
Pergi check up adik damia. Alhamdulillah, keadaan dah makin stabil. Kata doktor, pendarahan dinding
rahim sudah tidak kelihatan. Dah boleh travel dah katanya. Yeay!!!! Tapi tak ada plan betul2 pun lagi nk kemana2 sebab petang nanti adik saya dan keluarganya akan datang ke rumah.
Scan 2D : 12 mggu
Scan 4D : 12 minggu
Adik damia 8 minggu. Masa ni pergi scan cepat sebab nk pastikan cyst yang bertapak di dalam rahim saya. Tapi kata doktor, tidak ada apa2 yang perlu dirisaukan kerana cyst tu akan mengecut dengan sendiri bila baby makin membesar. Alhamdulillah, lega sikit hati saya.
Tetapi rupanya ada 'benda' lain yg lebih perlu dirisaukan. Rupanya2 dinding rahim saya ada pendarahan. Terus dup dap dup dap jantung saya sbb tak pernah melalui detik2 seperti ini semasa mengandungkan damia 2007. Tapi kini alhamdulillah, semuanya sudah okay.