Monday, May 31, 2010

Damia : 23 bulan

Tarikh : 12052010
Berat : 9.4 kg sahaja
Peaceee....... gaya damia..
Roti.. sedapnyeerrrrrrr...
Panjat memanjat adalah agenda wajibb..
Buat muka nakal..
Cantik tak gigi saya?

Tinggal beberapa hari je lagi damia dah nak 2 tahun. Sebarang preparation utk menyambut birthday damia yg ke-2 belum lagi dimulakan. Hohoho.. Hajat dihati nak buat juga kali ni secara kecil2an. Tahun lepas kami sambut ber3 aje.
Ok, mari kita tengok perkembangan damia yg terkini.
  1. Dah pandai geli2 kalo yak, mesti panggil nk suruh basuh sampai nangis2.
  2. Paling tak sangka, damia tau perkataan MATI dan HANTU. Taktaulah belajar dari mana. Siap boleh cakap, MATI.. MATI sambil baringkan diri. Dan sebut ANTU.. ANTU... sibbaik masa mama ngan damia kat rumah atau mama bwk damia jalan2, damia tak sebut. Kalau tak, mama pun ngeriss!
  3. Jadi inspektor polis kalo naik kereta, damia yang tukang cek setiap org kena pakai tali pinggang keledar. Siap kena warning dan damia akan nangis2 kalau tak pakai. Good girl!!
  4. Macho je masa kena injek baru2 ni. Biasanya menangis, tp kali ni damia tengokkk je doc injek. Siap panggil doktor tu ATUK. Hehehe, sorry ye doc, damia lom tau vocab DOCTOR.
  5. Start dari beberapa bulan lepas damia dah tau sebut nama sendiri. Tapi bukan sebut DAMIA laa... IA aje... Sket2 IA NYE(damia punye), sket2 IA NYE... aih.. semua dia yg punye....
  6. Dah boleh buat ayat yg 2-3 patah perkataan dah kekadang tu. Contohnya, PAPA.... IA YAK, NAK NASHIK (nak nasik), NAK MEE, ANE KACHUT NI (mana kasut ni) dll. Banyak juga vocab damia ni..
  7. Pandai pilih nak pakai baju mane dan seluar/skirt mana. Dan kebiasaannya adalah tak matching laaa.. hehe
  8. Sangat teruja nk bersolek. Pantang nampak make up mama, nanti habis dikerjakannya.
  9. Masih maintain manja dan mahu dimanjakan serta sengaja dimanjakan... tapi tidur malam dah ada jugak laaa damia tak bangun. Bukan mcm 2-3 bulan lepas yg menangis melalak mcm kena pukul tengah2 malam.
  10. One-two-three sampai ten dah boleh dah.. tp yg selalu disebut adalah, ONE-TWO, ONE-TWO.... ala2 nyanyi gitu.
  11. Gigi ada 12 batang sekarang ni..
  12. Tak pernah duduk diam kecuali kat rumah orang atau kat depan org2 yg tak dikenali. Pandai jaga kelakuannn gitu

Pertemuan dengan e-ein sekeluarga; FREE photoshoot

Nampaknya hard schedule semlm tidak dpt direalisasikan di atas sebb2 yg tak dapat dielakkan. Papa damia byk kerja yang tertangguh, so semlm adalah agenda pertemuan dgn e-ein sekeluarga dan FREE photoshoot oleh KEDAIGAMBARKAMI beserta agenda mengisi perut di Kluang Railcoffee yg diidamkan sekian lama.
 Mama damia+damia-mama e-ein+e-ein
Damia n papa... Spek itam tak tinggal punyeee..

Kami bertolak dari Kulai pkl 7:15 pagi, punyelah bersemangat tu. Hihihi. Lagipun kalau sampai lambat, hari dah makin panas. Takkan nak bergambar tengah hari kot kan. Kami sampai ke tempat yg dijanjikan pkl 8 lebih dan teruskan perjalanan bersama2 dgn photographer KEDAIGAMBARKAMI ke Dataran Tasik Kluang. Cuaca semlm agak panas walaupun jam baru menunjukkan pkl8:30 pagi. Tapi photoshoot diteruskan juga. Bermandi peluhlah kami semua terutamanya makyonglah kan. Mula2 tu damia agak malu2 kucing juga tapi setelah bbrp minit berlalu, damia dah boleh posing cuma senyum je takde. Mungkin damia rasa pelik bila org lain yg tangkap gambarnya. Biasanya papa damia ajelah photgrapher yg setia.


Opss.. lupa nak intro tadik, FREE photoshoot ni adalah hasil daripada contest ini. Terima kasih ina n zul diatas layanan korang sekeluarga. Kesian kat e-ein yg kemengantukan agaknya. Kami siap dapat makan free kat Kluang Railcoffee tu. :) Roti bakar sedap, bubur nasi dan mee rebus pun sedapp!! Cemana dgn rasa coffee yg diidam2kan? Hehehe... Lidah dan tekak saya adalah bukan penggemar kopi pekat, NESCAFE jugaklah paling BEST!!! Mengada2 aje tu makyong nak merasa masuk kedai KLUANG RAILCOFFE. Hihihi.
 Roti bakar siap buleh tapau, order banyak sangat...
 Coffee adalah pekat yg sangat pekat, siap kelat melekat kat tekak... huhuhu..

Sebok dok tangkap gambar kami, terlupa pulak nak ambik gambar kenang2an bersama e-ein dan family. Terpaksalah guna kamera hp aje. Makanya gambar adalah sgt tidak memuaskan. Gambar photoshoot tu nanti dah siap akan dikeluarkan kat blog ni. Tungguuuu!!!!!!


Saturday, May 29, 2010

Hard Schedule

Besok adalah hard schedule utk kami 3 beranaks. Pagi2 bertolak ke Kluang utk beramah mesra dengan tuan punya blog KEDAIGAMBARKAMI, lepas tu ke Yong Peng kenduri kawan ofis encik suami dan kemudiannya dlm perjalanan balik ke JB kami berhajat utk melawat keluarga sahabat yg kehilangan ayah tercenta. Harap2 semuanya berjalan lancar. Semuanya bergantung kepada kecekalan makyong dan cik damia. Papa damia sure ok je.:)


Nota tangan saya : Sudah 2 hari mata kiri saya asyik dok gerak2. Apakah petandanya? Atau hanya sekadar mata keletihan?

Monday, May 17, 2010

Tahniah LHDN Johor

.. tahniah! tahniah di atas kecekapan pekerja2 LHDN Johor kerana bekerja keras utk memastikan kami pembayar cukai mendapat habuan yg sepatutnya.:)

Alhamdulillah.... tak sia2 saya tersilap tarikh tutup e-filing, saya hantar pd 29 mac dan mendapat jawapan 22 april serta mendapat cek selepas seminggu. Sangat cekap laa tu kan? Tabik spring utk LHDN Johor.
Okay, kenapa saya beria2 dok cakap LHDN Johor? Sebabnya saya cuba2 survey dengan kawan2 dr negeri lain, ada jugak yang bermasalah dengan LHDN ni. Ada yg tak pernah dapat pun duit yg terlonggok (longgok? banyak tu.. hehehe) @ duit cukai terlebih bayar. Sedangkan kata mereka selalu je ada cukai terlebih bayar setiap kali menghantar e-filing. Harap2 tahun ni kawan2 saya ni akan dapat hak mereka. INSYAALLAH. Kalau ada rezeki takkan ke mana.

Sunday, May 16, 2010

Rindukan HERO kesayangan....

Saya kerinduan... Setelah sekian lama dok menempel je dengan encik suami, tak pernah berenggang walau 2-3 jam, baru je satu hari satu malam ditinggalkan pun saya dah kerinduan tak hengat. (ouhh.. jiwang sket)
Encik suami outstation di Kluang. Taktaulah macam mana kalau ditinggalkan seminggu ke, sebulan ke, setahun apatah lagi kan?? Huhuhuh... Taknaklah saya bayangkan.....:P
Nasib baik juga ada anak dara kesayangan sbg peneman dan penglipur lara.... Dapatlah jugak mengisi masa yg terluang dengan arahan2 comeylnya, dengan rengekan2 manjanya. Sekurang2nya saya tidaklah berterus-terusan melayan perasaan kerinduan dan kesunyian.:(

Hari ni kami keluar berdua ke JJ Tebrau utk elakkan mama damia jiwang2 je kat rumah. Ngeeee....

 Nota tangan saya : Bila berjauhan begini, barulah saya kenal erti kerinduan.

Bersyukurlah....

Sungguh tak terkata dan tak sempat imagine bagaimana sekiranya anak2 saya berkeadaan seperti ini. Nauzubillahhh............ Sangat sayu-sedih......

Forwarded email.....


Botol susu hanya diisi dengan air kosong, Tiada susu, tiada makanan berkhasiat, Si adik hanya bergantung hidup pada sang abang yang lebih dewasa dan mungkin sudah mengerti selok belok duniawi.
 
Hargailah anak-anak kita, ajarilah mereka erti bersyukur. Biarkan mereka tahu akan betapa bertuahnya mereka mempunyai segala kelengkapan hidup jika dibandingkan dengan kanak-kanak di dalam foto ini.
 
Ya-Allah, aku bersyukur kehadhrat Mu, dengan limpahan kurnia dan rezeki yang mencukupi bagi diri dan keluargaku.
 
Kepada umat Islam, jangan lupa akan tanggungjawab kita untuk menunaikan zakat. Wang ini mudah-mudahan dapat membantu mereka yang amat memerlukan.

Makaroni Bakar di Hari Ibu

Setelah bbrp bulan tak 'main masak-masak' kat dapur kesayangan, Mother's Day hari tu berjaya jugak mencuba resepi makaroni bakar yg merupakan 'signature dish' Puan Azura. Akak mohon izin copy-paste resepi dari blog azura ye.

Bahan² A
Makaroni dalam 350g
Sebungkus daging lembu cincang ramly
1 tin kecil tomato puree
1 tin cendawan (potong nipis)
3 biji buah tomato (potong dadu)
3 biji bawang besar (potong dadu)
4/5 sudu olive oil/minyak masak
1 paket perencah lada hitam megi (guna separuh aje, jgn campur air)
Oregano/mixed herbs-saya guna oregano
Perencah ayam 1/2 kiub
Cheese cheddar/parmesan/suka ati-saya guna cheddar dan parmesan

Bahan² B
2 gelas susu segar/full cream/low fat (panaskan bagi suam)
3 biji telur (pukul asing)
2 sudu besar tepung gandum
sikit cheese (ni aku tambah, guna cheddar yg blok tu, then hiris², guna suku je)-ni saya tak masukkan sbb first time buat, takut terlalu muak nanti encik suami tak lalu nk makan pulak.
garam


1. Rebus makaroni macam biasa dengan sikit garam. Dah kembang letak 1 sudu butter then tos.
2. Tumis bawang besar. Masuk tomato puree dan daging. Kacau rata, masuk pula tomato cincang dan cendawan. Rasakan dengan garam dan kiub ayam.
3. Bila daging dah keluar air/dah masak, masuk 1/2 paket perencah lada hitam. Kalau suka lebih pedas, tambah lagi serbuk lada hitam. Kot nak letak cili api pun bole. Tabur sikit oregano. Dah nampak pekat, masuk makaroni, kacau rata. Bole la tutup api.
4. Panaskan 2 gelas susu dalam periuk. Jangan mendidih, suam aje. Nak tutup api pun bole. Tapi sebab aku tambah cheese, continue la masak atas api nak bagi cheese cair. Just jangan sampai mendidih. Masuk telur yang dah dipukul, garam dengan tepung. Gaul bagi rata. Siap kuah putih.
5. Dah siap kuah merah (daging & makaroni) dan kuah putih (susu), bolehla start melapis. Dalam loyang, lapis makaroni, tabur oregano, padat² kan. Lapiskan pulak kuah putih, then lapis makaroni lagi bagi habis. Lapis sekali lagi kuah putih, bagi habis. Last, tabur cheese parmesan (Kalau pakai cheddar block, make sure sagat halus sebelum tabur)
6. Bakar 30-45min, suhu 150°C (ni oven aku, ikut kesesuaian oven korang la ye. Mula dengan api bawah, last 10-15mins bole guna api atas bawah. Kalau nak guna api atas bawah dari mula, guna suhu 90°C)-saya guna oven yg takleh nk setkan api atas ke bawah, so sy bakar guna 150°C utk 30minit pertama dan 170°C utk 15minit sbb nak kasi cheese yg kat atas tu golden brown sket.

Resepi ni banyak dah dialter oleh aku. Ikut asal, makaroni tu tak dicampur dengan kuah merah. Ada 3 lapis, makaroni kosong, kuah merah dan kuah putih. Lapis makaroni dulu, then kuah merah, then makaroni lagi, last tuang habis kuah putih sebelum ditabur cheese.

Dan ikut resepi asal jugak, kuah putih takde letak cheese. Kot ada yang muak kan. Tapi tu lah yang aku suka, extra cheese gitu.
**semua ni original from azura.  TQ ye... ada kawan cakap, rasa cam murtabak.. hehehehe.. bagi saya mmg sedapppp, tak rugi cuba..:)
 

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day to all...


Khas utk semua yg bergelar ibu atau bakal bergelar ibu. ANDA MEMANG HEBAT!!!

Wednesday, May 5, 2010

Seronok balik kampung cuma..

..seronok berada di kampung cuma yg kurang besnye, kami bertiga kurang sihat. Mula2 papa damia demam, pastu damia dan diikuti dgn mama damia. Damialah kesian dengan demam + selsema sampai hari ni. Mungkin sebab cuaca kat kampung terlampau panas. Sepanjang 5 hari kami berada di sana, satu hari pun hujan tak turun. :(. Memang sgt panas, makyong pun resah gelisah susah nak tido.

Balik kali ni tak merayau2 sangat, banyak lepak kat rumah aje. Mungkin sbb cuaca panas sangat sampai takde mood nk kuar jalan2. Yang paling syok, dapat bawak damia pergi pantai. Damia happy sungguh masa tu wpun pada mulanya macam takut2 tengok ombak... Pastu yg mama damia lak syok dapat gi cuci mata kat WAKAF CHE YEH. Excitedlah jugak sbb first time pegi sane. Hehehehe.. Bes jalan2 sbb org tak ramai. Tak perlu bersesak2 nak memilih barang dan mencuci mata. Damia pun boleh jalan2 ambik angin.

Gambar2 di kampung akan di upload kemudian. Tungguuuuuuu.....
Blog Widget by LinkWithin