Tuesday, February 2, 2010

Tentang adik damia

Pejam celik pejam celik, adik damia dah 10 minggu dah minggu ni. Cepat pulak rasanya masa berlalu. Mungkin kerana dapat tau positif hari tu dah masuk 7 minggu dah. Sebenarnya pregnantkan adik damia ni saya ada masalah sikit. Kata doktor, dinding rahim saya berdarah. Dari segi ilmu kedoktoran, saya taktaulah apa penerangannya. Mungkin kejadian ni berlaku sebab saya tak berhati2 di awal pregnant. Macam2 aktiviti saya dah buat kononnya nk turunkan berat badan. Doktor bekalkan saya dengan ubat hormon iaitu DUPHASTON yang perlu diambil 2X sehari. Saya juga dinasihatkan supaya tak travel ke mana2 dan tak buat kerja2 berat. Ada hikmahnya juga kami tak dapat tiket ke mana2 utk cuti raya cina yg panjang ni. Mungkin melepak kat rumah ajelah kot.

Sehingga hari ini, alhamdulillah adik damia terus membesar dalam perut mamanya. Moga2 adik damia dapat melihat dunia bulan 8 nanti, Insyaallah.

Apakah itu DUPHASTON? Silalah ke sini utk keterangan lebih lanjut.

4 comments:

Fid said...

Alhamdulillah
semoga dipermudahkan

~Umi.Sufira~ said...

Owh...semoga semuanya selamat dan dipermudahkan...

his_story said...

wah..jge diri leklok ye..

Unknown said...

fid,
alhamdulillah...
insyaallah... thanks...

mimi,
insyaallah....
harap2nyaa...:)

selamat kun,
sankyu.. sankyu...
insyaallah...

Blog Widget by LinkWithin