Thursday, November 25, 2010

Hargailah jasa/pengorbanan selagi masih bermakna....

.... menghargai sebuah jasa/pengorbanan bila sudah tiada.....

itulah realiti kehidupan...
yang kita sendiri akan tersedar bila sudah hilang....
dan waktu itu penyesalan dan tangisan air mata darah sekalipun sudah tiada gunanya...

saya berharap penyesalan sebegini takkan wujud dalam hidup saya. mohon Tuhan jauhkanlah saya dari ego sebegini. mungkin ada yang tertanya2 apa yang saya merepek dan merapu ni?
 apa yang saya maksudkan ialah betapa perlunya penghargaan terhadap pasangan kita. encik suami saya ada training kat PD selama 3 hari. tapi baru sehari tanpa encik suami, saya terasa diri saya tidak lengkap di sana sini. terasa kelam kabut utk menghandle rumah tangga bersama 2 anak. itu pun encik suami dah tolong saya ironkan 2 pasang uniform kerja sebelum beliau pergi. tanpa encik suami, saya terpaksa mengambil alih semua kerja2nya. buang sampah ke tong sampah besar, jemur kain, angkat kain, tukar diaper anak2 di pagi hari, mengangkut barang2 anak2 & beg kerja kami ke kereta, melayan damia sementara saya susukan adik/siapkan kerja2 rumah, mandikan damia, basuh poo poo damia, gilir2 melayan amukan si adik...... ouhh... sungguh tak terhitung rasanya segala kerajinan encik suami. saya harus bersyukur dikurniakan suami yg benar2 mampu meringankan beban kerja rumah dan menjaga anak2. alhamdulillah...

untuk encik soami terchenta..
cepatlah balikkkkkkkkk.......!!!


nota tangan saya : hargailah pasangan anda biarpun anda menganggap jasanya/pengorbanannya hanyalah sekelumit cuma.........biarpun hanyalah membasuh pinggan yang dia gunakannya sendiri.......

Thursday, November 18, 2010

Menu terlampau di Aidiladha

Berhempas pulas-pening2 lalat bertanya pendapat kawan2 nak masak apa di hari raya aidiladha. Mcm2 suggestion. Macam2 komplen. Sebenarnya yg gubra sangat sbb takut jiran2 hulur2, karang taktau nak balas ape. Bukannya nak fikir nak makan apa. Hehehehe. Kawan cadangkan buat kek, tapi malas pulak nak basuh2 alatan buat kek tu. ok-itu alasan! pastu tanya2 utk tempah je kek. Mahal laaa pulak. Berkira beb! Hahahaha. Akhirnya buat keputusan nak buat soto. Mintak encik suami beli ayam 2 ekor. Cukuplah tu. Encik suami kata buat je nasi ayammmmmm. Saya dah boring lak buat nasi ayam je. Hmm....

Lepas tu borak2 ngan encik suami lagi. Saya dok fikir2 yang paling senang dan cepat utk dimasak. Pizza & spaghetti. Encik suami bersetuju bebenor pulak dgn suggestion tu.
So, di pagi raya yg bangun tak berapa nak pagi2 subuh, sy humban2 je bahan2 doh pizza. Kali ni buat lebih sikit, 2 kali ganda resepi pizza ni. Planningnya nak buat pizza scroll yang tak jadi buat ari tu. Hasilnya?
jeng... je jengggggg..........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 
 
 letak cheese banyak2.. lagi banyak lagi sedappp.. lagi gimottt... :P
 hasilnya memang sedapppppppp!!!!!!!!!

Nota tangan saya : idea pizza scroll ni adalah diambil dari dapur TTM yang ni. Memula nak tiru jugak title dia, pizza scroll menu istimewa utk suami yang... tp tak jadiklah. takut kena saman. hehehe

Wednesday, November 17, 2010

Salam aidiladha utk semua

..........salam aidiladha utk semua... mohon ampun dan maaf andai ada salah silap...
... saya rindukan........
bonda-bonda mertua-ayahanda mertua.....
kampung halaman.....
gelak ketawa bersama keluarga besar.......
oh... sangat2 rindu!!!:(

Monday, November 15, 2010

Projek BM : donut yang hampir gagal

Ni minum petang minggu lepas. Gigih nak mencuba buat donut. Tapi gagal part mendeko. Yang berjaya hanyalah donut cheese ajork.
Donut cheese n d gang, coklat terlampau cair, langsung tak melekat.. huhuhu.. shippai part mendeko.
Resepi adalah copy-paste dari sini. Copy-paste.
Donut Kak Sue (ResipiNet)
 Ingredients·          
3 cups multi-purpose flour   
2 tsp instant yeast
3 tbsp caster sugar         
3 tbsp milk powder         
3 tbsp shortening          
200 ml water 
 
Method (if using mixer)         
Combine all dry ingredients. Mix wellAdd in water. Beat to form a dough. Add in shortening. Continue to beat till a smooth dough is formed. It should have an elastic touch. Leave to proof for 15 – 30 minutes till it doubles its size. Roll dough into 1cm in thickness. 
**saya guna BM je, malas nak uli. 
ni damia punya... donut rabbit... bukan donut gigi tau...:P

 
 chef cilik.... gigih uli tepung buat donut jugak... tp donutnye kecik-kecikkk aje...
Nota tangan saya : Kebanyakan yang buat guna resepi ni, katanya gebu2 dan sedap. Saya buat tak berapa menjadik daaaa....... nti kita cuba resepi lain lak nanti..


Mac & cheese yang simple-cepat dimasak-sedap dimakan

Resepi asal drp tuty. TQ tuty!!

Bahan2 :
1 can of mushroom or chicken soup.(to me chicken soup taste better, but mushroom soup pun sedap gak sbb ada mushroom bits)
Button mushrooms-chopped/slice. Qty x kisah.
Half can of susu cair
5-6 slices of cheddar cheese.
250gm macaroni - cook and drain.
2-3 garlic. Minced.
2-3 Sausages-slice senget2
1-2 table spoon butter or olive oil.Butter taste good, it comes with fat. Hahah
1-2tbspn oil
300g daging hancur (optional : ni saya tambah*Laila*)

Note: bole pakai grated cheese jugak.

To make the sauce:
1) panaskn minyak, goreng sosej tu sampai brownish. (sekiranya menggunakan daging hancur, goreng daging hancur dahulu sehingga hampir masak, barulah masukkan sosej*Laila*)
2) masukkan butter, tumis bwg putih. Jgn lama sgt or nnt dia burn.
3) masukkan mushroom, kacau2 jap.
4) masukkn soup, a lil bit of water. Kacau2 sampai mendidih.
5) masukkan cheese, macaroni. Susu masukkan sikit2 up to consistency.. Bole masukkan butter jugak utk make it creamy.

Nota tangan saya : silakanlah mencuba...... tak rugi dan tak menyesal utk penggemar2 cheese!!

Friday, November 12, 2010

Projek BM : Pizza

Nak diet laa kononnya kan? tapi dinner dengan pizza. Cikgu diet mana ntah ajar mama DD nih. Takpe.. abaikan je.
Resepi adalah dari dapur malus domestica TTM. Hasil copy-paste.
200ml water
1 tbsp olive oil
1 tsp salt
2 1/2 cups bread flour
1 3/4 tsp yeast
Masuk dalam BM ikut urutan..setting:pizza dough. (BM saya tiada menu pizza dough, ada dough aje)

Kononnya nak buat pizza scrolls macam TTM buat ni, tp masa tidak mencukupi utk saya bermain2 dengan doh. Ini pun nsb baik sempat dicanai sblm doh tu naik menggunung sebab si kenit meraung2 meminta perhatian bondanya. Jadilah macam ni aje. Rasanya tentulah SEDAP! Hahahaha. Encik suami kata masak sendiri puji sendiri!! Saya memang 'jujur', kalau tak sedap saya mmg cakap tak sedap. :P
pandangan dr dlm oven, sila abaikan oven yg sedikit 'berkarat' itu..:P
 topping tuna+jagung+mayones, 
sila abaikan bentuk doh yg dah mcm rama2 tu, tak sempt nk betulkan sbb sikenit melalaks...
 topping sausage+ayam
pemotong pizza yg br nk rasmi... hohoho
bersedia utk di ngappp........

Nota tangan saya :
1-Selepas letak topping, panaskan oven 200C, bakar selama 10-15 min.
2-Tips dari kekanda : Kalau nk simpan doh pizza dlm freezer, canaikan dan bakar dahulu separuh msk selama 8-10 min.

Thursday, November 11, 2010

Product photoshoot : Kek Lapis Sarawak

Product photoshoot by Damia Design. Sila layan gambar2 kek lapis sarawak yg boleh membuatkan anda terliur. Rasanya pun sedap2 belaka.:)


Sekiranya berminat bolehlah email ke lailasani@gmail.com atau sms ke 019-7228520.

Blog Widget by LinkWithin