Thursday, September 30, 2010

BB dinie @ 1 month

.. betapa cepat masa berlalu.... adik damia dah sebulan dah pun umurnya....
 
 day 1
day 2
Tarikh : 25092010
Berat : 4.07 kg (naik 650 gram)
Tinggi : 56 cm (bertambah 2 cm)
Ukur kepala : 37 cm (bertambah 3 cm)
 
 ngan kakak saya...
 
 
 day 7
  • mampu angkat kepala dan pusing sana sini dah.
  • kaki kuat!! boleh berdiri beberapa saat masa mandikan dinie.
  • masih lagi suka tido! hehehe.. kakak damia ckp ckp.. TIDOOO JE!
  • 10 hari yg pertama, menangis=melalak macam kena gigit serangga. terpanik mama n papa setiap kali bb dinie melalak. tp sekrg dh slow dah, merengek2 je setiap kali nak susu atau nak mintak basuhkan yak atau nak mintak didodoikan. dah lama pulak tak dengar bb dinie menangis.
  • 30 hari yang lepas, bb dinie takde ragam utk tido. siang dan malam adalah tidooo je. sekarang dah pandai berjaga malam. dera mama.. huhuhu...
  • boleh tido 3-4 jam, maknanya mama pun boleh lena sampai 3-4 jam jugak lah skali tido.:), tp tgk mood bb dinie jugak lah...
  • sgt suka tengok muka org... especially muka kakak damia lah, sbb dok jerit2 depan muka dia. heheh
  • sgt disayangi kakak!!
  • sudah tembam daaaaaa, double chin!!
  • sangat suka tido dlm pelukan mama... :)
 
 
 1 month
 ngan papa n kakak...

lagi2 gambar ada kat sini, dipersilakan jenguk2...



Tuesday, September 28, 2010

Hari merdeka yang TERPENJARA

Aik! baru nak citer pasal hari merdeka ke? Lebih kurang gitulah, saya ni kan selalu tertinggal train. hehehe. Baru nk mengaktifkan diri mengepos entry setelah berhibernasi bersama baby baru.:)
Tapi saya bukan nak cerita tentang MERDEKA, tapi nak cerita tentang TERPENJARA.

31 OGOS yang lepas semua rakyat Malaysia sambut merdeka, tapi kami TERPENJARA di wad Hospital Kulai. Huhuhu. Bb Dinie yang baru berusia 5 hari terkena jaundice/kuning. Kronologi jaundice bb dinie (kronologi lagikk daaa...) :-
bb dinie yg rimas dgn spek mata putih..

29 OGOS 2010
Mata dan muka kelihatan kekuningan tapi kami tak pergi cek kat hospital lagi. Beli 'ubat kuning' dari kedai ubat cina utk mandikan bb dinie. Ada juga yg cadangkan bagi minum susu kambing kat baby tapi saya taknak ambik risiko. Saya hanya dengar dan angguk2kan sahaja bila ada yg cakap.
syokkk tido....
bogel2.... tinggal diaper, sarung tangan n stokin je. bila malam, kesejukan sampai takleh tido. saya ngelat sikit sbb kesian bb tak keruan dan menangis, letak lampin kat badan bb. nurse pun tak ckp apa....

30 OGOS 2010
Kekuningannya dah kelihatan di badan. Apa yg saya ingt daripada penerangan nurse yg datang rumah masa bb damia dulu, jaundice ni bermula dari mata, muka dan turun ke badan. Jadi, saya kira jaundice bb dinie ni dah makin seriuslah. Petangnya kami bawa bb dinie ke hospital kulai. Alhamdulillah, kami tak perlu tunggu lama di hospital sbb ada kaunter khas utk cek bb yang kena jaundice. Saya bagi 5 bintang utk mereka!! Keputusannya adalah 14 mg/dL. Mengikut kata nurse yg bertugas, level 14 mg/dL adalah TINGGI bila dibandingkan dengan bilangan hari kelahirannya. Jadi, kami disuruh pergi cek lagi pada keesokan harinya walaupun hari cuti merdeka. Lagi sekali saya TABIK spring kepada mereka! Hari cuti pun bekerja!! Syabas org kerajaan!

31 OGOS 2010-pagi
Seawal 8 pagi kami ke hospital. Keputusannya adalah 16 mg/dL. Adussss!! Makin meningkat! Kena pegi ke bahagian EMERGENCY! Dalam hati saya, MESTI KENA MASUK WAD NIH. Sesampai je kami kat bahagian emergency, YA ALLAH! manusia punyalah ramai. Sampai pukul berapa nak kena tunggu ni. Tunggu punya tunggu, sampailah giliran kami. Kali ni pun kami bernasib baik kerana nombor giliran adalah mengikut kategori. Alhamdulillah. Memang betul sangkaan saya, kami kena warded. Tak kisahlah kan, yang penting level kuning bb dinie turun dengan cepat.


31 OGOS 2010-tengah hari
Bermulalah episod saya yang dalam pantang di wad bersama bb dinie yg dijemur di bawah sinaran mentari, ops!! di bawah cahaya biru aka rawatan foto. Sob! sob! sob! Orang dalam pantang kan sensitif lebih, hormon tak stabil. Sedih tau! Huhuhu... Kisah di wad akan diceritakan dalam entry yg lain nanti insyaallah.

31 OGOS 2010-petang
Keputusan ujian darah 10.9 mg/dL.

01 SEPTEMBER 2010-pagi
Keputusan ujian darah 12.0 mg/dL.

01 SEPTEMBER 2010-tengah hari
Kami dibenarkan keluar dr penjara. Alhamdulillah.....

**penerangan lebih lanjut tentang jaundice/kuning ni, bolehlah refer ke sini atau ke sini.
kaki kecit...

Nota tangan saya : 
Sedih hati bila melihat kaki dan tangan kecil itu dipicit2 utk diambil darahnya. Lebih sedih bila melihat baby menangis bagaikan kena dera. :(
 

Monday, September 27, 2010

Raya 2010 ; dah basi ke?

 adik n kakak di pagi raya... adik syok tidooo je..

Masih syawal lagi kan? kira belum basi lagilah kot. Lagipun kami menetap di Johor, org Johor raya sebulan.:)


 kakak kata, adik TIDOOOO JE!

  gambar yg ntah TAKE ke berapa.. hahahha... kakak damia siap kena pegang mukanya dgn papa DD sbb tak dok diam walau sesaat... :)

Disebabkan kami beraya di perantauan, makanya makanan2  air tangan bonda/keluarga di pagi raya yg best dan syok adalah TIADA! Huhuhu.. Hanya mengharap belas ihsan jiran dan kawan2 yg menghantar makanan istimewa org Johor iaitu lontong, sambal kacang dan konco2nya. (Ceh!, bukanlaaa kebuluran pun kan... bersyukurrr masih ada makanan yg bertimbun2) TQ! Dan saya masak nasi tomato yg terlembiks pulak. Huhuhu.. Sibbaik masak sikit je.
 ns tomato n askar2nya, ketupat nasi n rendang adalah hasil tangkapan di bazar ramadhan.. :)

Nak dijadikan cerita gambar raya pun adalah sdkt menyedihkan bagi pihak photographer aka papa DD sbb flash kameranya rosak. Bagi mama DD dah ok dah, yang penting gambar tak blur n tak hitam legam. Hehehe...
OK, layan gambar ajelah.... takde cerita menarik di hari raya....:(
 mana kasut saya niii............
 .. ni dia kasut raya damia...
 .. cantikk.. cantikkk..........
bolehlah saya melaram kan mama....
KAMI.......

Friday, September 24, 2010

Tandem nursing yang menemui jalan buntu/GAGAL!

Hasrat hati saya utk 'tandem nursing' setelah adik damia keluar nampaknya menemui jalan buntu kerana si kakak sekarang ni sangat obses tentang KEPUNYAAN.

Sebelum adik lahir,
MAMA : Nanti share ngan adik ye paipai (menyusu).
DAMIA : Tak boleh/tak nak. Ia nye (Damia punye)
MAMA : (masih cuba memujuk) Share ye, sebelah damia punya, sebelah adik punya.
DAMIA : ok....
Sejak dari perbualan ni berlangsung, damia sentiasa cakap yg sebelah paipai utk dia dan sebelah paipai utk adik. Tapi,

Setelah adik lahir,
MAMA : Kakak nk paipai?
DAMIA : Taknak, adik nye (adik punye)!!!!

Lerrrrr....... pulak dah. Banyak kali jugak saya offer, tapi jawapannya tetap sama. ADIK PUNYA!
Maka, hasrat hati utk tandem nursing sambil2 peluk 2 anak beserta senjata utk tambahkan production susu adalah GAGAL! Walaupun begitu damia tetap masih dapat merasai susu mama, damia minum ebm tanpa komplen!! Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit kali ni, papa DD bagi suggestion utk bg ebm kat damia semasa di rumah (Pandai papa ye, dapat save budget.. heheheh). Apa2 pun khasiat susu ibu adalah lebih dr segalanya. Alhamdulillahh....


Nota tangan saya : 
Sebelum ni saya cuba2 tukar susu formula damia dari isomil kepada bermacam2 jenis dicuba tapi selalu damia reject atau tak sesuai dgn damia (timbul ruam). Tapi kali pertama bagi ebm, damia minum tanpa banyak soal. Mungkin masih lagi ingat rasa susu ibu yg pernah dia minum sebelum2 ni. Alhamdulillah..

Kalau anda seorang yang pelupa....

.......... tutuplah api dapur sebelum anda tinggalkan ruang dapur anda....
... pasang TIMER/ALARM utk ingatkan anda....

Tarikh kejadian : 21092010
Tempat : rumah saya....
akar herbanika NR yang telah hangit....... hangus jugak $$... huhu...

Sangat2 bahaya dan boleh mengakibatkan kebakaran. Biasanya saya akan 'on'kan timer kalau saya merebus sesuatu. Tak kiralah ia mengambil masa yg lama atau pun sesekejap 10 minit. Tapi di hari kejadian, saya kononnya INGATTT NI NAK TUTUP NANTI.... bila dah ke ruang depan ngadap pc, lepas tu susukan baby dll. Tetiba terbau HANGIT dr dapur saya. Barulah saya teringat yang saya tengah panaskan AKAR HERBANIKA NR. Dah terlupa yang saya tengah pantang, terus berlari ke dapur. BERASAPPP!!!!!!!! Terus saya tutup api dan buka tingkap. Memang sangat2 bahaya, bahaya utk diri sdiri, anak, jiran, harta benda dll. Alhamdulillah tiada apa2 kejadian yg tidak diingini berlaku. Takut juga saya kalau2 gas meletup ke sbb ruang dh terlalu panas...... Nauzubillah....


Nota tangan saya : Peringatan ni khas utk saya dan kawan2 yg seperti saya. Juga peringatan utk sesiapa saja. Jangan gadaikan nyawa org lain kerana kecuaian anda.

Thursday, September 23, 2010

Mitos ciptaan saya tentang menyusukan anak ke-2

Saya memang silap. Mitos yg saya cipta adalah tidak benar sama sekali (dah namanya MITOS, mmglah TIDAK BENAR!). Saya fikir menyusukan anak ke-2 adalah lebih mudah dan tidak bermasalah seperti yg saya lalui masa menyusukan anak sulung 2 tahun yg lepas. Dlm fikiran saya, kononnya.....
  1. Susu cepat dihasilkan! Kalau dulu hari ke-5 baru ada susu...
  2. Tiada lagi bengkak susu! Dulu, hari ke-3 paipai (B) saya bengkak takboleh disentuh dan tak mampu nk menyusukan bb. Sakit banget!!!
  3. Tiada lagi cracked nipple! Sebulan lamanya menderita kerana tidak menggunakan apa2 cream utk sembuhkan. Natijahnya, sebelah paipai kurang efisyen!
Tapi.............
rupa-rupanya selepas melahirkan anak ke-2 baru2 ni, saya menghadapi perkara yang sama seperti proses saya menyusukan cik damia. Cuma kali ini, minda saya lebih bersedia, lebih berhati2 mengikut teori dan praktikal, alhamdulillah proses menyusukan bb dinie lebih lancar dan segala masalah dapat di atasi dengan cepat. Syukur YA ALLAH...

Utk masalah no 1 dan 2,
Saya rasa sepatutnya kena urut cepat2 sikit. Kali ni tukang urut saya tak available ms hari ke-3 selepas saya balik dr hospital. Hari ke-4 baru start urut. Satu lagi, carilah tukang urut yang benar2 'pandai urut susu'. Ini penting lebih2 lagi utk ibu2 baru. Kalau nak buat sendiri, tuam 'B' dgn tuala yg dicelup dengan air panas (AIR PANAS, bukan air suam ye). Urut/tuam sehingga ketulan2 hilang dan bila B dipicit, susu keluar.

Utk masalah no 3, saya gunakan cream. Memang yang paling selamat dan paling natural adalah menggunakan susu ibu itu sendiri, tp sekiranya 'luka parah', susu ibu adalah kurang membantu utk menyembuhkan luka nipple anda. Saya gunakan cream seperti dalam gambar di bawah.

cream yg WAJIB ada utk saya. mula2 guna yg cocoa butter tu, tp kesannya lambat sikit. cuba medela, mmg cepat dan sangat2 membantu. alhamdulillah kali ni sy dapat selesaikan masalah nipple yg crack tu dlm masa seminggu je.

Nota tangan saya : Masalah penyusuan harus diselesaikan secepat mungkin walaupun anda menganggap masalah itu teramatlah kecil.

Tuesday, September 21, 2010

GAS aka 'Laughing GAS' ialah.... ->khas utk puan yatie chomeyl

Jawapan utk soklan puan yatie chomeyl. GAS yang dimaksudkan dalam entry kelahiran bb dinie ialah...

Nitrous Oxide is inhaled through a mask during labor. It provides short term pain relief. It does not take the pain of contractions away completely, but tends to numb them. You hold the mask yourself over your face at the onset of each contraction and you breathe in very deeply. Women report that the gas helps them to feel a sense of well-being and to be better able to cope with the contractions. It only takes about 30 seconds to feel the effects from the gas, and it wears off as soon as you take the mask off. For the best effect, the woman needs to start breathing it in as soon as the contraction starts. This will ensure that the maximum effect of the gas is felt at the peak of the contraction.

Bolehlah terjah ke sini dan ke sini utk mengetahui dengan lebih lanjut.

Nota tangan saya : Saya suka laughing gas ni.:)

Pernikahan DINI! opsss... silap tajuk, PELAHIRAN DINIE yang agak mencemaskan....

Sebelum kronologi kelahiran puteri kedua saya, bb dinie agak pudar dari ingatan (hilang dr ingatan tu tak mungkin laaa kan..) ingin saya abadikan kenangan itu dalam 'diary' saya ni.:)

24 OGOS 2010
EDD saya! Langsung tiada apa2 tanda. Hati adalah berdebar2 menanti tanda2 kelahiran. Masa ni masih lagi gagah utk berjalan2 ke Giant.

25 OGOS 2010
Akhirnya ada tanda2 bb dinie nak keluar. Keluar tanda2 kecoklatan, perut memulas2 dan selalu nk buang air serta contraction setiap jam tetapi tidak konsisten spt yg saya coretkan dlm entry ini. Oleh kerana contraction yg tidak konsisten dan tak berterusan hingga ke malamnya, sy mengambil keputusan utk berhibernasi dulu di rumah. Dan tidak putus2 berdoa agar tidak bersalin pd mlm tersebut sbb memikirkan damia dan bbsitter. Alhamdulillah mlmnya hanya sekali sahaja contraction.

26 OGOS 2010
Pagi2 lagi encik suami bertanya, nak ke hospital ke? Saya cakap, takpelah dulu. Kalau sakit nanti saya call abang kat ofis. Hehehe... Masih bertahan tu! Lagipun mmg takde contraction pun mlmnya. Walaupun dalam hati berbelah bagi jugak nak terus ke hospital atau tidak. Takpelah, percaya pada kata hati sdiri. Dari pagi ke tengah hari, hanya 2X contraction. Selepas beraktiviti Alif-Ba-Ta dengan cik damia, kami sama2 tertidur kepenatan (Saya penat puasa, damia penat belajar.. hehe). Pukul 1.30 petang saya terjaga dan masih melayan mata...... dan...........
CONTRACTION pun bermula....
  • 1330
  • 1345
  • 1400
Erkkss... 15 minit sekali!! Peluh jantan betina dah mula keluar kat dahi! Contraction kali ni lain macam sikit, sakittttttttt!!! Terus call encik suami bagitau. Encik suami kata, "OK, SAYA BALIK!!" Dalam pada tu saya sempat lagi cakap kat encik suami, ke nk tunggu lagi setgh jam? Hehehe... Tapi encik suami kata, "SAYA BALIK SEKARANG!!"
CONTRACTION LAGIK!
  • 1400
  • 1410
  • 1425
Allamak! makin kerap ni, contraction 10-15 minit sekali dan sangat2 sakit!! Terasa macam dah hampir nak bersalin. Huhuhu. Dalam pada tu saya masih sempat lagi fikir nak mandi, nak sembahyang zohor, nak mandikan anak dara, nak bagi anak dara mkn tengah hari. Paling penting kena bagi anak dara makan dulu sbb nak pegi rumah bbsitter tiba2 ni tak sure ada makanan atau tidak kan. Sambil saya sembahyang zohor, saya bagi anak dara makan sendiri je sbb rasa dh tak sempat dah nak bg anak dara mkn sambil2 melayan dia. Nasibbaik jugak anak dara tak merengek2 dan mengada2 wpun baru bangun tidur.

Lebih kurang 1430 @ 2.30 petang
Encik suami sampai rumah. Bergegas nak ke hospital! Kelam kabut!!! Encik suami makin kelam kabut bila tengok saya yg mengalami kesakitan yg amat sangat setiap kali contraction. Tak boleh berjalan! Tak boleh bercakap!!!! Memang masih terasa2 lagi kesakitan tu sehingga saat ini. HUH!! Sangat2 sakit! Masa masuk kereta saya sempat lagi berkata pada suami. "HATI2 BANG, SAYA RELA BERANAK DALAM KERETA DARIPADA SAYA MATI ACCIDENT.........." huhuhu... tetiba teringat kejadian ibu hamil yang accident masa dalam perjalanan ke hospital baru2 ni. Takut weiii.....!!

1445 @ 2.45 petang
Bertolak ke rumah bbsitter dan terus menuju ke hospital. Dalam perjalanan tu baru call bbsitter, diorang satu keluarga bersiap2 utk keluar membeli-belah raya. Alhamdulillahh, diorg belum keluar lagi. Kalau tak, mmg tak tahu nak letak damia kat mana. Mungkin juga terpaksa masuk labour room bersama2 dengan papa... Hahaha...

1500 @ 3.00 petang
Pekan Senai, estimate utk sampai ke hospital adalah setgh jam. Contraction masa ni adalah 4 minit sekali. Saya teramat risau kalau2 air ketuban pecah! Risau kalau2 terbersalin dalam kereta! Time tu saya dan suami hanya mampu berdoa moga sempat sampai ke hospital sambil bercakap2 dengan baby supaya 'tunggu sekejappppp' je lagi. Sakitnya mmg ALLAH aje yang tahu! Rasa tak tertahan, tapi kena tahan ajelah kan?! Nak buat cemana lagi. Masih dalam kereta pulak tu. Keadaan jalan time ni adalah lengang, alhamdulillah. Bukan waktu jem. Syukur...
Sempat telefon bonda dan ibu mertua utk mohon restu dan doa mereka. Dan sempat juga sms kawan2 terdekat yang saya sudah on d way ke hospital.

Hampir 1530 @ 3.30 petang
Sampai di hospital. Saya dah tak boleh berjalan! Contraction dah kerap sangat! Naik wheel chair ke labour room. Saya dah tak fikir perkara2 lain dah, yang penting baby saya ni nak keluar! Ngeeeee.... Sampai ke labour room, midwife yang bertugas terus cek bukaan. Beliau berkata "FULLY DILATED!" Dalam hati saya, aih! biar benar!! Bila saya dengar2 beliau borak2 dengan sorang lagi midwife, bukaan masa tu adalah 6.5 cm. Terus beliau mengarahkan kawannya prepare segala peralatan utk sambut baby sementara beliau sendiri menelefon doktor. Suami saya pula diarahkan utk pergi register. Saya?? Menahan kesakitan yg tak tertahan!! Saya perlukan GAS!
"Dik, boleh bagi gas tak? Dah sakit sangat2 ni..."
"Kejap eh kak...." Sbb adik tu tgh sibuk prepare peralatan nk bersalin... Dalam hati saya, tolongggglah dik, sy dah sakit sangat2 ni.. Sabar ajelah...
Ok, dapat GAS! Tingtong sekejap dapat sedut gas. Saya taktahu fikiran saya melayang entah ke mana. Pening! Terasa sayup2 je percakapan2 midwives yang bertugas. Beberapa minit kemudian, TUPSSS!! Terasa seperti terkencing tapi banyak pulak air yg keluar. Yupsss, air ketuban pecah!
"Kak, saya rasa air ketuban pecah"
"OK.. OK..." Midwife cek bukaan, saya tak sure masa ni berapa cm tp midwife tu dok pesan2 kat saya
"JANGAN TERAN DIK" Dalam hati saya, cemana aku taknak teran ni, baby dah betul2 nak keluar.
"SEDUT GAS DIK" Yup, saya cuba utk fokus pada GAS! Bukan fokus pada contraction dan nak meneran. Mana laaa midwife tu taknak bagi saya teran, doktor pun belum sampai ke labour room, suami saya masih kat tempat registration. Dalam hati saya, 'mana suami saya ni??'
"Kak, tolong telefon suami saya kak" saya merayu.... Mana taknya, saya rasa baby dah betul2 nak keluar tapi encik suami tiada di sisi pulak.

Beberapa minit selepas tu, dengan pandangan yang berbalam2 saya nampak doktor dan doktor cuba berkomunikasi dengan saya.
"BB dah nak keluar dah laila"
"Ye doktor, sakit doktor" Itu aje yang mampu saya jawab.
Dan selepas itu barulah suami saya selamat sampai ke labour room. Si dia masih lagi gementar dan menggigil kerana ke sana ke mari sehinggakan terlupa dan tak sempat nk snap gambar banyak2 kat labour room. Yups, photographer hebat saya tu pun boleh terkedu bila tengok baby dah betul2 hampir nak keluar. Sedar tak sedar, saya diminta lepaskan gas dan push beberapa kali.

Tepat jam 1557 @ 3.57 petang
Baby dinie selamat dilahirkan. Alhamdulillahhhhh, syukur padaMU YA ALLAH.
 sejurus selepas dilahirkan..... mama lega dan bersyukurrrr bb dinie dilahirkan dengan selamat, alhamdulillah...
wajah seorg kakak....
 ... kesiann si kakak tidur kat lantai, papa DD tidur atas sofa je temankan mama dan adik dinie.... 

 .. terima kasih juga kepada kak awanis dan farah.... midwife yg bertugas semasa saya bersalin...

Nota tangan saya : 
**Alhamdulillah, segalanya telah dipermudahkan oleh ALLAH. Berkat bulan Ramadhan yang mulia, berkat restu suami, berkat doa ibu bapa, berkat doa family dan kawan2, dengan izinNYA pengalaman bersalin kali ni adalah begitu lancar walaupun agak kelam kabut.
**terima kasih yang tidak terhingga utk super hero kami aka encik suami yg sentiasa di sisi.... luv u so much!!! 


Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Salam aidilfitri buat kawan2 di alam maya dan di alam nyata. 
Mohon ribuan ampun dan maaf andainya ada salah silap....
Untuk yg balik kampung, hati2 di jalan raya-moga selamat sampai ke destinasi... Insyaallah...

Dari kami sekeluarga
Mama-DD, Papa-DD
Damia
Dinie


Tuesday, September 7, 2010

Beraya di perantauan!

**kalau perantauan tu 'seberang laut' oklah jugak kan, tp kami ni beraya di JOHOR 4 beranak je! sob... sob.. sob... dgr khabar jiran sebelah rumah tak balik kampung, dapatlah temankan kami beraya di sini**

  • mood raya adalah ke laut... ( hari ni baru terasa syahdu nk beraya, bila dengar adik beradik ipar duai dh balik ke kampung....)
  • bj raya anak2 je prepare betul2, bj bondanya pun beli tangkap muat je sbb takde baju yg proper yg 'muat2' utk ambik gambar raya tahun ni.
  • biskut raya tak buat langsung, beli pun satu jenis ja!
  • kerepek2 adalah banyak! hehehehe... so sape2 yg mai rumah kami jgn segan silu makan kerepek ajelah ye. hehehe...
  • rumah kami adalah TERBUKA sepanjang masa, tak kira ramadhan atau syawal... (majlis rumah terbuka adalah TIADA ye tahun ni)
  • ............ tgh blur2 lagik nak masak apa raya ni... huhuhu
Nota tangan saya : bukan tak pernah beraya di perantauan semasa bujang trang tang tang dulu, masa tu okay je. mungkin sbb dulu mmg 'betul2 jauh', nk balik pun takde cuti dan takde kos. sekarang ni terasa syahdu pulak tak dapat beraya di kampung. sbb DEKAT tp takleh balik... huhuhu.. (DEKAT2 pun 13 jam jugak naik kereta! berasap muntut!)

Sunday, September 5, 2010

Alhamdulillah... sudah selamat semuanya.. SYUKURRRR!!

**blog sunyi sepi tanpa entry dh hampir 2 minggu dah.:(
saya adalah sangat bz dengan si kecit dan diri sdiri yg masih belum gagah sepenuhnya...:(
sekrg ni baru rasa ok sket nak mengonlinekan diri lelama dan nk melawat2 blog rakan2...**

Alhamdulillah, dgn izin ALLAH dan iringan doa dari kawan2, saya selamat melahirkan puteri yg ke2 secara normal
  • pada 26.08.2010 (2 days overdue), pukul 3.57 petang.
  • berat 3420 gram (70 gram lebih berat dari kakak damia) 
SYUKUR kepada ALLAH kerana memberi peluang utk saya menikmati saat2 mengandung kali ke2, saat2 kelahiran, saat2 menyambut org baru.... alhamdulillah....
Terima kasih juga kepada kawan2 yg mendoakan kami... alhamdulillah...

Dipersembahkan.... NUR DINIE HAZIQA binti HUSAINI....
 ... adik damia selepas bbrp jam melihat dunia...
.. hari ke 2...

Nota tangan saya : Detik2 bersalin kali ni adalah amat mencemaskan... huhuhu... Insyaallah bila ada kelapangan saya akan abadikan kenangan itu di sini..

Blog Widget by LinkWithin