Kepada adik2 dan kawan2 yg bakal menjadi ibu dan juga ibu2 di luar sana, yg baik jadikanlah tauladan dan yg buruk itu jadikan sempadan kay. Apa2 pun ini adalah pendapat saya ttg bfeeding melalui pengalaman yg hanya baru setahun jagung.
Alhamdulillah syukur kerana sy diberikan nikmat menyusukan damia.
Sejak damia masih dalam kandungan lagi saya menanamkan hasrat untuk menyusukan damia dengan susu ibu sepenuhnya. Saya kumpulkan pelbagai artikel daripada internet dan mengunjungi blog-blog serta ‘homepage’ yang menceritakan tentang susu ibu.
Semasa melahirkan damia, saya berpesan kepada suami supaya memberitahu jururawat yang bertugas supaya tidak diberikan susu formula. Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan damia walaupun hanya dengan beberapa titis susu (kolostrum laaa tu kan). Tetapi oleh kerana kekurangan ilmu dan ketegasan saya tentang susu ibu adalah kurang, akhirnya damia diberikan susu botol oleh nurse. Pada waktu itu hancur luluh hati saya kerana impian saya untuk menyusukan damia dengan susu ibu sepenuhnya bermula dengan KEGAGALAN.
Pada minggu pertama hingga ke empat, damia minum susu ibu dan susu formula. Ini adalah kerana KEGAGALAN saya meyakinkan orang-orang di sekeliling saya yang susu ibu sahaja sudah cukup untuk damia. Walaupun saya tahu dengan mencampurkan susu ibu dan susu formula akan menyebabkan susu saya berkurangan, tapi saya merasakan saya tidak berdaya untuk mengatasinya. Pada masa yang sama saya juga mengalami kecederaan yang teruk di bahagian ‘nipple’ kerana mungkin ‘latching’ yang tidak betul walaupun beberapa kali dikatakan betul oleh jururawat bertugas yang datang melawat.
Masalah yang paling besar yang saya hadapi adalah kekurangan susu yg disebabkan oleh :-
- Campur susu formula (bermakna kuranglah direct feeding)
- Pemakanan yg tidak dijaga.
- Stress
Bermula dari minggu ke-5,
- saya sentiasa ‘monitor’ pengambilan susu formula dan susu ibu.
- saya pastikan mengepam setiap 2-3 jam sekali.
- saya sentiasa mengambil makanan atau minuman yang boleh merangsang pengeluaran susu ibu.
- saya sentiasa berfikiran positif yang saya BOLEH menyusukan damia dengan susu ibu sepenuhnya.
- tiada perkataan SUDAH TERLAMBAT dalam minda saya. Yang ada hanyalah KALAU ORANG LAIN BOLEH, KENAPA SAYA TAK BOLEH?
- bertanya kawan2 saya yang mmg pro breastfeeding. Diorg mmg sangat membantu.
- menghubungi rakan-rakan blog yang memang PRO susu ibu. Yang saya paling ingat ialah Cik Fid. Saya dengan malu-malu kucing telah menghubungi beliau untuk mendapatkan khidmat nasihat. Memang pada mulanya terasa serba salah kerana Cik Fid ‘macam tegas’ gitu orang. Tetapi apa yang dinasihatkan oleh beliau mmg membuahkan hasil. TQVM to Cik Fid. Saya sangat2 terhutang budi dengan anda.
- menghubungi kumpulan sokongan susu ibu di kawasan saya.
- mencari bahan-bahan bacaan serta video tentang susu ibu dari internet.
saya monitor setiap kali feeding damia. nampak tak byk sangat damia minum FM time ni? sehari 12 oz.
6/8/2008-FM 0 oz. ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah, rintihan hati saya didengar Tuhan dan usaha saya membuahkan hasil. Pada minggu ke-8, buat pertama kalinya saya berjaya membekalkan ebm kepada (bukan menyusukan secara terus) damia sepenuhnya. Betapa lega dan puasnya hati saya tatkala melihat damia dapat disusukan dengan susu ibu sepenuhnya. Biarpun waktu itu saya masih menghadapi masalah ‘direct feeding’ yang mana damia akan mengamuk setiap kali sesi penyusuan. Damia lebih suka disusukan melalui botol kerana saya terlalu cepat diperkenalkan dengan botol susu. Tetapi istilah PUTUS ASA tidak pernah ada dalam minda saya. Akhirnya saya berjaya ‘direct feeding’ damia pada minggu ke-12 tanpa sebarang amukan. Alhamdulillah.
**bersambung... part II
No comments:
Post a Comment