Dua minggu lepas keluarga encik suami datang jalan2 Johor spt yg saya ceriterakan dalam entry ini. Diorang dah rancang awal2 lagi utk pergi jalan2 Spore. Kalau tanya kami macamana nak pergi dgn kereta, mmg kami tak tahu langsunglah. Nasib baik abg ipar ada GPS. So, selamatlah perjalanan kami ke sana. Dekat je rupa2nya kalau ikut hi-way Second Link tu. Cuma tol mahallah sikit.
Pagi2 morning (awal giler lah maksudnya ni) lagi kami dah bertolak ke sana. Anak2 kecil pun dikerahkan bangun awal. Damia pulak, menggeletar mandi pukul 7. Tapi tak nangis laaa, maintain jerk. Pukul830 macam tu kami bertolak ke sana dan sampai dalam masa 40-45 minit je. Kat sana, orang ramailah jugak sbb tengah cuti sekolah ni kan. Tapi still ok lagi. Bayaran masuk saya tak ingat sbb ketua rombongan/abg ipar yg bayarkan. hehehe. Tau2 dah dapat tiket utk masuk+tiket utk naik tram lagik.
Ni baru 3/4 drp yg mengikuti rombongan jalan2 zoo.
Keseluruhan zoo,
- sangat menarik
- byk binatang
- luassssss (penat jugak berjalan, tu pun naik tram satu stesyen)
- bersih (bau n*j*s haiwan tu ada laaa, nama pun zoo kan)
semuanyaa.. NANAK.. NANAK....
takut sungguh2 damia... (mama senyummm aje)
dapat main2 air, happy lah sekejap cik damia...
Gambar semasa di sana , silalah melawat picasa saya ye. Banyak sangat nk letak kat sini.
ni antara yg menarik perhatian...damia start2 takut sbb tengok polar bear tu lah.
besarrrrrrrrr...!!
Nota tangan saya :
*Lama sungguh menanti gambar dicuci dan dibasuh oleh encik suami. Ni baru je siap.
**Berbaloi2 pergi Spore Zoo ni. Memang tak rugi langsung.
3 comments:
Tengok gambar pon tau...macam best je kat sana tuh...aiseh! Bila pulak kami sampai seru nak ke sana...hehehe...
mahal tak kak??
iAllah tahun depan nak p singapore...
agak2 bape kena saving???
mimi,
memang best! buleh tahan penatlah jugak berjalan. kalau tak naik tram lagi syok kot sbb buleh tgk semua2 tu jarak dekat.
fid,
akak tak sure laaa sbb org lain yg bayar.. cuba google spore zoo... kalo tak silap lam SD25 gak kot.
Kalau nk best2 bershopping bagai kat zoo tu,rm500 lah kot.
Post a Comment