Thursday, December 24, 2009

Malam yang penuh rasa bersalah

Malam semlm selepas mengemas dan menyediakan apa yg patut utk keesokan harinya, sy terkelepet keletihan dan terlelap seketika di ruang tamu. Baru je mata saya dah betul2 lelap, terdengar2 di hujung telinga damia merengek2. Malas betul saya nak membuka mata. Mmg mengantuk sungguh2. Mungkin kerana time PMS sudah hampir (alasan di situ). Oleh kerana sebelum saya terkelepet sy sudah menukar baju dan diaper damia, terpanas juga hati saya bila dengar damia merengek2 tak sudah. Saya cuba juga bukak mata dan bertanya damia kenapa. (Ouhh... anak saya baru 18 bulan, ada ke patut sy bertanya kenapa?) Bila saya cuba nak dukung damia, dia taknak. Merengek lagi dan lagi.. dan lagi. Saya mulalah rasa sedikit panas hati. (Memang tak patut panas hati kat anak 18 bulan ye, mungkin kerana simptom PMS... ouh.. alasan PMS lagik!) Dan saya mulalah keluarkan suara ala2 marah. Terus damia menangis dan menangis sambil berkata, YAK.. YAK....
Baru saya faham, damia nak minta basuhkan bontot rupanya. Damia menangis dan menangis lagi, mungkin terasa hati dan merajuk kerana saya tidak melayannya walaupun saya dan memujuk dan mendukungnya ke bilik air. Selepas selesai sesi basuh membasuh pun damia masih lagi terus menangis kesayuan. Menyesal saya tidak melayannya. Dahlah siang hari saya tak mampu menjaganya, malam pula saya terlebih dahulu terlelap sblm dia tidur (walaupun jarang2 sekali je). Maafkan mama damia...

Khas buat Damia,
Mama mintak maaf banyak2 kat damia....
Mama tahu mama bersalah.
Mama tak mendengar rengekan damia yg mahu dibelai dan dimanja...
Mama sepatutnya melayan damia setiap saat damia bersama dengan mama.
Mama janji mama akan hargai setiap detik kita bersama...

Sayang sokmo,
Mama damia.


**Nota tangan saya : kadang kita terleka dan terlalai yg anak adalah anugerah terindah yg kita sepatutnya jaga segala kebajikan dan karenahnya..

7 comments:

Nadiene said...

bagus yerk kak laila nie...
sayang anak...

Unknown said...

fid,
semua ibu sayangkan anak fidd...
cuma kadang2 kita tercuai... lupa anak tu amanah Tuhan yg sungguh tak ternilai dgn ape2 sekali pun...

Nadiene said...

ye kak..

ade orang sanggup pukul atau marah sebab anak kecil nak susu tengah malam, tapi akak cool jew,, harap teruskan k...

untung hubby yer...

eim said...

ya,anak anugerah terindah utk kita...cuma kadang2 kita tercuai mungkin juga kerna terlalu penat..tapi jauh disudut hati rasa kasih dan sayang tu hanya kita yg tahukan...

Unknown said...

fid,
kalau pukul sbb anak bangun nk susu tgh malam tu, tu parents yg takmo anak kot.

iem,
aah.. itu lah kan.. kadang terrrrrtak terfikir dgn rasional.

Nurul Izza said...

sedihla baca entry ni. terkadang memang anak melepasi tahap kesabaran kt. masa Iman umu r2 minggu kot, dia menangis tak henti2 satu malam tu. memang menguji kesabaran. kuat mennagis, dh tu hubby terpaksa berjaga malam, xleh tido..esok dia ada kelas jam 8. sian sgt.last2 dia menengking Iman. dalm pg itu saya yg sabar sikit ambil die dr ayahnya.

kdg tu sy juga termarah dia.. tap anak kecil..paham ke apa kt marah? sedih sgt bila ingt satu malam tu. sy rs.. ptg tu ayh dia balik jam 7, terus dukung dia.kan xleh kalau org luar masuk tgk baby. mana tau bw balik apa2.

jam 4 baru dia dia,m. menangis sungguh2 umi ni..huhu sy berada dlm pantang, suami kelas, tak ada siapa jaga kami. Iman nangis2, man tak tension. sedih sungguh.

sedih

1- marah anak
2- menyesal sgt
3- dlm pntg, sakit jahit xsembuh lg.jahit sy banyak..

4- penat kot, xcukup tido..

huhuhu..mg2 sy ni kuatkan sabar..kt sbgi ibu kan, xleh nk suka hati mrh..sian dia..

Unknown said...

izza,
jadikan pengalaman tu sbg pengajaran utk muhasabah diri ye... sy faham apa yg telah izza lalui tu. mmg ada jugak time2 kurang sabar kan... kena cepat istighfar dan baca2 selawat utk elakkan kita terus marah serta boleh tenangkan baby.
moga2 kita terus sabar utk jadi parents... Insyaallah..

Blog Widget by LinkWithin