Saturday, October 30, 2010

Hari pertama bekerja, saya kerinduan.....

.. hari ni hari pertama bekerja setelah bercuti 'sakan'.....:)
saya rindu utk menatap wajah anak2 tercinta...
.. saya rindu utk membalas renungan mata baby dinie..
.. saya rindukan senyuman antara sedar tak sedar baby dinie...
.. saya rindukan omelan dan celoteh damia...
.... saya rindu utk memenuhi segala permintaan damia...
.... saya rindu mendengar rengekan manja damia....
... saya rindu mendengar tangisan baby dinie....
... saya rindu utk menguruskan mereka berdua...
.......... saya benar2 rindukan masa utk bersama mereka berdua...
kerana saya tahu........
cuti sabtu ahad yang akan datang takkan sama dengan 'cuti sakan' saya yg telah berlalu itu......:(

nota tangan saya : biarpun banyak juga plan saya yg tak terlaksana sepanjang cuti bersalin yg lepas, tapi saya berpuas hati dan bersyukur kerana dapat menghabiskan masa bersama anak2. alhamdulillah...... DIA memberi peluang utk saya mengecapi nikmat yg teramat besar ini...

Wednesday, October 27, 2010

Damia : 28++ bulan

 saya dah beso dah...

Damia dah 2 tahun 4 bulan lebih dah....
sentiasa mharapkan damia kekal sbg baby..
....tp mama juga gembira melihat perkembangan damia yang dah pandai macam2.....


Berat : 10.5 kg..... setelah sekian lama 9 kg, akhirnya naik juga 1.5 kg...

Damia sekarang.......
1-Apa saja yang damia nak lakukan sendiri, damia akan cakap.. MIA.. MIA... MIA....
2-Sangat obses dengan HAK/KEPUNYAAN. PAPA nye... IA nye... MAMA nye... ADIK nye (** punya) So, orang lain takleh sentuh/ambik/guna barang orang lain. Ini jugalah yang menyebabkan tandem nursing tak berjaya sbb damia kata susuibu tu adik punye.
3-Dah jadi kakak 26 Ogos hari tu. Seorang kakak yang penyayang. Tak kacau adik. Pantang adik menangis, damialah paling sibuk panggil mama/papa suruh angkat adik. Pernah skali damia nak angkat adik, sibbaik papa nampak. Kalau tak, bahayaaaaaaaaaa!!!


4-Suka cium2 adik, tak kira kat mana. Tangan-kaki-pipi-kepala...... Nanti adik dah besar jangan gaduh2 ngan adik ye kakak...

5-Pandai memuji, cantiknyeeeeeee!, pandainyeeeeeeeeeeeeee!!
6-Dah berjaya buat PEACE yang betul2. Baru beberapa hari yang lepas.
7-Pandai guna penimbang digital. Dah boleh timbang sdiri & kalau damia timbang, mama wajib kena timbang sekali. Huhuhu.. tak sanggup mama nk tengok angka2 tu.
8-Start minum ebm slps ada adik...:).. Mula2 minum damia kata SEDAPPP.. dah beberapa hari tu, start ckp tak sedap dah. Terpaksalah mama ngelat campur dalam FM damia. syhhh.........
9-Dah boleh berkomunikasi 2 hala utk perbualan yg simple2. Seronok borak ngan damia sbb kadang2 lawaks. Ayat2 damia kekadang terbalik. hehe. bg mama, itu pmulaan yg hebat kakak!
10-Sangat manja dengan papa. Maklumlah dengan papa damia boleh dapat apa saja. Dengan mama strict sikit. Hehehehe...:)
11-Suka bertanya, "ma, ape tu?", "sape tu?", "nape?".....prihatin tau damia ni.
12-Semua benda damia nk tiru. Bedung barney mcm mama bedung adik, nak basuh yak, nk pakaikan pampers kat barney. Macam2 lah... Mama n papa kena hati2 dgn setiap perlakuan agar tiada yg buruk2 di mata damia.



13-Sangat suka bg salam dan jawab salam tmasuk nk masuk toilet pun... huhuhu...
14-Gigi atas ada 9, gigi bawah ada 8.
15-Rajin gosok gigi dan mama pun dh boleh gosokkan gigi damia. Biasanya sebelum gosok damia akan cakap... TAKMAU.. TAKMAU.... (sebenarnya damia ckp takmau kat ulat-mama psiko sikit supaya senang gosok gigi)
tito mcm org tua... hehehe

Tuesday, October 26, 2010

Pencarian bbsitter utk anak2

Kami give up utk teruskan damia (dan dinie) kat nursery. Sebab?
  1. Rasanya tak sesuai utk hantar baby dinie ke nursery tu sbb baby terrrrrrrlalu ramai dan teachernya tak mencukupi. 20 orang baby -> 3 orang teacher. Macam tak logik kan? tapi itulah hakikatnya. Alhamdulillah saya diberi kesempatan utk borak2 dengan pekerja nursery tersebut yang pernah incharge jaga baby. 
  2. Info dari pekerja nursery tu jugak, teacher yg incharge anak2 2-3tahun (sebaya damia) adalah seorang jer. Bilangan anak adalah 18 orang. Mampu ke? Baru 2 hari lepas je baru tambah sorang teacher. So, 18 orang kanak2 -> 2 orang teacher.
  3. Walaupun damia makin hari makin ok semasa hantar ke nursery dan semakin mesra dengan teachernya, tp emosinya seperti terganggu. Tiap2 malam damia mengigau sambil menangis cakap TAKNAK... TAKNAK. Tak sampai hati pulak tengok damia macam tu.
Mamanya 'stress' memikirkan apa yang terbaik utk anak2.  Masih mencari2 babysitter yg menepati cita rasa kami. Inshaallah, harap2 pilihan yg bakal kami buat ni tepat. Setakat ni dah interview 3 orang calon. 2 calon sudah di'reject'.

Nota tangan saya : Pendapat saya, nursery yg damia pergi ni adalah sekadar 'perniagaan' semata2.

Saturday, October 16, 2010

Ada apa dengan Trial Pack B Shaklee?

.........gambar sekadar hiasan....
.. sy suka susu mama saya...:)


Ibu2 yang menyusu mesti tau Trial Pack B Shaklee ni kan? Dan mesti ramai dah cuba kan? Trial Pack B ni adalah vitamin utk ibu2 yang menyusukan anak supaya susu lebih pekat dan juga boleh menambahkan kuantiti susu yg dihasilkan.
Itu je yang saya tahu pasal trial pack B ni dan dengan hanya mendengar cerita ceriti/testimoni dari kawan2 alam realiti merangkap alam maya jugak, saya telah terpengaruh utk mencubanya. Kalau bab2 tambah susu ni saya mmg cepat terpengaruh tanpa banyak soal. Mesti nak cuba, cuba dan cuba. Tanpa banyak menyelidik dan banyak soal, saya terus memesan trial pack ni dari MommyLyna dengan harga RM80.
Hasilnya? Memang BAGUS dan saya SUKA! Dan baru bbrp hari lepas saya cuba2 membelek sana sini tentang kelebihan, kesan dll mengenai trial pack ni. Bila baca entry dr shakleestore MommyLyna ni, barulah saya tahu sebab dan akibat pengambilan trial pack ni.
(Jangan jadi macam saya ye, sepatutnya ambil tahu dulu baru try apa2 vitamin ye cik2/puan2 di luar sana ye)

Apa kesannya kepada saya?
Dahaga tak hengat punya! Tapi saya ingatkan sbb saya makan jamu NR, rupanya kesan drp vitamin ni. Dahaga-minum, dahaga-minum.... mungkin saya minum air lebih dari 3liter spt yang disarankan. Dan penghasilan susu juga melimpah ruah, alhamdulillah. Siap terpaksa pam setiap kali lepas dinie menyusu. Terpaksa itu bagus...:)

frozen ebm, ms ni ala2 tak sure yg kaler kuning ni adalah impak dr ambik vitamin ni. dah nampak macam kolostrum pulak.
 ......... bezanya ketara kan? lemak berkrim disukai si kenit.....

Utk ibu2 yg production susunya merudum, ibu2 yg selalu mengatakan baby selalu lapar bila minum susu ibu (tanggapan yg sangat salah ni!), silalah cuba2 vitamin ni. Tapi keberkesanannya bergantung kepada diri masing2. Ada yang cepat, ada yang lambat. Yang penting COBA dehh..... Inshaallah mendatangkan hasil yang lumayan.:)

**trial pack B terdiri daripada :-
30 biji Vitalea,
30 biji B Complex,
30 biji Vitamin C,
60 biji Alfafa
**sekiranya berminat bolehlah contact mommylyna ye.
Nota tangan saya : kita hanya berusaha dan merancang, jangan lupa hanya DIA yang menentukan.

Wednesday, October 13, 2010

Hari ke 3 : Damia & nursery

.... alhamdulillah damia dh tak demam dah. Saya plan kalau damia masih demam, tak hantar laa dia ke nursery, tp sebab dah ok pukul 8 lebih tadi bersiap2 dan hantar dia. Masa nak keluar tu damia beria2 nak ikut, siap pakai tudung lagi sbb ingat nak pegi jalan2. Dia cakap 'nak horse' (naik carousel tu favourite dia). Saya diam je, tak ckp ya @ tak. Sebabnya kalau saya cakap ya, janji palsu pulak. Kesian dia kecewa nanti (Pernah juga janji palsu utk naik carousel tu, tp hari ni special case.. hehe). Kalau kata tak & cakap nak pergi sekolah, sure dia menangis dari rumah lagi. Dahlah mood dia cukup baik hari ni. Pagi2 bangun minum susu, naik motor ngan papa sebelum papa gi kerja dan dapat main belon buih sabun tu. Memang cukup tiptop pagi ni. Itu yang saya taknak buat mood dia ke laut tu.

Dah sampai nursery tu, damia mula buat muka sedih. Panggil mama dengan nada sedih dah. Saya kan 'gembeng', cepat je tersentuh hati tgk damia macam tu. Tapi saya mesti kena kuatkan semangat!!! Jangan tunjuk muka risau kat damia. Nanti damia lagi risau dan sedih. Masa dukung damia bagi kat cikgu nursery tu, damia TAK NANGIS!! Sekadar sedih2 je. Bravo anak mama!!!!! Alhamdulillah..... perkembangan yang baik.

Yang peliknya, masa ambik pulak damia menangis. Hmmmmm.... taktau apa sebabnya. Harap2 esok makin ok 'perjuangan' kami ke nursery.

Nota tangan saya : sepanjang dalam kereta tak henti2 saya berdoa semoga anak saya sentiasa dilindungi Allah dan diberi rasa kasih kepada sesiapa yang menjaganya. moga2 Allah kabulkan doa saya. INSHAALLAH.

Tuesday, October 12, 2010

Hari ke-2 & 3: Damia & nursery


Semalam hari ke 2 damia ke nursery. Menangis juga tapi tidaklah melalak hebat seperti hari pertama. Mama pun lega lah sikit melepaskan si anak dara. Masa nak ambik damia balik tu, menangis jugak. Sayu hati mama tengok. Tapi takpelah, harap2 esok okay. Balik rumah tu air hidung meleleh2 tak berhenti. Siann anak mama.

Hari ni sepatutnya hari ke 3...........
tapi damia terpaksa bercuti sbb demam+selsema sejak mlm tadi. Harap2 esok damia dah tak demam lagi. Bolehlah kita sambung 'perjuangan kita ke nursery' bersama2.........

Nota tangan saya : bila sampai masanya utk kita hantar anak kita ke nursery, baru kita tahu betapa beratnya hati utk berbuat demikian.....



Saturday, October 9, 2010

Kalau damia sedih hati, mama lagiiiii sedih 4juta kali ganda

Waktu : 11:45 pagi (menghitung masa utk ambik damia kat nursery)
Baru 3 jam yang lepas saya menghantar damia ke nursery. Hari ni hari pertama damia ke nursery setelah hampir 2 minggu bergolek2, berguling2, bermanja2 dengan saya di rumah. Walaupun baru beberapa jam, saya sudah mula rindu kat anak dara. Biasanya dialah yang paling sibuk kalau saya mandikan adiknya. Dialah yang paling sibuk semasa saya pakaikan baju si adik, dia sibuk suruh nyanyikan lagu 'tinkel2 liter tar' (twinkle2 little star), lagu 'moo moo' (old mac donald had a farm) dll. Walaupun kadang2 ter'stress' bila adik tengah melalak, kakak damia pun melalak2 mintak mama nyanyi, tapi mama tetap rindukan damia.

Ok, dah terpesong sedikit drp title di atas. Kita lupakan sekejap bab2 jiwang rindukan si damia. Yang saya nak cerita adalah kisah menghantar damia ke nursery pagi tadi. Ada sedikit kejadian yang tak berapa enak mata memandang di nursery tersebut tapi saya hanya berdiam diri. Maklumlah hari ni hari pertama anak saya berada di sana, saya takut juga kalau2 saya tegur, ada pulak yang mendera anak dara saya nanti. Tapi pesanan saya utk adik2/kakak2 yang kerja di nursery, silalah bekerja seikhlas hati. Kalau tak berminat utk melayan karenah anak2 kecil, silalah hantar surat berhenti. 
Sedih hati saya melihat damia diperlakukan sebegitu. Hari ni kan hari pertama dia di nursery, pujuklah anak dara saya dengan baik. Saya bukan sedih mendengar damia melalak sampai nak keluar anak tekak memanggil2 nama saya, tapi saya lebih sedih melihat pekerja nursery melayan damia dengan kasar. Saya berharap pekerja tu bukanlah yang incharge kumpulan damia, kumpulan 2 tahun-3 tahun.

Nota tangan saya : Moga2 Tuhan lindungi anak2 saya walau di mana saja mereka berada. Moga2 orang yang menjaga anak2 saya ada belas ihsan terhadap anak2 kecil. Inshaallah.....

Thursday, October 7, 2010

Not for sale!

 Freezer Mistral MFZ-101U
Harga RM750 
Boleh refer kat sini utk beli kat mana, saya beli kat kedai Sun City Electronic, Taman U, Skudai.
Yang penting boleh tawar menawar..:)

Terima kasih bebanyak Cik Puan Ealyie kerna telah memecahkan kebuntuanku memilih deep freezer. Memang menariklah freezer ni sbb senang nk manage stok ebm. Alhamdulillah, rejeki bb dinie dan kakak damia melimpah ruah kali ni. Syukurrr.........
Tapi bukan utk dijual ye!! :P (takde sape nak beli pun kan... hehehe)


 ebm dalam proses pemindahan ke deep freezer

Nota tangan saya : gambar2 ni bukan mau menunjuk2, cuma ingin berkongsi kegembiraan menyusukan dan mengumpul stok ebm. kepada ibu2 dan bakal ibu,  moga kita semua dipermudahkan dalam menyusukan anak2 kita dengan titisan susu ibu yg tak ternilai harganya.

Pengumuman : Buku resepi coklat CHEF AMER kehabisan stok

Pengumuman kepada pengunjung kedai kecil lailasani yang berminat utk membeli buku resepi coklat chef amer, buat masa ini buku ini kehabisan stok. Saya akan war2kan di sini dan di kedai lailasani sekiranya ada stok baru.
Sekian terima kasih di atas sokongan anda.

Contest Bersama Si Kecil

Dapat tag dr mama e-ein/catlina. Okay, mari kita cuba nasib dengan contest ni pulak ye. 




Gambar yg dipertaruhkan utk contest ni adalah gambar bersama anak sulung kesayangan, damia. Gambar ni adalah gambar semasa damia masih menjadi anak tunggal saya. Sekarang ni dah jadi kakak dah. Kakak yang sangat2 sayangkan adiknya. :)
**sila abaikan kemoncetan terlampau si mama ini ye**

Contest ini bermula pada 1 September 2010 dan akan berakhir pada 10 Oktober 2010

~> Syarat-syarat penyertaan :-
* Wajib letakkan tajuk ‘Contest Bersama si Kecil’ : OK!
* Letakkan banner di sidebar anda linkkan kepada halaman contest ini : OK!
* Sertakan link entry korang pada entry ini. : OK!
* Wajib gambar anda sendiri & bersama anak@ anak sedara@ adik : OK!
* Tag kepada 3 orang rakan blogger anda (pastikan mereka tahu) : OK!


Hadiah :-
1. 1x Wang Tunai RM50
2. 1x Wang Tunai RM30
3. 2x Saguhati Topup RM10

Kawan2 saya yang bertuah utk di tag ialah.....

  1. Ealyie
  2. Muzz 
  3. Yatie Chomeyl-Fukuoka

Monday, October 4, 2010

BM dah start bekerja daaaa

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih banyak2 kepada kak ana kerana telah merealisasikan impian saya utk memiliki BM (bukan BMW ye, bread maker desu). <--mcm nak buat ucapan laa plak ek. hohoho.
Dipendekkan cerita, sebelum raya yg lepas kak ana telah menghantar BM yg saya kirim beberapa bulan lalu. Tapi disebabkan saya tengah berpantang, baru je minggu lepas BM tu start bekerja dengan 2 kali shippai (gagal) di atas sebab2 teknikal yg kurang difahami. Kekekeke.

Baru try yang basic je, hasilnya adalah ok2 je bagi saya sbb tak segebu gardenia. Mungkin kena tambah bahan2 penyedap dan pelembut. Tapi saya sangat2 berpuas hati dgn hasilnya sbb nilah first time buat roti yg menjadi. Dulu pas kawen pernah buat roti uli sendiri, tapi hasilnya kureng! Terus give up nak menguli2 ni, hanya bercita2 nak beli BM je dan alhamdulillah sekarang dh dapat.

  tadaaaaa... dah siap... pandangan dr dlm BM
 bersiap sedia utk dipotongs...
minum petang saya pd hari tersebut... roti putih panas2 dr BM bersama milo O panas!
 sarapan utk papa
 sarapan utk mama....
damia? curik2 mama n papa punye je....

Nota tangan saya : apakah beza sarapan mama n papa? kalau anda bijak cuba teka!! hehehe

TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW! (sticky post)

 Saya mmg dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (a byk menunjukkan betapa lamanya) mengidamkan corelle ni. Bila nampak je entry TTM buat lucky draw ni, wajiblah join kan. Manalah tau kan, 'lailasani' ni yg dipilih oleh 'encik random'. Kita cuba nasib ajelah.
Ok, hadiahnye ialah............ encik corelle anak beranak.


TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!
INI HADIAHNYERR..
TENG TENG TENG!












16 Pc Dinner Set
Click on above image to view full picture

16 Pc Dinner Set

Product Information

4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs

Additional Information

Item Code
1065856
Weight
4,275g
Category
Dinnerware
Pattern
Geometric

Product Descri

ption

Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.




Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)
**LULUS!
2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.) 
**LULUS!
3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)
**LULUS!
4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)
**LULUS!
5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.
**LULUS!
6. Pemenang akan dipilih DI SINI.
**semoga encik random pilih kami.. hahahha.. meraih undi kat encik random** 

Blog Widget by LinkWithin