Saturday, October 16, 2010

Ada apa dengan Trial Pack B Shaklee?

.........gambar sekadar hiasan....
.. sy suka susu mama saya...:)


Ibu2 yang menyusu mesti tau Trial Pack B Shaklee ni kan? Dan mesti ramai dah cuba kan? Trial Pack B ni adalah vitamin utk ibu2 yang menyusukan anak supaya susu lebih pekat dan juga boleh menambahkan kuantiti susu yg dihasilkan.
Itu je yang saya tahu pasal trial pack B ni dan dengan hanya mendengar cerita ceriti/testimoni dari kawan2 alam realiti merangkap alam maya jugak, saya telah terpengaruh utk mencubanya. Kalau bab2 tambah susu ni saya mmg cepat terpengaruh tanpa banyak soal. Mesti nak cuba, cuba dan cuba. Tanpa banyak menyelidik dan banyak soal, saya terus memesan trial pack ni dari MommyLyna dengan harga RM80.
Hasilnya? Memang BAGUS dan saya SUKA! Dan baru bbrp hari lepas saya cuba2 membelek sana sini tentang kelebihan, kesan dll mengenai trial pack ni. Bila baca entry dr shakleestore MommyLyna ni, barulah saya tahu sebab dan akibat pengambilan trial pack ni.
(Jangan jadi macam saya ye, sepatutnya ambil tahu dulu baru try apa2 vitamin ye cik2/puan2 di luar sana ye)

Apa kesannya kepada saya?
Dahaga tak hengat punya! Tapi saya ingatkan sbb saya makan jamu NR, rupanya kesan drp vitamin ni. Dahaga-minum, dahaga-minum.... mungkin saya minum air lebih dari 3liter spt yang disarankan. Dan penghasilan susu juga melimpah ruah, alhamdulillah. Siap terpaksa pam setiap kali lepas dinie menyusu. Terpaksa itu bagus...:)

frozen ebm, ms ni ala2 tak sure yg kaler kuning ni adalah impak dr ambik vitamin ni. dah nampak macam kolostrum pulak.
 ......... bezanya ketara kan? lemak berkrim disukai si kenit.....

Utk ibu2 yg production susunya merudum, ibu2 yg selalu mengatakan baby selalu lapar bila minum susu ibu (tanggapan yg sangat salah ni!), silalah cuba2 vitamin ni. Tapi keberkesanannya bergantung kepada diri masing2. Ada yang cepat, ada yang lambat. Yang penting COBA dehh..... Inshaallah mendatangkan hasil yang lumayan.:)

**trial pack B terdiri daripada :-
30 biji Vitalea,
30 biji B Complex,
30 biji Vitamin C,
60 biji Alfafa
**sekiranya berminat bolehlah contact mommylyna ye.
Nota tangan saya : kita hanya berusaha dan merancang, jangan lupa hanya DIA yang menentukan.

2 comments:

ernizz said...

jom share info @ http://ernizz-ernizz.blogspot.com/

lailasani said...

ernizz,
tq singgah..

Blog Widget by LinkWithin