Wednesday, October 13, 2010

Hari ke 3 : Damia & nursery

.... alhamdulillah damia dh tak demam dah. Saya plan kalau damia masih demam, tak hantar laa dia ke nursery, tp sebab dah ok pukul 8 lebih tadi bersiap2 dan hantar dia. Masa nak keluar tu damia beria2 nak ikut, siap pakai tudung lagi sbb ingat nak pegi jalan2. Dia cakap 'nak horse' (naik carousel tu favourite dia). Saya diam je, tak ckp ya @ tak. Sebabnya kalau saya cakap ya, janji palsu pulak. Kesian dia kecewa nanti (Pernah juga janji palsu utk naik carousel tu, tp hari ni special case.. hehe). Kalau kata tak & cakap nak pergi sekolah, sure dia menangis dari rumah lagi. Dahlah mood dia cukup baik hari ni. Pagi2 bangun minum susu, naik motor ngan papa sebelum papa gi kerja dan dapat main belon buih sabun tu. Memang cukup tiptop pagi ni. Itu yang saya taknak buat mood dia ke laut tu.

Dah sampai nursery tu, damia mula buat muka sedih. Panggil mama dengan nada sedih dah. Saya kan 'gembeng', cepat je tersentuh hati tgk damia macam tu. Tapi saya mesti kena kuatkan semangat!!! Jangan tunjuk muka risau kat damia. Nanti damia lagi risau dan sedih. Masa dukung damia bagi kat cikgu nursery tu, damia TAK NANGIS!! Sekadar sedih2 je. Bravo anak mama!!!!! Alhamdulillah..... perkembangan yang baik.

Yang peliknya, masa ambik pulak damia menangis. Hmmmmm.... taktau apa sebabnya. Harap2 esok makin ok 'perjuangan' kami ke nursery.

Nota tangan saya : sepanjang dalam kereta tak henti2 saya berdoa semoga anak saya sentiasa dilindungi Allah dan diberi rasa kasih kepada sesiapa yang menjaganya. moga2 Allah kabulkan doa saya. INSHAALLAH.

3 comments:

kinna said...

maknye pon kena kental la ye..sy admit, w/pon dh lm tggl anak kt taska, kdg2 hati tersentuh jg bl dia nangis tanak dok taska..

Normaliza said...

Yamin masuk taska awal bulan ari tu. Masa mula2 mmg nangis. Tapi skang ni dah ok sket. duk sebut nama umi aje (pengasuh)pulak. Kadang2 masa nak anta pun kena ikut mood. macam pagi tadi meronta2 tak moh gi taska. tapi bila depan pintu taska, bila pandang je umi, terus dia tersengih2..macam2 la yamin ni. Harap2 la anak kita dilayan dgn elok disana..

lailasani said...

kinna,
memang.. memang... mak yg kental tu penting saya rasa. kalau mak dah muka risau semacam, anak lagi laaa kesedihan. kita kena buat2 ceria n tabah depan mereka.
kalau nangis taknak gi dan boleh ckp kenapa taknak gi tu, sy rasa kita patut buat sesuatu kot... hmmm...

normaliza,
ouhh... lebih kurang ngan damia laa jugak eh... baru je masuk.
harap2 laa kan... moga2 mereka ni lembut hati tengok anak kita.. inshaallah

Blog Widget by LinkWithin