Monday, April 20, 2009

Damia.. 10 bulan

Tarikh : 12042009
Berat : 7.7 kg

HaPPY 10 MoNTHS BiRTHDaY DaMia!!!
... amacam? gangster tak?? hehehe.. (sedap rupanya pocky (rocky?) ni..)


Dah 10 bulan dah tuan puteriku. Lagi 2 bulan je damia dh setahun. Perkembangan terkini damia :-
  1. Berdiri lebih lama tp belum menapak pun walau setapak. Hehehe..
  2. Gigi ke-2 dah nak keluar.
  3. Pandai main sembunyi2 dan kejar mengejar. Kejar guna walker laaa.....:)
  4. Pandai main inai2 baaa aka peek-a-boo aka ciku-cakk. Perkataan faveret, 'Tchakk aaaaa' kekadang jadi 'Phakkk aaa'. Setiap kali nampak mama pakai telekung, damia dulu yang akan cakap.. 'Tchaakk aaaa'...
  5. Merangkak dah makin power. Sekarang boleh biar je damia merayap. Cuma nak kena pantau kalau damia berdiri kat sofa, kabinet, dinding dll.
  6. Makin aktiffffff...
  7. Pandai tunjuk ngan jari telunjuk. Kdg2 dua2 tangan pun keluarkan jari telunjuk. Taktau ape yg ditunjuknya.
  8. Takut bunyi vakum, blender... Tapi kalau dari jauh sibukk je damia dok jenguk2.
  9. Takut kucing, ikan... Kalau bawak damia dekat2 ngan binatang2 rasanya semua dia takut kot. Huhuhu..
  10. Sangat suka tengok bird. Kalau bagitau nak gi tengok bird je, mesti excited habis.
  11. Pandai kiss. Tapi dengan mulut ternganga laaa, kalo nk kiss dr damia, mesti rela dengan air liur damia... :P
  12. Pandai salam. Tapi kadang2 je laaaa.... Kena berlatih lagi.. Hehehe.
  13. Sangat susah utk pakaikan diaper.. Mesti nak bangun n merayap ke mana2.
  14. Tengok mama n papa makan mesti nk makan jugak walaupun damia baruuuuu je lepas makan.
  15. Dah pandai babai tapi tangan jer yg terkuit2 ala2 nk menari plaks.
  16. Bercakap macam2 dah tp mama n papa tak paham satu haper kecuali 'tchakk aaaa'.. hehehe
  17. Semua benda nk dikutip dan masuk mulut.
  18. Dah upgrade menu-start makan 'haiwan'. Hahaha, sebelum ni damia vegetarian. Sekrg dh makan ikan tenggiri dan ayam. Daging, supnya aje. Seperti sebelum2 ni, semua damia belasah. Hehehe.. Tak memilih. Harap2 laaa sampai besar. ***Tenggiri : mak bonda n mil ckp gatal kalo makan ikan ni tp org johor ramai yg cakap ok. tengok damia macam tak berapa ok kalau bagi tenggiri. naik gatal2/eczema dia. nanti nk try bg tenggiri aje lam 3-4 hari n monitor ok ke tak.
berlakon ke ape ni wahai cik baby??

3 comments:

::Umi Sufira:: said...

Dah besar dah Damia..walaupon orang nya comel aje...:)

MuzZz said...

comeinye..haha..mcm samurai..

lelosani said...

mimi,
aah, dh beso.lagi 2bulan nk setahun. cam tak percaya je masa cepat berlalu.. huhu..

muzz,
samurai moden. kekeke..

Blog Widget by LinkWithin