Thursday, July 30, 2009

Aktiviti hujung minggu..

Ni aktiviti hujung minggu yg lepas ye. Bukan hujung minggu yg bakal menjelma. Angin mencuba resepi baru. Jeng.. jeng.. jeng....
Sy tak sempat ambik gambar hasil sendiri. Gambar ni adalah ihsan tuan empunya resepi iaitu Kak Jeni (Owner resepidotnet). Terima kasih kak jeni!!! Rasanya memang sedapppp tp yg sy buat hari tu tak cukup paste dia dan tak berapa garing. Mak rasa dh tak mampu nk tunggu perut keroncong sbb dh pukul 930 mlm dah.
Gambar ihsan dr hpage kak jeni.
Ayam Golek Risya

Sumber : Shidah AR

Untuk 2 ekor ayam(1.2 - 1.4 kg seekor)

15 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia muda
2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering, direndam dalam air panas untuk melembutkannya
2 batang serai
2 sdb jus asam jawa
1 sdb belacan
2 sdb garam
8 sdb gula
2 helai daun kunyit dihiris halus

Cara

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan belacan di dalam blender.
  2. Panaskan oven ke suhu 200C.
  3. Panaskan minyak di atas kuali dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.
  4. Masukkan garam, gula, daun kunyit dan jus asam jawa. Kacau rata.
  5. Masukkan 4 sdb paste tadi ke dalam rongga ayam.
  6. Lumurkan separuh dari baki paste pada ayam tadi.
  7. Bakarkan ayam selama 1 jam atau sehingga masak.
  8. Sapukan paste selang 10 minit ketika ia sedang masak.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin