Sunday, July 19, 2009

Siapakah pendengki itu??

Rentetan drp kisah ini, sebelum pergi mengepam di klinik keesokan harinya sy dgn berat hati dan kurang puas hati mengisi CLINIC VISIT FORM yg sepatutnya diisi oleh pekerja2 sekiranya tidak sihat dan perlu berehat di klinik utk beberapa jam. Ikut jelah kan sebab arahan dah keluar. So, sy pun pergilah jumpa boss utk mendapatkan chopnya. Setelah potpetpotpet explain dan menjawab pertanyaannya dalam bhs jepun yg dh berkarat dan broken abis, boss sy terus bingkas bangun utk pergi jumpa dgn org2 HR. Katanya buat apa nak isi form ni? MENDOKUSAI!! (Melecehkan). Yelah kan, sangatlah melecehkan kerana tiap2 hari kami nk kena isi dan mintak chop dengan dia. Dia pun tak de mase nk chop form yg takder faedahnya itu. Hehehe... Masa ni sy rasa dia SGT BAIK DAN MACHO! wpun sy tak berapa gemar dgn CARA BEKERJA boss ni. Selepas boss pergi jumpa BOSS HR tu, dia bagitau org2 pendengki iaitu HR yg kononnya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi itu nak monitor kami geng2 mengepam ni kot2 'mengular' semasa sesi mengepam. Boss sy bgtau diorg, as long as dia tahu dan approve yg kami ni keluar time keje utk pergi mengepam, apa masalah nya? Boss sy kata kalau nak monitor pun, pandai2lah diorg fikir cara lain tapi jgn suruh kami isi form tu tiap2 hari. Akhirnya utk hari tersebut, diorg keep form kami tu dan sehingga hari Jumaat tiada apa2 perkembangan pun diterima. BRAVO encik T! Doumo arigatou gozaimasu (TQVM).
Dan petang itu juga barulah saya tahu siapakah dalang/pendengki disebalik kejadian ni. Rupanya PUAN MANAGER HR, oppsss CIK MANAGER HR sbb BELIAU masih single...! (Adakah ini melanggar tatatertib menulis blog ek??)Daripada perbualan sy dengan nurse di klinik, katanya CIK MANAGER itu menyuruh kami mengepam time rehat sahaja. Tak boleh mengepam time kerja. Nurse tu jawab, kalau setiap sesi nk pam time rehat, bila geng2 mengepam tu nk makan? Kalau tak makan, susu pun takder nanti. Tau tak ape CIK MANAGER tu cakap????











Kalau susu takde, tunggulah NEXT TRIP!! (Tunggu anak yg akan datang!)............
Sungguh sy tak sangka inilah jawapannya... Menyirap rasa darah sy bila mendengarnya, tp apa boleh buatkan? Beliau ni memang tidak faham konsep breastfeeding-mengepam-anak2 kandung yg ingin disusukan dengan susu ibu (sbb dia ada anak angkat so sy kena spesifik sikit bab anak ni) dll. Maafkanlah dia....
Sekarang ni sy cuma nk tunggu apakah tindakan beliau seterusnya utk monitor kami yg masih setia pergi mengepam ni....

*****Note : perbualan/cerita di atas mengenai CIK MANAGER adalah hasil penceritaan semula oleh nurse di klinik, sekira beliau AUTA, maka AUTA lah sy. Atau sy perlu berjumpa sendiri dengan CIK MANAGER itu utk mengetahui perkara sebenar???





7 comments:

MN said...

ya rabbi!!! kalo dah tak reti tak yah lah bodoh sombong cik manager oiii! adehhh...

Azure said...

dia jeleskah??? sebab takde anak sendiri utk disusukan? sampai sanggup bersusah payah utk menyusahkan orang lain???

MuzZz said...

Memang melampaunyer!!!Eii..tension tul..salah satu lg sbb nk lari dr company ini!! Huh..agaknye dia da takde keje sgt nak buat la tu..sume bende2 remeh dia sibuk..Mentang2 la manager...Tension2!!

Unknown said...

Std .. apa2 hal HR sentiasa dengki dgn org ... aku antara org yg sentiasa jadi bahan dengkian HR .. hahaha tapi aku kuat melawan ...sampai sume org benci aku .. hahah btw laila... koleksi dress ngan baju budak lain dah ada ... kalau blh bg email add so aku bel update bila2.... tq

ibuaiman said...

lar HR rupernyer..CN dah mcm nak agak dah aritu...patut lar dia dengki, die x pernah ader anak, die x faham.tapi kan, CN mmg heran, mmg selalu dengki ngan org pompuan adalah org pompuan jugak, org laki rilek jer, mcm dulu yg dengki tgk cn g susukan anak cn pun orang pompuan jugak...ngaper yeK?

Emma said...

dia melayu ke? if yes, kesian kat anak dia sbb dpt mak pdengki... dia xtau kot yg anak angkat pun boleh dsusukan dgn susu sdiri.. huhu..

-mama emma-

Unknown said...

MN,
itulah pasai kan... kalo taktau dok diam2 sudahlaa... takyahlah kuar kenyataan berani mati yg tak berguna kan??

Azure,
jeles kott... hahahaha... tp dia mmg suke camtu.. takleh tgk org senang... konon bagus lee tu nk wat rule camtu sementara seblm pencen nih...

Muzz,
Itu laaa ek.. tp jgn tensen2... kalo tensen kang susu segan nk kuar plaks.. heeheh

zihan,
dh mmg HR cenggitu kot.. kikiki..
ok.. nti aku tgk..

cn,
taktau laa ngape ek.. job scope HR kot... hahahha

mama emma,
aah, melayu.
dia tak susukan punnnn.... pnah gak terserempak ngan dia kat klinik.. tersangatlah jakun tgk pam.... siap tanya.. boleh pam eh?


Muzz,

Blog Widget by LinkWithin