Friday, April 30, 2010

4jam 40 minit bertapa di LCCT..

Dari pukul 9 pagi tadi kami anak beranak dok bertapa kat LCCT yg suam2 kuku ni utk menanti flight ke KB pkl 1:40 tgh hari nanti. Punyelah lame nak menunggu. Pukul 7 pagi tadi dah bertolak dari rumah kekanda kat Bandar Tun Hussein Onn menuju ke KL Sentral. Dari KL Sentral, kami menaiki bas ke LCCT dgn tambang RM9 seorg. Saja bawak damia jalan2 naik bas. Alhamdulillah damia tak banyak ragam wpun dah kena mandi seawal 6:30 pagi. Excited sekejap dia masa mula2 naik bas tu, pastu terus terlena.... Maklumlah masa tu masih pukul 8 pagi. Sejuk2 nyamannn gitu lam bas. OKlah, selesa jugak cuma bas tu boleh tahan lajunya menyebabkan makyong ni ala2 tak mampu menahan inersia (kalo salah perkataan ampun dan maaf ye, sy dh lupa ingatan perkataan2 fizik yg dh belajar bbrp puluh tahun yg lalu :P) diri sdiri... hahahah.. Plus cik damia dok merengek2 nak saya riba dia. Bertambah2lah makyong ni rasa cam nak tergolek dot.. :P

Kami bercuti di kampung agak lama juga memandangkan hari raya puasa nanti bakal tak balik kampung kerana INSYAALLAH sy akan bersalin dan berpantang di Johor. Uhuk.. uhuk... first time tak balik beraya di kampung. Dah dapat bayangkan dah ketidakmeriahan beraya di perantauan (ceyh, perantauanlah sangat kan? hehe)

Dah tinggal 1jam 40 min je lagi, kami dh nk pi check in. Selamat Hari Pekerja utk kawan2 tak kira sama ada yg bekerja di ofis atau di rumah atau di mana2 sahaja. Anda semua mmg pekerja yg HEBAT!

Thursday, April 29, 2010

Beautiful Blogger Award

 
 Thanks tilla kerna tlh mberi award ni kepada akaks. Dah seminggu jugak ahkak peram dalam draft.. hihi
  • Thank n link the person that give you award.-DAH...
  •  Pass the award onto 15 bloggers you've recently and think are fantastics. 
    • MN
    • CY 4.0
    • Zety Zin
    • Aida mummy adam & mia
    • Muz
    • Cik Fid
    • Mimi
    • Catlina
    • Hernee Nazir
    • Yatie Chomeyl
    • Intan-Sayang Ibu
    • CN
    • Azura
    • Mama adib & hafiy
    • Mc tie
    • Nanado
    • Dan utk sesiapa saje yg mengunjungi blog ni. Silalah ambik award ni ye. Walaupun dah sedikit lapuk diperam oleh tuan rumah, sudi2kanlah ambik ye. Saya tau ramai yg tersenarai di atas tu dh dapat award ni, tp sy nak kasik jugakk.. hehehe.. 
  • Contact said blogs n let them know they've been won the award.-BELUM.. hohoho
  • State 7 things about yourself-
    • terasa sungguh extreme nk kurus pas bersalin nti. sbb baju dh byk takleh pakai, tak kuasa nk beli baju baru banyak2 weihh...
    • berangan nk jadi WAHM/SAHM, tp taktau laaa bila akan tercapai.. huhuhu
    • sangatlah 'gembeng' peknen kali ni compare masa peknenkan damia dulu... err... tp asal2 memang 'gembeng' pun.:P
    • suka paso malam, paso tani dan pasar2 yg seumpama dgnnya... tak beli pepe pun takpe, buleh jalan2 cuci mata pun ok.. hehehe... (wpun perut boyot2 ni, masih gigih beb)
    • dulu2 kecik2 konon nk jadi doktor, tp bila dh sekolah menengah br sy tau saya tak suka biologi, so toksah mimpilah kan... hehehe
    • teringin nk bercoti ke pulau, tp dh ade anak kecit2 ni, mimpi jelah dulu kottt....
    • sedar tak sedar saya dh 8 tahun menjadi pekerja kilang... cam tak percaya pun ade... tp itulah hakikatnya...


    Friday, April 16, 2010

    JANGAN underestimate kebolehan kanak2 (anak2)

    .. tajuk di atas adalah utk mama damia.
    Saya terkejut melihat perkembangan damia yang mampu mengingat semua kedudukan binatang2 dlm puzzlenya. Saya bukan ingin membangga diri dgn kebolehan anak saya, tapi saya rasa insaf dgn kelemahan saya sbg ibu yg langsung tidak prihatin kebolehan anak sendiri. Atau dengan lebih tepat, sy telah underestimate kebolehan minda damia semasa berusia 19 bulan.

    Semasa saya membeli puzzle ni, saya hanyalah bertujuan utk memperkenalkan binatang2 dgn lebih menarik sedikit berbanding dengan buku animalnya yg dibeli sejak dia umur beberapa bulan lagi. Tapi rupanya damia belajar lebih dari itu.

    Inilah rupa bentuk puzzle tu..
    Papa... tlg damia masukkan niii...
    ok... meh papa tolong....
    fikir.. fikirr... ermmm.. ni kat maneee ye...
    oooo... syini laaa..... damia nk letak sdiri, papa jgn tolong....:)
    yeayyy!!!!!! dah siappp....
    ***mama pesan, sila abaikan rupa bentuk pakaian saya dan kekemasan rumah saya ni ye kawan2...***

    Damia mampu mengingat semua kedudukan binatang2 dalam puzzle ni tanpa gagal. Cuma damia tak berjaya utk memasukkannya ke tempatnya dgn sendiri sahaja. Pada hemat saya, damia atau kanak2 sebaya damia takkan tahu utk matchingkan puzzle ini selagi tidak pandai membaca.

    Kesimpulannya, jgn underestimate kebolehan anak kecil dan pantaulah perkembangan minda anak2 kita.

    Nota tangan saya : sekiranya tulisan2 lion, tiger, bear dll itu dihilangkan drp puzzle ni, saya sendiri pun terpaksa ambil masa utk mengingat semua kedudukan binatang2 ni. mungkin ambil masa sampai seminggu kot? (hoho.. mama damia yg tak mau kalah dgn kebolehan si anak)

    Wednesday, April 14, 2010

    Mama pasrah ; Damia redha

     NUR DAMIA HARYSA bersama ADAM HAREEZ.... gmbar adalah sekadar hiasan :)

    Tarikh : 21032010
    Dari tengah malam paipai(B***st) mama berdenyut2 kesakitan, ingatkan sakit2 biasa aje. So, takdelah rasa risau sangat. Mama sapu je krim cocoa butter tu tapi denyut2 tu sampai ke petang pun tak hilang2.
    Bila cek2, rupanya luka ala2 nk terputus ni**le. Huhuhu.. Sakitnya Tuhan ajelah yang tau
    (Sapa2 yg pernah alami sure buleh faham). Terus ke klinik utk ambik ubat, tapi doktor hanya bagi ubat sapu
    je sbb mama pregnant. Doc tak berani nk bagi antibiotik utk mama.

    Maka bermulalah proses 'penceraian susu' utk damia. Oppss, susu sebenarnya mcm dh lama takder, tapi damia tetap melekap especially kalau nak tidur. Dengan lebih tepat, 'proses stopkan damia dari melekap'(?).
    • 21032010, Hari pertama : Damia melalak dan meraung2 mintak paipai, tp terpaksa kuatkan hati tak bagi sbb letak ubat beracun. Last2 dodoikan sambil tido kat bahu mama.
    • Hari ke-2 : Damia dgn senang hati minum air dan mintakk di'pokpok' kan, terus tido.
    •  Hari ke-3 : Merengek2 mintak paipai tp luka masih tak ok lagik. Melalak dan melalak, last2 tido kat bahu lagik.
    • Hari ke-4 : Mintak susu dan mintak paipai jugak, tp mama masih berkeras lagik tak bagi. Nak bagi paipai sembuh dengan betul. Damia lepak ngan papa kat bawah sambil tengok madagascar. Tapi taknak tido ngan papa. Tido kat atas bahu mama lagik. Sibbaik jugak damia tak kisah mama duduk je, kalau tak, boleh krem perut.
    • Hari ke-5 : Merengek2 mintak paipai, oklah mama mengalah tp ngilu dan sakitnye, aduhaiiiii terpaksa tahan. Give up! Tanya damia nk susu ke tak, damia minum susu sikit dan mintak paipai lagik. Tp mama cuba dodoikan kat bahu, tertido. Bila mama nk letak je, damia terjaga, last2 tido dalam pelukan mama.
    • Hari ke-6 dan ke-7, damia mintak lagi dan mama hanya bagi sekejap je. Luka dah makin sembuh tapi tak tahan dgn kengiluan.
    Dan sekarang, dah 3 minggu lebih damia tak kesah kalau mama rejek damia mintak paipai. Biasanya mama tukar topik bila damia mintak. Sehingga ke mlm tadi, damia masih juga minta tp mama ckp paipai sakit. Damia angguk2 je. Faham(?). Terima kasih damia kerana memahami. Damia minum susu dan mintak mama tepuk2 aje. Terus tertidur. Bangun malam2 pun, damia hanya merengek2 dan mintak digosok2 belakang terus tido balik.

    Perasaan mama?
    Sedih memang sedih sbb mcm 'paksa' damia terima keputusan mama, tapi........(tiada alasan yg mama boleh berikan). Moga2 bila adik lahir nanti damia masih ingat paipai dan teringin utk paipai dengan adik. INSYAALLAH. 

    Tuesday, April 13, 2010

    Entry emo : Tolong jgn tepuk tampar suami orang

    Entry saje yg emo, saya sudah tidak emo sbb kejadian ni sudah berlalu 2 minggu yang lepas.
    Apakah maksud tepuk tampar? adakah bermaksud melibatkan 2 individu; sorang tepuk dan sorang tampar. Kalau camtulah maksud tepuk tampar, saya patut ubah tajuk entry ni kepada TOLONG JANGAN TEPUK(tepuk2 manja) SUAMI ORANG. Lama juga saya peram entry ni dalam minda, sbb kalau saya keluarkan di malam kejadian, sudah pasti ayat saya tidak keruan umpama hati saya yg mmg tidak keruan sepanjang perjalanan balik dari majlis tersebut.

    Iyerrr, kejadian ini benar2 berlaku di depan mata saya. Walhal wanita tersebut tahu yang saya sebagai isteri sang suami juga hadir di majlis itu. Kenapakah mesti menepuk2 belakang encik suami saya? Konon nk bergurau manja?? Kalaulah nak bergurau manja sekali pun, silaaaaalah carik org yg seangkatan dengan anda ye. Encik jurugambar itu adalah HAK MILIK ALLAH yg dipinjamkan utk saya. Ye, saya tahu encik suami saya bukanlah milik saya yg mutlak kerana beliau adalah milik ALLAH. Tapi beliau bukan kawan tepuk2 anda ye wahai wanita. Sehingga hari ini saya rasa seperti 'kurang selesa' utk berbual2 dan berpandangan dengan wanita itu. Hanya tunggu harinya, bila saya sudah berjaya lupakannya atau buat2 lupa, sy pasti OK.

    Kejadian ini berlaku semasa majlis perpisahan dengan GM saya. Terus mcm kurang mood nk cerita ceriti ttg majlis tsebut. Selamat kembali ke Jepun wahai Encik Matsuo!!!


    Nota tangan saya : saya adalah isteri yg beruntung kerana encik suami tidak membalas kembali tampar2 manja sang wanita tersebut. ARIGATOU ABANG... opsss.. jgn tanya saya macamana kalau ia terjadi sbb saya taknak bayangkan pun kejadian yg seumpama itu....... yg nyata hati dan jantung saya pasti meletopppsss....

    Monday, April 12, 2010

    Damia-22 bulan

    Lagi 2 bulan je lagi damia nak mencecah umur 2 tahun. Cepat sungguh rasanya masa berlalu. Moga2 damia akan terus menjadi anak yg baik dan sentiasa diberkati olehNYA. INSYAALLAH.
    Hampir 3 bulan mama tak update perkembangan damia. Proses hibernasi mama ni taktau bile kesudahannya nak, gomenne...
    Ok, mari kita tengok perkembangan anak mama yg dh nak masuk 24 bulan menjelang bulan 6 nanti..

    Damia : 20-21-22 bulan
    Tarikh : 12022010-12032010-12042010
    Berat : 9.0 kg/ 9.2 kg/9.0 kg (dok pi mai pi mai tang tu aje)

    1. Perkataan baru yg sentiasa disebut2 oleh damia ialah KAKAK. Ni bukan kami yg perkenalkan perkataan ni. Mungkin belajar dari umah bbsitter sbb ade sorang cucunya yg lebih besar dr kanak2 lain. Dan secara tak langsung sekrang ni dah bahasakan diri damia dengan KAKAK.
    2. Perkataan lain yg bukan berasal dari rumah ialah NO NO sambik goyang2kan telunjuk dan STOP sambil hulurkan tangan tanda STOP. Hehehe... Bila tengok damia buat macam tu, rasa cam nk tergelak je sbb memula tu tak berapa faham apa yg cuba damia sampaikan.
    3. Sangat kerap meragam malam. Menangis meraung2 macam sakit gitu. Kadang2 sampai 2-3 jam berjaga. Orang kata memang macam tu kalau nak dapat adik. Sabar jelah ye papa damia.:)
    4. Dah boleh sambung sikit2 kalau mama baca/nyanyikan Alif-Ba-Ta.
    5. Boleh bilang 1-2-3 sampai 10, tapi kadang2 tersasyul gak. Kekadang 8 takder dah 9 terus.
    6. Mama dah start nk ceraikan susu sbb damia dh koyakkan paipai mama. huhuhu... sakit tau damia...
    7. Sangat suka berlari sejak dah master skill berlari. Sentiasa berlari walaupun dalam rumah.
    8. Suka nk bertanya ini apa, itu apa... padahal benda tu damia dh tahu. Macam damia pulak yg jadi cikgu, mama student damia pulak.
    9. Pandai nk panggil mama/papa dengan panggilan yg manja2 gitu, siap intonasi manja2. Memang cair kalau dengar. Kalau tengah nak marah pun tak jadi marah. Hebat kuasa panggilan damia ni.
    10. Mama dah boleh beruskan gigi damia. Tapi kena guna yg sarung kat telunjuk tu aje. Kalau berus gigi yg betul2 tu, damia taknak. Kadang2 je mama boleh beruskan gigi guna berus gigi betul. Mama kekadang buntu cemana nk pujuk damia gosok gigi.
    11. Gigi geraham baru tumbuh 3 batang. 1 bulan 1 batang keluar.
    12. Sangat suka masuk dalam baldi bila mandi. Ala2 swimming pool laa kononnya..:) Pandai menyelam tau.. Hehehe..
    13. Pandai berkumur2. Lama jugak damia nk dapat skill ni. Maybe sebab selalu tengok mama kumur2 lepas berus gigi. Kekadang telan air gak tu, aduhaiii anak mama ni.. Bila dah pandai, minum air pun nk kumur2.
    14. Macam dah faham ada adik dalam peyut mama. Damia suka kiss2 atau buat bunyi2 kat perut.
    15. Setiap kali nk tinggalkan ape2 hatta bilik air atau nk lari dari lipas pun, damia siap ckp BYE BYE.... hehehe....
    16. Pengepam tegar? kekekeke.... Apakah??? sila rujuk gambar di bawah...
    canne ek mama selalu buat dulu2 tu... sekrg mama tak guna dah ni, mama kata mama pencen sekejap, tunggu adik kuar dr peyut mama dulu...
    camni kot...
    errrr.. susah jugak ekk...
    betullah camni...
    ok kawan2, nanti kita tunggu hasilnya..... agak2 lumayan buleh simpan stok...:D

     Nota tangan saya : anak2 kecil ni mmg belajar dari pemerhatian, jadi awasilah perlakuan kita sbg ibu bapa. moga2 kita akan menjadi idola yg terhebat utk anak2 kita.... INSYAALLAH..

    Selamat hari lahir wahai bonda...


    Selamat Hari Lahir yang ke 62 utk bonda yg tercinta.
    Anakanda doakan semoga bonda diberi kesihatan yg baik dan dipanjangkan usia oleh Yang Maha Esa.
    Moga2 masih diberikan peluang utk bonda terus bergelak ketawa bersama cucu2
    dan INSYAALLAH cicit2 suatu hari nanti
    serta
    moga2 ALLAH kurniakan masa utk kita sama2 berkongsi kisah suka duka anakandamu ini.
    AMIN.......
    ...gambar raya 2008...

    Sunday, April 11, 2010

    Sudah separuh perjalanan...


    ...adik damia... minggu ni 20 minggu, taktau nak cakap rasa cepat ke lambat. Tapi tinggal separuh perjalanan je lagi utk menanti adik damia melihat dunia. Lagi 20 minggu... mcm tak sabar menanti pun ade... dokidoki...


    Nota tangan saya : ..... ramai kawan/akak/abg kat ofis cakap saya macam dah sarat, ada yg tanya "tunggu hari ke?", "bila bersalin, nampak cam dh tak larat je berjalan?"... ngeeee... wpun kekadang sy berjalan laju2 cam tak peknen punn.. hihihi.. ada lagi 20 minggu ye nk tengok saya kat ofis tu sblm sy cuti panjang...:P

    Tuesday, April 6, 2010

    Lari... lari... kita lari...

    Saya.....
    sangat suka berlari..
    sangat suka berjogging...
    dalam rumah pun jogging..
    kat taman pun jogging...
    paling saya suka kalau pergi hutan bandar...
    luasnyeee...
    saya boleh lari sesuka hati...
    mama & papa pun tak risau saya langgar meja ke, langgar cabinet ke...
    saya BEBASSSS........
    kalau boleh setiap hari saya nak berlari2 di hutan bandar..
    kat hutan bandar saya boleh bagi ikan makan jugak...
    tapi mamapapa selalu balik lambat kalau hari kerja...
    takpelah..
    hujung minggu je pun ok lah...
    hari biasa saya lari2 dalam rumah jelah...
    rumah saya kan macam padang bola... :))
    khusyuk tabur makanan ikan...
    ... tapi semuanya berterabur atas kaki mama jee...
    1-2-3-4... pumping fesyen baru ye adik2...
     lari.. lari... kita lari...
     lari lagi... lagi laju....
     eh... mama tertinggal kat belakang pulak...
    cepat laaa mama...!!! lari laju sikit... hehehe
    ok.. takpe.. takpe mama, sy lari gi kat mama yee...
    huh... penatnyee...
    rehat jap yeee.....

    pengakuan ikhlas lagi jujur,
    damia-feb2010

    Monday, April 5, 2010

    Update : Mak yong & adik damia-19 minggu

    Bila dah lama menyepi dari memblog ni, nak susun ayat yg 'cantik' sikit pun dah rasa cam kena fikir sampai 15 minit. Aih, makin bersawang laaaa blog ni.
    **damia, mama hutang update pasal damia dah hampir 3 bulan... nti mama combine sume skali ye...

    Ni nak update pasal adik damia dalam perut. Hasil check up 1/4 hari tu, alhamdulillah semuanya OK. Kencing kotor yg dialami sebelum ni pun dah tader. Alhamdulillah.. Ngeri juga mengingatkan pesanan doktor tentang penyakit kencing kotor ni. Sila jangan pandang enteng ye untuk sesiapa yang mengidap penyakit ni especially sekiranya anda mengandung. Antara kengerian yang saya paling ingat ialah :-
    1. Kelahiran bayi pra-matang sekiranya tidak dirawat.
    2. Buah pinggang gagal berfungsi dengan baik sekiranya dijangkiti bakteria daripada penyakit kencing kotor ni.
    Cara untuk mengubatinya ialah :-
    1. Minum air masak dengan banyak, paling minimum adalah 8 gelas sehari.
    2. Minum air barli.
    3. Makan ubat antibiotik/ubat untuk kencing kotor daripada doktor pakar sekiranya penyakit sudah ditahap kronik.
    Untuk next check up, saya dikehendaki buat GTT. Apakah dia GTT?
    GTT ialah GLUCOSE TOLERANCE TEST. Senang cakap nak cek sama ada saya ada diabetes ke tak. Untuk info yang lebih lanjut, sila melawat ke sini.

    Terkejut juga saya bila diarahkan oleh doktor utk buat test tu sebab bila saya tengok urine test adalah NORMAL. Bila saya tanya doktor, beliau kata sbb ibu saya ada diabetes dan berat badan saya dah menjangkau XX kg (XX itu adalah rahsia ye.. i malu laaa, hehe)

    Ok, tentang adik damia pulak. Sekarang ni adik damia dah gerak2 dah dan saya dah dapat rasa dah sekali sekala. Memang sangatlah mengujakan time 'rasa' pergerakan baby tu. Saya rasa semua ibu pun suka time ni sbb baru betul2 rasa kehadiran baby dalam perut.:) 
    Plasenta masih lagi berada di bawah dan keadaan baby pun masih lagi dalam keadaan songsang. Moga2 bila dah sampai masanya, plasenta akan berada di atas dan baby berjaya junamkan kepalanya ke bawah, InsyaAllah.

    Sunday, April 4, 2010

    Yeay!! Dapat Sesi fotografi FREE!!

    Alhamdulillah, kami menang GRAND PRIZE contest yang ini. Rezeki menyebelahi kami kali ni. Terima kasih kepada para juri dan penganjur iaitu KedaiGambarKami dan AiVee Emart.

    Sesi photoshoot ini bakal berlangsung di Kluang, Johor pada Mei/Jun nanti, Insyaallah. Dah lama juga saya berhajat utk Kluang utk menikmati RAiLCOFFEE yang diwar2kan sedap tu. Jadi, di kesempatan sesi photoshoot nanti, dapatlah saya menyelam sambil minum air.:))
    THANKS A LOT!!!!


    Blog Widget by LinkWithin