**damia, mama hutang update pasal damia dah hampir 3 bulan... nti mama combine sume skali ye...
Ni nak update pasal adik damia dalam perut. Hasil check up 1/4 hari tu, alhamdulillah semuanya OK. Kencing kotor yg dialami sebelum ni pun dah tader. Alhamdulillah.. Ngeri juga mengingatkan pesanan doktor tentang penyakit kencing kotor ni. Sila jangan pandang enteng ye untuk sesiapa yang mengidap penyakit ni especially sekiranya anda mengandung. Antara kengerian yang saya paling ingat ialah :-
- Kelahiran bayi pra-matang sekiranya tidak dirawat.
- Buah pinggang gagal berfungsi dengan baik sekiranya dijangkiti bakteria daripada penyakit kencing kotor ni.
- Minum air masak dengan banyak, paling minimum adalah 8 gelas sehari.
- Minum air barli.
- Makan ubat antibiotik/ubat untuk kencing kotor daripada doktor pakar sekiranya penyakit sudah ditahap kronik.
GTT ialah GLUCOSE TOLERANCE TEST. Senang cakap nak cek sama ada saya ada diabetes ke tak. Untuk info yang lebih lanjut, sila melawat ke sini.
Terkejut juga saya bila diarahkan oleh doktor utk buat test tu sebab bila saya tengok urine test adalah NORMAL. Bila saya tanya doktor, beliau kata sbb ibu saya ada diabetes dan berat badan saya dah menjangkau XX kg (XX itu adalah rahsia ye.. i malu laaa, hehe)
Ok, tentang adik damia pulak. Sekarang ni adik damia dah gerak2 dah dan saya dah dapat rasa dah sekali sekala. Memang sangatlah mengujakan time 'rasa' pergerakan baby tu. Saya rasa semua ibu pun suka time ni sbb baru betul2 rasa kehadiran baby dalam perut.:)
Plasenta masih lagi berada di bawah dan keadaan baby pun masih lagi dalam keadaan songsang. Moga2 bila dah sampai masanya, plasenta akan berada di atas dan baby berjaya junamkan kepalanya ke bawah, InsyaAllah.
2 comments:
wah kak, syukur ...
alhamdulillah...
Post a Comment