Dari pukul 9 pagi tadi kami anak beranak dok bertapa kat LCCT yg suam2 kuku ni utk menanti flight ke KB pkl 1:40 tgh hari nanti. Punyelah lame nak menunggu. Pukul 7 pagi tadi dah bertolak dari rumah kekanda kat Bandar Tun Hussein Onn menuju ke KL Sentral. Dari KL Sentral, kami menaiki bas ke LCCT dgn tambang RM9 seorg. Saja bawak damia jalan2 naik bas. Alhamdulillah damia tak banyak ragam wpun dah kena mandi seawal 6:30 pagi. Excited sekejap dia masa mula2 naik bas tu, pastu terus terlena.... Maklumlah masa tu masih pukul 8 pagi. Sejuk2 nyamannn gitu lam bas. OKlah, selesa jugak cuma bas tu boleh tahan lajunya menyebabkan makyong ni ala2 tak mampu menahan inersia (kalo salah perkataan ampun dan maaf ye, sy dh lupa ingatan perkataan2 fizik yg dh belajar bbrp puluh tahun yg lalu :P) diri sdiri... hahahah.. Plus cik damia dok merengek2 nak saya riba dia. Bertambah2lah makyong ni rasa cam nak tergolek dot.. :P
Kami bercuti di kampung agak lama juga memandangkan hari raya puasa nanti bakal tak balik kampung kerana INSYAALLAH sy akan bersalin dan berpantang di Johor. Uhuk.. uhuk... first time tak balik beraya di kampung. Dah dapat bayangkan dah ketidakmeriahan beraya di
perantauan (ceyh, perantauanlah sangat kan? hehe)
Dah tinggal 1jam 40 min je lagi, kami dh nk pi check in. Selamat Hari Pekerja utk kawan2 tak kira sama ada yg bekerja di ofis atau di rumah atau di mana2 sahaja. Anda semua mmg pekerja yg HEBAT!
No comments:
Post a Comment