Monday, April 13, 2009

Selamat Hari Lahir Bondaku..

Date : 12042009

Selamat hari lahir yg ke 61 utk bonda tercinta. Semoga sentiasa panjang umur dan diberkati Allah selalu.

Bagi aku, bondaku adalah insan paling tabah dalam hidupku. Sejak 13-06-1987, bonda kehilangan suami tercinta kerana kemalangan jalan raya. Sejak dari detik itulah, bonda berseorangan menjaga dan membesarkan kami 12 beradik. Pada waktu itu, anak sulung bonda baru berusia 21 tahun dan baru menamatkan kursus pendidikan di sebuah maktab perguruan di Kelantan. Tak dapat kubayangkan bagaimana bonda menjaga kami sehingga kami menjadi manusia seperti hari ini. Sehingga kini, aku tidak pasti bagaimana bondaku mampu survive dengan pencen arwah ayah yang hanya beberapa sen utk menyara kehidupan kami 13 beranak. Bondaku memang seorang yang cekal hatinya hingga kini..... Semoga bonda sentiasa dilindungi olehNYA. Maafkan anakmu ini kerana tidak mampu utk menemanimu dek kerana tuntutan kehidupan...........


3 comments:

syau said...

selamat hari jadi makcik..

dasat kan mak lelo.. kita baru anak 1-2 orang dah tunggang langgang, inikan 12 orang..

mak lelo nampak mudalah.. tak resembles langsung umur 60+.

aleen11102004 said...

betul kata syau...org baru sorang pun dah pening pale...nih camne nak urus 12 org lak nih..
Tabik ler mak kak lelo
Kim salam kat dia nyer

Unknown said...

syau,
thanks bg pihak makbundaku.. sbb mak sy tak bace blog ni... hahahhahah...
tu laaa ek.. sy mmg tabik spring kat mak saye...

ouhh... bonda saya ni mmg awet muda n rajin melaram sejak muda... anaknye ni punnn ketinggalan zaman kalo nk compare... hahahhaha

malin,
heheheh.. same laa kite... tak terbahagi masa...
insyaallah....

Blog Widget by LinkWithin