Sunday, June 14, 2009

al-fatihah..

Bulan jun ni byk kenangan pahit dan manis. Yg manis nya sudah pastilah kelahiran damia kan. Yg pahitnya, sy kehilangan 2 org yg sy sayangi wpun bukan pada tahun yg sama. Arwah ayah dan arwah nenek.

13061987 : Sy 9 tahun..
Kehilangan arwah ayah yg tercinta... Kini sudah mengjangkau 22 tahun pemergiannya. Saya memang ketandusan kasih sayang seorang manusia yg bergelar AYAH. Sy taktahu bagaimana perasaannya mempunyai seorang AYAH. Sy tidak tahu belaian kasih seorang AYAH. Sungguh sy taktahu. Dan tak dapat mengerti dan bayangkan bagaimana gembiranya mempunyai seorang AYAH...

Warkah buat ayah...
Ayah,
Semasa la darjah 3, la sentiasa berangan2 utk balik kelas petang (kelas agama) TAHUN DEPAN dengan kereta. Nanti ayah boleh ambik sbb ayah dah balik mengajar waktu tu. Kalau tiada kelas petang macam darjah 3 sekarang ni, la kena balik jalan kaki tengah2 hari yg panas terik. La selalu jeles dengan kakak yg sentiasa ayah ambik sbb dia dah ada kelas petang. Tapi rupanya angan2 la itu rupanya memang angan2 yg hanya tinggal angan2. Ayah pergi dulu meninggalkan la, ma dan adek beradik yg lain....

Itu adalah angan2 sy yg paling sy ingat. Sebenarnya tak banyak kenangan saya ngan arwah ayah. Sebabnya sy tinggal dengan nenek sejak sy lahir sehingga 6 tahun. Kenangan yg betul2 lekat diingatan saya hanyalah 3 tahun. Dari darjah 1 hingga darjah 3. Itu pun sampai bulan 6 sahaja. Ayah saya terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dia dalam perjalanan menghantar pelajarnya ke rumah slps tamat acara sukan di stadium di kg raja. Arwah ayah meninggal dalam perjalanan ke hospital. Pada waktu itu, sy belum mengerti sangat apa itu kesedihan kehilangan seorang ayah. Tapi.............

Bila sy sekolah menengah dan sekolah berasrama, sy mula mempertikaikan kenapa sy tiada ayah lagi...??....... kenapa ayah saya dah pergi tinggalkan saya...?? kenapa kawan2 sentiasa ada ibu bapa mereka datang melawat??? kenapa sy yg dapat nasib macam ni???
Bila sudah semakin meningkat remaja.. dewasa, sy sedar... Semua itu adalah takdir, QADA' dan QADAR yg ditentukan ALLAH. Sy harus menerimanya dengan hati yg terbuka.

Alhamdulillah, 2 tahun lepas sy dikurniakan oleh Tuhan utk merasai nikmat mempunyai ayah mertua. Biarpun bukan seperti ayah kandung, sy dpt rasakan kasih sayangnya dr tutur kata yg lembut. Yang tak pernah lekang menasihatkan kami suami isteri setiap kali berjumpa.... Terima kasih abah...

Untuk sesiapa yg masih mempunyai ayah, hargailah ayah anda.... Hargailah setiap pengorbanannya... Anda tak akan tahu betapa perit dan sedihnya tanpa ayah sehingga anda kehilangannya...

4 comments:

MN said...

Semoga roh ayah Laila ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


sekurang-kurangnya Laila bertuah dapat merasa kasih sayng seorg ayah. Ada org lain yg tidak langsung kenal siapa ayahnya. Sentiasa doakan untuk arwah. Mudah2an...

::Umi Sufira:: said...

K.Laila, tersentuh hati mimi baca entry akk yang ini....kagum dgn smangat akk membesar tanpa ayah...
Tabahkan hati OK!

BTW,trima kasih atas kunjungan tadi...walaupun sekejap tapi sgt mengujakan:)

::Umi Sufira:: said...
This comment has been removed by the author.
lelosani said...

MN,
thankss...
betul jugak tu ek... ramai lagik yg tengah tercarik2 siapa ayah mereka pun ada....

mimi,
thankss... sbnarnya taklah tabah sangat.. huhuuh...
tp sbb MESTI tabah...

thanks gak ngan air teh tu.. kalo dtg umah akak kompom cuci mata aje... ape2 cuci tekak tader ape langsung...

Blog Widget by LinkWithin