2 tahun lepas pd tarikh ini aku masih lagi tidak percaya yg semlm adlh hari pengebumian arwah nenda tercenta. Aku masih menganggap yg nenda masih wujud di dunia ini. Rupanya itu hanyalah khayalan semata2.
Tanggal 16062007, arwah nenda telah kembali ke rahmatullah buat selama-lamanya setelah beberapa hari berada di dalam koma. Alhamdulillah, aku berada di sisinya semasa arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir. Sehari sebelum itu, aku telah cuba pergi ke beberapa buah klinik swasta utk membawa balik seorang doktor utk memeriksa arwah. Tapi usaha aku sia2 sahaja kerana semua doktor tidak memberikan persetujuan wpun aku menawarkan bayaran yg agak tinggi. Ada yang ckp jauh sgtlah nk pergi dan pelbagai alasan yg diberikan. Cuma ada seorg doktor yg berjanji utk ke rumahku pd esok hari. Pada waktu itu.... apa yg aku fikirkan... kenapa laaaaa aku tak jadi doktor....??? Betapa susahnya utk mendapatkan khidmat doktor berbayar. Untuk membawa arwah ke hospital, bondaku tidak bersetuju, jadi terpaksalah aku ke sana sini utk mencari doktor2 yg sudi memeriksa arwah... Tapi takdir Tuhan telah menentukan segala2nya... Pada petang 16062007, arwah pergi dalam keadaan tenang dan senyum setelah beberapa kali menarik nafas utk menghembuskan nafas yg terakhir. Sehingga kini aku masih dapat bayangkan keadaan arwah pd waktu itu... Semoga arwah digolongkan dalam golongan org2 yg beriman dan diredhai ALLAH, Insyaallah...
Setiap kali mengimbau kenangan bersama2 arwah, aku pasti terasa yg arwah masih ada... Menurut cerita arwah, aku dibesarkan oleh arwah sejak dr lahir lagi. Kata arwah, sejak dr tapak kaki besar 2 jari:). Pd mulanya, arwah hanya menjagaku kerana bondaku warded dan berjanji pulangkan kepangkuan bonda setelah bonda sihat. Beberapa hari berpisah dengan ku, arwah tak dapat menahan kerinduan terhadapku. Jadi arwah meminta dr bondaku utk menjagaku sehingga besar. Akhirnya arwah menjagaku sehingga aku berumur 6 tahun. Kerana katanya sekiranya aku bersekolah di kampung, kalau ada ape2 berlaku kat rumah ayahbondaku susah utk aku nanti-terpaksa cuti sekolah. Wpun aku tinggal di rumah ayahbonda dan bersekolah di sana, setiap kali cuti sekolah aku pasti akan balik ke kampung dan menghabiskan masa bersama2 arwah. Betapanya aku rapat dengan arwah sehinggakan aku menyangka yg ibuku adalah arwah. Menurut kaklongku, dia suka mengusikku dengan mengatakan arwah adalah ibunya dan aku berkeras mengatakan arwah adalah ibuku. Masa tu aku belum bersekolah lagi. Hahahaha, bila teringat kembali terasa macam lawak laa pulak.... Kalau dengan adik beradik yg lain, memang aku selalu dapat lebih contohnya duit raya ke, hadiah ke... sehinggakan aku digelar ANAK NENEK aka ANAK MOK (mok-bhs kelantan=mak adalah gelaran utk arwah nenek). Ms tu aku tak kisah punnnnnnnn... Bangga adelaaaaaa.. hehehh
Arwah adalah seorg bekas bidan yg terkenal di kampungku... Pada waktu itu ibu2 mengandung belum diwajibkan bersalin di hospital, jadi setiap kali ada org nak bersalin di kampungku, arwahlah org paling sibuk dan aku pula terpaksalah ikut kan. Takkan nak tinggal sorang2 kat rumah. Yg paling aku ingat, aku selalu jugak dikejutkan waktu2 pagi morning dan dalam keadaan mengantuk terpaksalah ikut. Dan yg pastinya aku aku sambung laaa zzzzzzzzz tanpa mengira kat rumah sesape pun. Dan ada jugk time2 yg aku nk jenguk org bersalin tapi arwah tak bagi. Arwah ckp, budak kecik dok luar!!! Hihihihi, manalah aku tau kan org tengah bersalin takleh tengok... kekekekekkekke...
Arwah juga adalah tukang ngajar mengaji yg hebat. Dari kanak2 sehinggalah org tua belajar mengaji dari arwah. Tapi aku tak belajar mengaji dr arwah sbb nanti kalau kena marah sikit aku sebok nk nangis.:P So, aku selalu mengelak bila arwah nk ajar aku.. Hihihiihi... Aku belajar mengaji ms dah masuk sekolah, belajar ngan tok guru ngaji dekat ngan rumah ayahbonda time tu.. (Tokguru ni pun dh arwah jugak.. al-fatihah utk arwah tok guru..)
Ouhhh... kalau nk diimbas kembali kenangan dengan arwah nenda, mmg tak dapat dihabiskan wpun aku mengarang satu hari satu malam.... Aku stop kat sinilah sblm aku tangkap leleh teringatkan arwah... Semoga arwah damai di sana.... INSYAALLAH...
-
No comments:
Post a Comment