Thursday, July 30, 2009

Puding Roti

Resepi ni diambil dari sini. Thank you che tam!! Senang dan cepat utk disediakan. Hari tu nk pergi majlis hari jadi anak kawan tapi taktau nak bawak apa. So belek2 internet terjumpalah resepi yg ni. Zup-zap-zup-zap.. siap!!! Hasilnya? Memuaskan hati wpun first time try. Gambar tak sempat ambik sbb dh giri2 (last minute) siap. Nak bertolak baru ambik dalam oven. Huhuhu..

Puding Roti

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula
**Saya tak buat sos kastad ni sbb susu cair takdak. Saya ganti dengan aiskrim.
Pun sedap jugak.

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang


2 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Omak ai!!sedapnya..terliur...awat tak tempel gambar....nanti bebila nak cuba gakla:)

Unknown said...

dh lambat aritu nk ambik gambo. dah sampai kat rumah kak rin pun, org terus NGAPP.. tak sempat... hehehhe...
cuba.. cuba... jgn tak cuba. senang banget.

Blog Widget by LinkWithin