Tuesday, September 8, 2009

Kisah 1 : Manjakan anak

Identiti mangsa adalah dirahsiakan.
Abg A : seorang ayah yg mempunyai beberapa org anak yg sudah besar dan belajar di kolej.
Kakak B : seorang ibu yg mempunyai anak tunggal lelaki.


Abg A : Raya ni anak2 abang dua2 nak balik dgn kereta masing2. Katanya nak bawak balik kawan beraya kat sini.
Saya : Abg bagi kereta? Abg byr laaa ansuran tiap2 bulan? (pertanyaan dr seorg yg jakun dgn kemudahan yg dia dapat rasai selepas dia bekerja)
Abg A : Aah laaa, abg bayar. Diorg masih belajar macamana nak bayar. Abg mmg bagi kereta dan sewakan rumah utk anak2 abg. Kereta sorang satu dan diorang kongsi rumah sewa. Tiap2 bulan abg bayarkan sewa dan kereta mereka.
Saya : Perghhhhhh.. besnye anak2 abg. (Yup.. jakun + jeles tu!)
Kakak B : Saya memang tak nak bagi kereta walaupun sy ada sorang anak je. Lesen pun saya tak bagi ambil dulu sbb saya suruh dia ambik bila dah ada duit sendiri nanti. Sy takut nanti kat sana (KL) dia bawak kereta kawan2 dia, apa2 berlaku susah sy pulak.
Saya : Kalau saya pun mcm Kakak B jugak. Taknak manjakan anak dan bagi kat anak senang2 macam tu je. Biar belajar susah2 dahulu, nanti dah kerja baru boleh nak ada itu ini.

Memang sekarang ni itulah yg saya ingin terapkan terhadap anak2, biarlah bersusah2 dahulu dan bersenang2 kemudian. Tapi mungkin keadaan semasa boleh merubah pendirian saya. Mungkin 20 tahun yg akan datang, memiliki kereta adalah satu keperluan? Entahlah...
Harap2nya anak2 saya akan dapat belajar bagaimana susahnya utk mendapatkan sesuap nasi..... sepertimana ibu dan bapa saya telah mengajar saya dan adik beradik yg lain bagaimana utk hidup berdikari, bagaimana utk mendapatkan sesuatu dengan hasil usaha sendiri........



3 comments:

MS said...

seandainya ku senangpun ku takkan ajar anak aku mewah dari kecik

biar diorg belajar erti susah

tapi sik baik tak sesenang mana, jadinya sah2 anak tak d mewahkan

myRizqi Collection said...

Mcm dapat agak je.. scene ni kt klinik pcm ke? hehehe

Btw, as for me.. saya tengah2 kut :P Tak naklah tak bg langsung kemudahan kt anak tapiii, tak lah sampai mewahkan sgt mcm Abg A tu...

Unknown said...

mama adib,
samalah kita, tak senang mana pun kami skrg..
so biar anak2 belajar dr kesusahan...

mrs azzuri,
kekekek.. anda mmg bijak.. byk lagi nk tulis pasal perbualan berupa motivasi ni... tungguuuuuu....

Blog Widget by LinkWithin